UMPAN: Ceritakan sedikit sejak bila memancing?

OTHMAN: Mamu dah lupa sejak bila mula memancing sebab memancing ni macam dah jadi darah daging pada Mamu.

Waktu kecil memancing ni sekadar main-main tetapi bila dah dewasa ia menjadi sesuatu yang dilakukan dengan lebih serius.

 

Kenali Mamu – Masta Handmade Perambut Mancing Laut

 

UMPAN: Sejak bila menjual perambut memancing?

OTHMAN: Lebih kurang 4 atau 5 tahun yang lalu. Pada asalnya Mamu hanya buat perambut kolam air masin dan laut untuk kegunaan sendiri.

Kemudian buat untuk rakan-rakan. Dari situ dapat pula dorongan dari rakan-rakan agar memasarkan perambut Mamu ini kepada lebih ramai pemancing.

Dari situlah Mamu buat sehinggalah ke hari ini.

 

Kenali Mamu – Masta Handmade Perambut Mancing Laut

 

Ads

UMPAN: Rintangan dan harapan dalam meneruskan usaha ini?

OTHMAN: Kadang-kadang macam susah juga nak percaya, buat perambut memancing macam ni pun kena cetak jugak.

Ada juga yang menjual perambut sendiri tetapi menggunakan nama saya. Tapi Mamu reda sajalah.

Apa boleh buat… sama-samalah kita mencari rezeki yang halal dengan cara yang halal juga.

 

Kenali Mamu – Masta Handmade Perambut Mancing Laut

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit sepanjang hobi ini?

OTHMAN: Pengalaman manis… semasa saya memancing di tuas perairan Yan, Kedah… ikan yg saya target semua dapat.

Ads

Bila turun saja memancing Alhamdulillah ada jugak hasil untuk makan kadang-kadang jual ikan.

 

Pengalaman pahit… Mamu pernah ditawarkan oleh RTM membuat penggambaran. Apabila Mamu nak bagi mantap lagi shooting tu, Mamu cari seorang sahabat.

Tapi apa kan daya, last minit bila shooting dibuat barulah Mamu tahu yang Mamu dikeluarkan tanpa ada berita.

Kalau bukan kerana Mamu rekemen, sahabat Mamu tu takkan kenal pun dengan produser dari RTM tu. Tak apalah… bukan rezeki Mamu.

 

Kenali Mamu – Masta Handmade Perambut Mancing Laut

 

UMPAN: Ceritakan sedikit apa keistimewaan perambut yang anda hasilkan?

Ads

OTHMAN: Mamu amat berterima kasih kepada semua sahabat yang support perambut Mamu hingga ke hari ini.

Ingat dah nak bersara dalam bidang perambut nak cuba niaga makan terpaksa tumpukan perambut dahulu.

Keistimewaan perambut… setiap perambut saya siap pasang mata kail perlu letak batu ladung dengan umpan sahaja.

Bagi yang mula nak berjinak dalam bidang memancing cuma bagi tempat yang hendak pancing serta kedalaman tempat tersebut.

Mamu akan sesuaikan tali perambut & mata kail.

 

Kenali Mamu – Masta Handmade Perambut Mancing Laut

 

Biodata ringkas:

Nama: Othman Karim (Mamu)

Nama FB: Othman Karim

Umur: 54 tahun

Produk: Perambut pancing Mamu

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI