Kenali Keluarga Ikan Jebong

Share

 

Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Tetraodontiformes

Family: Balistidae (A. Risso, 1810)

 

 

Genera:

Abalistes

Balistapus

Balistes

Balistoides

Canthidermis

Melichthys

Odonus

Pseudobalistes

Rhinecanthus

Sufflamen

Xanthichthys

Xenobalistes

 

 

Terdapat enam jenis ikan jebong atau nama Inggeris triggerfish yang ditemui di sekitar perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Yang paling banyak ialah jenis Abalistes stellatus yang biasa dijumpai di pasaran tempatan.

 

Manakala 5 jenis jebong lain memiliki kombinasi warna dan corak badan yang lebih cantik. Ia disifatkan sebagai ayam laut kerana isi pejal seperti haiwan darat berkenaan. Malah isinya diambil setelah dikupas keras di bahagian luar. Ikan ini amat diminati di Pantai Timur berbanding Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

 

 

Ciri utama jebong ialah kulit keras hingga serata bahagian badannya. Berbeza dengan ahli keluarga rapatnya ikan barat-barat yang kulit luarnya lebih lembut di seluruh bahagian badan. Biasanya ia dibarisi gigi kapal terjojol di hadapan serta gigi-gigi kecil atas bawah serta mulutnya amat kecil berbanding saiz badan. Bentuk badan leper tetapi agak tebal isinya dan bahagian kepala amat keras.

 

 

Setiap jenis jebong memiliki corak warna tersendiri berwarna-warni kecuali dari jenis jebong putih ini. Jenis yan menjadi kegemaran masyarakat pantai timur ini mempunyai bahagian atas berwarna kelabu disusuli tompokan keperakan di tengah. Corak kelabu putih ini lebih ketara di atas garis lintang hidup sehingga bahagian ekor.

 

Bahagian ekor berbentuk bulan di tengah tetapi menirus kedua-dua hujung. Sirip dorsal pertama memiliki tulang agak keras dan saiznya pendek berbanding sirip dorsal kedua. Saiz biasa ialah hampir 30 cm panjang dan paling besar dilaporkan 44.5cm.

 

 

Tahap tumbesaran setiap jenis jebong tidak sekata. Di kalangan keenam-enam jenis jebong yang dicatatkan, jebong kuning ekor berduri (Pseudobalistes flavimarginatus) dan jebong perang ekor bercabang (Odonus niger) mampu membesar sehingga 60cm.

 

Lazimnya jebong mudah ditemui di kawasan yang kaya dengan terumbu karang. Jebong amat jarang keluar dari kelompok terumbu karang. Kawasan wilayah buruan atau lingkungan mencari sumber makanan juga tertumpu di kawasan berkenaan.

 

 

Ia banyak berlegar di atas karang bawah dan pertengahan air. Gemar mendiami kedalam sederhana di mana kadar ketelusan cahaya lebih menyerlah iaitu sekitar 6 meter hingga 60meter. Ikan jebong bersifat kewilayahan dan bergerak dalam kumpulan tersendiri.

 

Ikan jebong tidak begitu kuat meronta apabila dinaikkan tetapi suka mengeluarkan bunyi seakan-akan ikan gelama. Gigi yang kuat digunakan untuk memecahkan karang kecil, cengkerang dan menggeledah kawasan karang mencari makanan yang terdiri dari krutesia, organisme Benthic serta cebisan ikan, sotong dan sebagainya.

 

Published by
Amang