Ketam memiliki badan berkarapas keras dengan dua tulang panjang dan tajam di bahagian tepi, margin anterolateral yang hampir bergerigi.

Badannya berwarna tanah kekuningan dengan banyak bintik hitam halus dan beberapa yang lebih besar pada cengkerang, kaki dan pendayungnya berwarna kuning terang.

 

Ia menghuni kawasan pesisir pantai. Keistimewaan ketam ini adalah kesemua kaki-kakinya berpengayuh, menunjukkan ia adalah perenang yang kuat dan digunakan untuk mengorek pasir bagi tujuan berlindung.

 

Warnanya yang seperti pasir pantai itu membuatkan ia mudah menyembunyikan diri dari pemangsa. Ketam ini jarang sangat dijumpai dalam saiz yang besar.

 

Hanya beberapa tahun lepas saya berpeluang bermain-main dengan spesies ketam yang banyak mewarnai zaman kanak-kanak.

IKLAN

Sebagai kanak-kanak yang membesar di pesisir pantai, menangkap ketam ragi merupakan antara aktiviti seronok dilakukan selain memancing.

 

Hendak tangkap ketam ragi tidak sukar. Tidak perlu pergi jauh di tengah laut. Tidak perlu bot atau perahu. Untuk tangkap tidak perlu peralatan khas.

Hanya boleh guna tangan sahaja untuk tangkap ketam ragi. Bagaimanapun perlu lah ada umpan untuk menarik kehadiran ketam ragi.

 

Umpan paling diminati oleh ketam ragi ialah bahagian anggota atau organ haiwan seperti perut dan usus.

IKLAN

Namun, paling banyak digunakan ialah bahagian perut ayam dan kepala ayam. Selain itu ikan busuk dan sotong juga boleh digunakan.

 

Umpan itu akan dicucuk atau diletakkan pada bilah buluh atau batang kayu. Bilah buluh itu dipacak berdiri di tepi pantai yang ke dalaman air sekitar setengah meter.

Kalau kawasan dalam, susah pula nak pacak dan sukar untuk menangkap ketam ragi nanti.

 

IKLAN

Ketam ragi akan datang ke umpan yang berbau itu. Ketika ketam ragi tengah makan atau berada di sekitar umpan itu, ia boleh ditangkap menggunakan tangan atau alat penyauk.

Tetapi, rasa lebih mudah menggunakan tangan. Ketam ragi mempunyai penyepit yang kecil. Kalau disepit pun tidak rasa sakitnya dan mudah dilepaskan.

 

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI