Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Chondrichthyes

Subclass: Elasmobranchii

Order: Orectolobiformes

Family: Rhincodontidae (Müller and Henle, 1839)

Genus: Rhincodon (Smith, 1829)

Species: R. typus

Binomial name: Rhincodon typus (Smith, 1828)

 

Kenali Pemilik Muntah Ikan Yang Berharga

 

Ikan yu paus atau nama globalnya whale shark (Rhincodon typus) adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet pemakanan bertapis, ia juga merupakan spesies ikan bersaiz besar.

Ads

 

Saiz ikan yu paus terpanjang yang pernah direkod berukuran 12.65 meter. Manakala terberat adalah lebih dari 36 tan (79,000 lb). Nama yu paus datangnya dari bentuk fisiologi ikan tersebut yang besar seakan ikan paus dan mengamalkan diet menapis makanan.

 

Ikan yu paus mudah untuk ditemui di kawasan lautan beriklim tropika yang purata suhu airnya sekitar 25-30 darjah Celcius. Dan purata umur hidupnya dalam keadaan ini boleh mencecah sehingga 70 tahun. Yu paus jantan pada kebiasaannya memiliki saiz mulut yang lebih besar berbanding saiz mulut betina. Makanan utamanya adalah plankton, haiwan dan tumbuhan seni bersaiz mikroskop.

 

Kenali Pemilik Muntah Ikan Yang Berharga

 

Ikan yu paus pada kebiasaannya menetap di jaringan perairan yang beriklim tropika dan dan lautan bersuhu panas. Kawasan pemakanan yang terletak di selatan dan timur Afrika Selatan;

Gladden Spit di Belize; Terumbu Karang Ningaloo di Australia Barat; Donsol, Pasacao dan Batangas di Filipina; luar pesisir pantai Isla Mujeres dan Isla Holbox di Yucatan Mexico; Pulau Tenggol;

luar pantai Terengganu, Malaysia, Taman Negara Ujung Kulon di Indonesia; Nosy Be di Madagascar, luar pantai Terumbu Karang Tofo berdekatan Inhambane di Mozambique, dan Kepulauan Tanzania di Pulau Mafia, Pemba, Zanzibar;

Ads

Kepulauan Seychelles, Maldives, Sri Lanka, Pulau Galapagos, Laut Merah, perairan pantai Yemen dan Oman dan, amat jarang kelihatan di, Eilat, Israel.

 

Kenali Pemilik Muntah Ikan Yang Berharga

 

Malah ikan ini juga boleh dilihat di kebanyakan pantai tropika yang berhampiran dengan daratan, berhampiran lagun, dan atol terumbu karang, juga dapat dilihat di kawasan muara sungai yang bersih, jernih dan dalam.

 

Kedalaman terbaik untuk ia mudah berenang adalah sekitar 30 meter. Ikan ini boleh berenang sehingga kedalaman 700 meter, dan ia suka berhijrah dan bermigrasi.

 

Sebagai haiwan dan ikan yang mengamalkan etika diet bertapis, secara amnya mulut haiwan ini akan lebih besar sehingga 1.5meter luas dan mempunyai kira-kira 300 hingga 350 batang gigi kecil. Ia mempunyai 5 pasang insang yang besar.

Ads

 

2 biji mata yang terletak di hadapan, dan mempunyai bentuk kepala yang rata. Badannya biasanya berwarna kelabu dan perutnya putih; tiga bonjolan jelas menjalar sepanjang setiap sisi dari kulit haiwan dan ditandai dengan beberapa tompokan kuning pucat dan garis-garis.

 

Kenali Pemilik Muntah Ikan Yang Berharga

 

Setiap tompokan adalah unik dan istimewa untuk setiap ekor ikan kerana ia berguna untuk menentu identiti ikan dan menyeragamkan kiraan dalam populasi.

 

Yu ini mempunyai sepasang sirip dorsal dan sirip pektoral. Ekor Juvenil adalah besar pada bahagian atas dan bawah dan ekor ikan dewasa akan menjadi bentuk semi-lunar (ekor berbentuk sabit). Ventilator pula hanya terletak di belakang mata bagi mengawal suhu badan agar kekal sejuk.

 

Ikan yu paus bukanlah perenang yang cekap kerana ia menggunakan seluruh badannya (perkara yang luar biasa bagi ikan) untuk mencapai purata kelajuan sekitar 5 km/h (3.1 mph). Ikan yu paus adalah pemakan yang aktif, dan biasanya mencari dan memakan plankton, udang kecil, alga atau ikan kecil yang mempunyai kosentrasi yang tinggi. Tempat terbaik untuk mencari kawasan pemakanan adalah kawasan yang kaya dengan terumbu karang.

 

Kenali Pemilik Muntah Ikan Yang Berharga

 

Spesies yu ini walaupun bersaiz monster, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia. Malah bersifat lemah lembut dan mudah berenang bersama manusia tanpa perlu rasa bimbang. Penyelam dan ikan lain bebas berenang dan menyelam tanpa rasa curiga atau berisiko untuk diserang. Cuma penyelam perlu berjaga akan ekor ikan ini yang panjang dan berbentuk sabit kerana ia boleh melibas dengan kuat.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI