Kenali Jenis-Jenis Pemberat Alternatif!!

Share

 

Memang jarang-jarang pemancing buat ladung jenis ini. Biasanya hanya batu yang mempunyai lekuk atau lubang sahaja yang dipilih. Lekuk pada batu ini akan disimen bersama pencangkuk bagi membolehkannya disambung ke perambut pancing. Untuk lebih jimat lagi, anda juga boleh mengikat batu dengan tali tangsi.

 

Pemberat yang diperbuat daripada palam pencucuh atau spark plug ini merupakan pemberat alternatif yang paling popular dan banyak digunakan. Ia sangat mudah digunakan hanya diikat tali perambut saja. Namun ia hanya sesuai untuk pancingan ringan dan kurang sesuai di padang pancing yang aliran arusnya kuat.

 

Tidak kira apa jenis acuan sama ada tanah liat, buluh atau sarang telur… ia merupakan ladung buatan sendiri yang diperbuat daripada logam yang dicairkan terutamanya timah. Ini kerana timah lebih mudah dicarikan berbanding logam tak berkarat lainnya. Ladung acuan sememangnya alternatif terbaik menggantikan pemberat sedia ada di kedai pancing.

 

Selain logam, serbuk simen juga boleh dibentuk dan dijadikan pemberat alternatif. Memandangkan simen tidaklah padat dan mampat (harga pun mahal juga sebenarnya), apa saja logam atau batu boleh digunakan dan disalut dengan simen.

 

Jika terdesak dan sangat perlukan pemberat untuk memancing, anda boleh guna sumber berdekatan sebagai altenatif. Contoh terbaik adalah pasir. Caranya, carilah satu plastik (macam plastik aiskerim) dan letakkan pasir di dalamnya.

 

 

Published by
Amang