Selain mengenali spesies hidupan marin sama ada yang boleh dipancing atau tidak, ada baiknya juga kita turut mengenali spesies hidupan yang menjadi umpan memancing. Kali ini, apa kata kita mengenali keridik dengan lebih dekat.
Keridik (Gryllus spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar di hutan dan juga di kawasan kebun. Ada yang panggil keridik sebagai jengkerik, cengkerik, sorok-sorok dan juga mole cricket dalam bahasa Inggeris. Keridik mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistem tersendiri.
Ads
Saiz badan kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman dan mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang di belakang untuk melompat. Matanya bersaiz besar dan jenis serangga omnivores. Makanan asasi keridik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam.
Walau keridik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya keridik mampu hidup di seluruh kawasan di dunia kecuali di kutub utara dan kutub selatan.
Serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada keridik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang.
Ads
Ada juga keridik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan keridik adalah cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini dikomersialkan.
Keridik secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anak benih tanaman yang baru tumbuh dengan memakannya. Dan secara semulajadi juga ia merupakan umpan yang sangat berkesan untuk memancing kebanyakan spesies ikan air tawar.
Keridik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Kumpulan keridik dimasukkan dalam kotak lut sinar dengan kira-kira 2 cm lapisan tanah dan ditutup. Bekas perlu gelap dan warm seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari jika ingin menyimpan lama keridik ini.
(rujukan animhosnan.blogspot)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan belitong/belitung atau dorado merupakan satu spesies yang kuat, laju, akrobatik dan mempunyai warna yang sangat menarik. Padanan ciri-ciri ini cukup menjadikan ia spesies yang menjadi buruan dan hiburan kaki pancing. Lompatan akrobatik saat pancaran tegak cahaya matahari pada warna badannya cukup mempesonakan.
Spesies ikan belitong merupakan spesies ikan yang sering berlegar di permukaan air hampir di kebanyakan perairan di seluruh dunia. Juga sering dikenali dengan nama mahi-mahi atau dorado, ikan ini boleh ditemui di luar kawasan pantai beriklim tropika, subtropika dan sederhana.
Dalam pengelasan saintifik, belitong merupakan salah satu daripada dua spesies yang datang daripada keluarga coryphaenidae dan dikenali sebagai common dolphinfish. Satu spesies lagi ialah pompano dolphinfish iaitu bawal emas.
Terminologi
Dari segi bahasa, terma mahi-mahi datang daripada bahasa hawaii dan membawa maksud ‘sangat kuat’. Dalam bahasa inggeris, ikan ini sering dikenali sebagai dolphinfish. Terma ini sering disalah anggap dan kadang-kadang mendatangkan kekeliruan dengan spesies ikan lumba-lumba. Perlu diingat ikan lumba-lumba merupakan mamalia yang bernafas melalui udara sedangkan kebanyakan ikan lain merupakan ikan yang bernafas melalui air menggunakan insang.
Selain itu, jika di sekitar pasifik sehingga ke afrika selatan, kebanyakan komuniti di sana memanggil ikan ini dengan nama dorado. Terma dorado merupakan terma yang datang daripada bahasa sepanyol yang membawa maksud keemasan. Bagi kebanyakan pemancing malaysia pula, terma yang popular ialah ikan belitong. Pun begitu, nama mahi-mahi dan dorado juga antara terma yang mudah difahami untuk merujuk kepada spesies ini.
Genus ikan belitong pula ialah coryphaena. Linnaeus menamakan genus ikan ini berdasarkan perkataan greek iaitu koryphe, yang memberi maksud teratas atau puncak (top, apex).
Taburan spesies
Belitong boleh dijumpai di kebanyakan perairan seluruh dunia beriklim tropika dan subtropika. Taburan spesies ini merangkumi sekitar amerika utara, jurang california, costa rica dan lautan atlantik sekitar new jersey sehingga ke florida. Ikan ini juga sering berlegar di Lautan Hindi.
Selain itu, perairan asia turut menjadi antara lokasi kemunculan ikan ini. Antaranya termasuklah rantau asia tenggara di kawasan laut china selatan. Ikan belitong merupakan spesies yang bermigrasi dan tidak hairanlah spesies ini boleh ditemui dihampir kebanyakan perairan seluruh dunia.
Biologi
Pada asasnya, ikan belitong merupakan ikan yang sering ditemui di lautan lepas di luar pesisir pantai. Ikan ini merupakan antara spesies yang bermigrasi merentasi lautan dan sering kali bergerak dalam kawanan atau berkumpulan. Ikan ini boleh ditemui dalam kawasan laut sedalam 85 meter, namun lebih gemar berenang dalam kedalaman 37 meter.
Ikan belitong gemar memburu ikan kecil sebagai diet makanannya. Selain ikan kecil, sotong, zooplankton dan krustasia juga menjadi pilihan kepada spesies perenang pantas ini. Dalam kebanyakan situasi, belitong dilihat gemar memburu dan berenang mengejar ikan terbang (flying fish).
Dalam kelangsungan hidup pula, belitong membiak sepanjang tahun terutama di kawasan laut yang agak panas. Kebanyakan juvenil ikan belitong boleh ditemui di sebalik rumpai laut di mana kawasan sebegini mudah bagi ikan ini mencari makanan.
Secara relatifnya, ikan ini mempunyai jangka masa hidup yang agak pendek dalam anggaran 4-5 tahun sahaja. Pun begitu, belitong merupakan antara spesies yang paling cepat membiak. Populasi ikan ini mampu mencapai dua kali ganda dalam masa 15 bulan. Tangkapan belitong pula sering merekodkan berat sekitar 4 – 13 kilogram.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran spesies ini, belitong mempunyai bentuk badan yang nipis. Belitong mempunyai sirip dorsal yang panjang sehingga ke kaudal pedunkelnya. Sirip kaudal ikan ini pula mempunyai bentuk yang cengkung dan agak tirus di hujungnya.
Tarikan utama belitong pastinya tertumpu pada warna pada badannya. Ia mempunyai warna badan yang sangat terang dan mempesonakan. Gabungan warna terang seperti emas, biru dan hijau terang cukup mempesonakan bagi tatapan lensa kamera.
Bagi ikan belitong jantan biasanya mempunyai kepala yang lebih menonjol keluar menjadikannya kelihatan mempunyai kepala yang lebih besar. Bagi belitong betina pula, kepalanya lebih membulat dan kurang tertonjol selain mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding belitong jantan.
Pengkelasan Saintifik
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Coryphaenidae
Genus : Coryphaena
Spesies : C. hippurus (Linnaeus, 1758)
Nama Lain : Belitong, Mahi-mahi, Dorado, Dolphinfish
Nama ilmiah ikan ini merujuk pada empat gigi besar yang terpasang pada rahang atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang krustasea dan moluska, mangsa alami mereka.
Ikan buntal secara umum dipercayai sebagai vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas golden poison frog (katak emas beracun). Organ-organ dalam seperti hati dan kadang kulit mereka sangat beracun bagi sejumlah haiwan jika dimakan, namun daging beberapa spesies ikan ini dijadikan sebagai makanan.
Di Jepun (disebut fugu), Korea (disebut bok), dan China yang mana ia disiapkan oleh chef profesional.
Tetraodontidae terdiri dari sekurang-kurangnya 121 spesies ikan buntal yang terbahagi dalam 20 genus. Ikan ini banyak ditemui di perairan tropika dan tidak umum dalam di perairan iklim sederhana dan tidak ada di perairan sejuk.
Mereka memiliki ukuran kecil hingga sederhana, meskipun beberapa spesies memiliki panjang lebih dari 100 sentimeter. Ikan buntal memiliki ciri-ciri dapat mengembang badannya jika terkena mata pancing ataupun tertangkap pada jaring.
Ikan buntal biasanya juga mengganggu sesi memancing kerana ikan ini sering menyambar tali pancing dengan giginya yang tajam dan akan memutuskannya.
Lazimnya ikan ini tidak dapat diambil sebagai hasil tangkapan kerana beracun dan berduri sehingga para nelayan biasanya membuangnya saja.
Ikan buntal memiliki nama latin porcupinefish dan memiliki beberapa panggilan. Dalam bahasa Inggeris diberi nama balloonfish dan globefish kerana bentuknya yang membesar seperti belon.
Hal itu juga berlaku ketika ia berada di perairan di dalam laut, di mana jika ia merasa dalam bahaya maka ia akan menggelembungkan dirinya seperti belon untuk menakuti musuhnya. Pertahanan diri seperti ini merupakan yang paling efektif selain racun yang terdapat dalam tubuhnya sehingga ikan predator tidak mahu memakannya.
Ikan buntal menyukai habitat karang-karang di pantai dan sehingga di perairan cetek di laut. Dan taburan ikan ini di perairan tropikal di seluruh dunia.
Salah satu karakter popular ikan buntal terhadap pemancing adalah tabiatnya yang gemar menggigit dan memutuskan tali dan perambut pancing. Cara untuk menghindarkan dari gangguan buntal ini ialah dengan menggunakan tali sulam sebagai tali utama. Sekiranya tali perambut kerap diputuskan oleh buntal, sebaiknya sambung perambut dengan perambut dawai.
Ikan buntal memiliki menu makan yang sama dengan ikan lain yang dipancing di perairan. Maka, ketika menggunakan umpan berupa sotong atau udang, ikan buntal turut merebut umpan tersebut sebagaimana ikan pemangsa lainnya.
Eleutheronema tetradactylum, juga dikenal sebagai fourfinger threadfin, Indian salmon, blue threadfin, atau Rawas, adalah ikan threadfin dari keluarga Polynemidae. Ia adalah spesies yang bernilai komersial, diketahui banyak digunakan dalam akuakultur.
Ia boleh ditemui di atas dasar berlumpur yang cetek di persisir pantai, sering hadir dalam kawanan yang kecil. Spesies dewasa dari spesies ini memasuki muara sungai ketika musim hujan. Spesies dewasa memakan udang, ikan, dan kadang-kadang polychaetes.
Sementara spesies juvenil memakan udang, udang, dan mysids. Spesies ini semakin berkurang populasinya berikutan penangkapan ikan berlebihan.
Taburan senangin agak meluas dari Teluk Parsi di sebelah barat, ke timur menyusuri Lautan Hindi hingga ke perairan Taiwan, China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, pantai-pantai Australia di sebelah utara serta bahagian selatan Jepun.
Secara umumnya senangin boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika semua lautan. Biasanya senangin hadir di perairan pantai berdekatan muara sungai.
Ada kalanya ia turut memasuki ke sistem sungai berair payau hingga ke sempadan air tawar. Sementara perairan dengan dasar berpasir atau berlumpur merupakan habitat lazim senangin.
Senangin atau threadfin yang bernaung dalam keluarga Polynemidae ini mudah dikenali berikutan penampilan yang hampir sama pada penampilan keseluruhan badan, saiz mata dan filamen pada sirip pektoral. Sirip pektoral senangin terbahagi kepada dua seksyen.
Sirip bahagian atas lengkap dengan filamen, manakala di bahagian bawah terdapat 3 hingga 16 sirip tunggal tanpa filamen. Sirip ini berfungsi sebagai agen deria untuk mengesan makanan di dalam perairan yang berlumpur.
Kebanyakan spesies senangin mendiami perairan pantai dan muara sungai, walaupun sesetengah hidup sepenuhnya dalam sungai air tawar.
Senangin lazimnya berhabitat di perairan yang bahagian dasarnya berpasir dan berlumpur di kedalaman kurang daripada 150 meter. Mereka menjadikan ikan kecil dan krustasea sebagai diet utama.
Beberapa spesies kecil memakan plankton. Terdapat 8 genera dan kira-kira 42 spesies di seluruh dunia. Sementara di Malaysia terdapat 5 genus dan kira-kira 12 spesies senangin atau threadfin.
Antara lain pengenalan diri senangin ialah memiliki bentuk tubuh sederhana memanjang dan dimampatkan. Senangin tidak memiliki bibir kecuali bibir yang lebih rendah berhampiran dengan sudut mulut.
Semua spesies senangin mempunyai mata yang besar (nisbah diameter mata empat hingga enam kali lebih panjang dari kepala).
Paling ketara bagi spesies senangin yang mendapat jolokan fourfinger threadfin berikutan memiliki 4 sirip tanpa filamen seperti jari di bahagian sirip pektoral di bawah badan.
Senangin lazimnya berwarna hijau keperakan di bahagian atas, punggung dan sirip ekor berwarna kelabu dan agak kehitaman di bahagian tepi, sirip pelvik dan sirip anal berwarna oren dan filamen dada berwarna putih comot. Dan senangin berkemampuan untuk besar memanjang sehingga 200 cm.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...