Kenali Lubuk-Lubuk Berpotensi Untuk Memancing

Share

 

Tentu korang pernah memancing di sungai tetapi adakah di sepanjang sungai itu sesuai untuk memancing? Bagi korang yang tak biasa memancing di sungai, di sini kami senaraikan lubuk atau spot yang sesuai untuk memancing.

 

Lopak lubang dasar

Kawasan lopak yang dalam di dasar sungai merupakan tempat kegemaran bagi ikan-ikan besar, jika mengetahui kewujudan spot ini jangan sesekali diabaikan untuk meletakkan umpan.

 

 

Belakang batu

Ketika arus melanggar batuan besar, maka arus akan terpecah dan menghasilkan arus yang tenang di sebalik batuan. Tempat ini merupakan kawasan strategik ikan menyerang hendap dan berehat.

 

 

Air tejun

Air yang jatuh dari ketinggian yang berbeza akan menghasilkan lekukan atau lopak di dasar sungai yang lebih dalam dari bahagian dasar lain. Ia juga merupakan tempat yang sangat sesuai untuk ikan mencari makan.

 

 

Muka Kuala (Pertemuan dua arus)

Arus air memainkan peranan menghanyutkan umpan atau makanan ikan. Jika bertemu spot pertemuan dua arus, memancinglah di situ kerana makanan yang dihanyutkan ke spot itu dua kali lebih banyak berbanding spot lain.

 

 

Spot redup

Dahan pokok yang berjuntai ke sungai menjadikan kawasan di bawahnya teduh dan ia merupakan kawasan yang sesuai untuk ikan-ikan kecil berlindung dari serangan ikan predator dan pemangsa lain. Sekaligus merupakan spot yang bagus untuk memancing.

 

 

Kawasan Air Berpusar

Ketika arus air memasuki selekoh pinggir sungai air atau melanggar hadangan (pulau atau batuan besar), maka akan membentuk arus balik yang lebih perlahan serta membentuk pusaran air. Ikan-ikan akan menunggu dan bermain di sekitar kawasan tersebut.

 

 

Alun kecil

Bentuk sungai yang lurus akan menghasilkan arus yang tenang dan teluk kecil di pinggir sungai akan menghasilkan ombak-ombak kecil tempat ikan bermain. Cubalah lontar umpan di kawasan tersebut.

 

 

Selekoh sungai

Bentuk sungai yang berbelok, maka arus paling deras yang membawa makanan bergerak di sisi paling luar dan ikan biasanya menunggu makanan di kawasan belokan tersebut.

 

 

Lubang pinggir sungai

Biasanya spot ini boleh ditemui di bawah pokok besar di tepi sungai atau lapisan batuan besar yang terhakis. Ia merupakan spot yang sangat sesuai untuk ikan berlindung.

 

Published by
Amang