Taksonomi

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Clupeiformes

Family: Clupeidae

Genus: Tenualosa

 

Kenali Keluarga Ikan Terubuk

 

Terdapat sekurang-kurangnya 3 spesies ikan yang memiliki morfologi sinonim dipanggil terubuk iaitu Tenualosa macrura, Tenualosa toli dan Hirsa Kalee. Semuanya dari famili Clupeidae, namun spesies yang ingin diketengahkan di sini ialah Tenualosa tali yang paling senonim sebagai terubuk di negara kita.

IKLAN

 

Ikan terubuk atau nama umumnya toli shad, juga disebut sebagai hering Cina adalah ikan yang menguni  perairan estuarin yang ditangkap secara meluas kerana daging dan telurnya. Ia adalah satu spesies ikan shad yang tersebar di barat Lautan Hindi dan Teluk Bengal ke Laut Jawa dan Laut China Selatan. Ia dipercayai turut ditemui di Mautritius dan Mekong Kemboja berhampiran sempadan Vietnam.

 

Kenali Keluarga Ikan Terubuk

 

Di Thailand, spesies  T. toli dipanggil Pla talumpuk atau Pla lumpuk, namanya berasal dari Laem Talumphuk (Cape Talumphuk) di Amphoe Pak Phanang, Nakhon Si Thammarat, kerana pada masa lalu, tempat ini terdapat begitu banyak spesies ini.

 

IKLAN

Di Bangladesh, di mana ia dikenali sebagai Ilisha Chandana, secara komersial kurang penting berbanding spesies T. Ilisha. Ia dikenali sebagai daungdana di Myanmar, trey palung di Kemboja, bhing di Maharashtra, palwa di Gujarat, dan seriya di Sri Lanka.

 

Kenali Keluarga Ikan Terubuk

 

Di Malaysia, ikan terubuk bukanlah spesies yang popular di kalangan pemancing kerana ia sukar untuk dijerat dengan penggunaan kekili dan joran. Sebaliknya ia dikagumi di kalangan rakyat Malaysia kerana isi dan telurnya. Siapa yang tidak terangkat selera apabila dihidangkan dengan terubuk bakar atau terubuk masin.

 

Penangkapan ikan yang berlebihan telah mengurangkan populasi ke tahap yang membimbangkan di Asia Tenggara, dengan pantai Sarawak yang tinggal menjadi habitat terakhir.

IKLAN

 

Kenali Keluarga Ikan Terubuk

 

Ikan terubuk mendiami muara keruh berarus deras dan perairan bersebelahan pantai. Mereka akan memasuki sungai untuk membiak pada sepanjang tahun. Spesies yang mempunyai jangka hayat sekitar dua tahun sahaja ini akan mencapai kematangan pada ukuran 29 cm.

 

Ia mampu membesar panjang sehingga 60 cm namun purata spesimen yang ditemui sekitar 40 cm sahaja.

 

Kenali Keluarga Ikan Terubuk

 

Ikan yang mempunyai sifat hermafrodit proandri ini pada tahun pertama kehidupannya akan dilalui sebagai jantan pada tahun kedua akan berganti kelamin menjadi betina.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI