Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Arthropoda

Class: Insecta

Order: Orthoptera

Suborder: Ensifera

Superfamily: Grylloidea

Family: Gryllidae (Laicharting, 1781)

 

Kenali Keridik, Umpan Alami Pancingan Air Tawar

IKLAN

 

Selain mengenali spesies hidupan marin sama ada yang boleh dipancing atau tidak, ada baiknya juga kita turut mengenali spesies hidupan yang menjadi umpan memancing. Kali ini, apa kata kita mengenali keridik dengan lebih dekat.

 

Keridik (Gryllus spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar di hutan dan juga di kawasan kebun. Ada yang panggil keridik sebagai jengkerik, cengkerik, sorok-sorok dan juga mole cricket dalam bahasa Inggeris. Keridik mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistem tersendiri.

 

Kenali Keridik, Umpan Alami Pancingan Air Tawar

 

IKLAN

Saiz badan kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman dan mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang di belakang untuk melompat. Matanya bersaiz besar dan jenis serangga omnivores. Makanan asasi keridik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam.

 

Walau keridik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya keridik mampu hidup di seluruh kawasan di dunia kecuali di kutub utara dan kutub selatan.

 

Kenali Keridik, Umpan Alami Pancingan Air Tawar

 

Serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada keridik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang.

IKLAN

 

Ada juga keridik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan keridik adalah cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini dikomersialkan.

 

Keridik secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anak benih tanaman yang baru tumbuh dengan memakannya. Dan secara semulajadi juga ia merupakan umpan yang sangat berkesan untuk memancing kebanyakan spesies ikan air tawar.

 

Kenali Keridik, Umpan Alami Pancingan Air Tawar

 

Keridik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Kumpulan keridik dimasukkan dalam kotak lut sinar dengan kira-kira 2 cm lapisan tanah dan ditutup. Bekas perlu gelap dan warm seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari jika ingin menyimpan lama keridik ini.

(rujukan animhosnan.blogspot)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI