Terdapat beberapa jenis ikan duri yang boleh ditemui di negara kita. Asasnya semua keluarga ikan duri memiliki sesungut atau sesetengah pemancing menamakan janggut atau misai, 3 sengat separa bisa (1 atas badan, 2 di kiri kanan sirip utama).
Separa bisa saya maksudkan ialah kesan bisa tidak lama, kalau tercucuk duri sengatnya paling lama 3 jam denyutan sengal, tapi pengalaman saya kurang dari 1 jam bisanya sudah hilang berbanding sembilang, pari dan depu. Kalau yang dah biasa tercucuk duri ikan ini tentu dan lali dengan kesan kebas seketika.
Ads
Duri etek dikenali berdasarkan bentuk fizikalnya berbeza sedikit dengan lain-lain ikan duri yang berada di habitat yang sama. Terdapat tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua. Bentuknya lebih memanjang dan paling ketara di bahagian kepala sedikit leper menirus ke bawah.
Ads
Badannya kelihatan gempal terutama yang bertelur tetapi diimbangi dengan panjang. Menurut catatan para saintis dan pengkaji ikan marin, duri etek hanya membesar pada saiz maksimun 36cm atau 1.2 kaki. Rekod tangkapan saya sekitar purata 1kg ke bawah.
Ads
Yang leceh mengenai ikan duri ini ialah lendir di badan yang melekit dan sukar di tanggalkan apabila melekat pada tangan. Bau hanyir dan lumpur ikan ini juga kuat sekali. Cara mudah gunakan plier muncung panjang untuk memegang atau melepaskan mata kail. Jika tidak mengkehendaki ia, buang kembali ke habitat asal tanpa mencederakannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dari aspek morfologi, gelama kuning (juga digelar gelama pisang) mudah dikenali walaupun terdapat sekurang-kurangnya 15 jenis gelama yang terdapat di perairan negara kita berpandukan kepada bentuk dan warna sisik yang halus terdapat pada badannya.
Saya kategorikan 2 dari 15 spesies gelama ialah gelama kuning berpandukan bentuk badan sama kecuali warna berlainan sedikit. Jenis yang dibezakan untuk spesies ini berpandukan kepada bentuk pada bahagian mulut, gigi serta saiz badan.
Orang barat memanggil spesies ini sebagai croaker kerana bunyi yang dikeluarkan seperti `krook’ berulang kali sebaik sahaja dinaikkan dari air. Tidak semua spesies gelama mengeluarkan bunyi yang kuat di dalam air. Bunyi ini bukan saja dapat didengar di luar malah di dalam air.
Bunyi inilah yang dikesan oleh juruselam atau nelayan berpengalaman bagi menjalankan aktiviti menjaring.
Tidak semua gelama mengeluarkan bunyi yang jelas di dalam air. Gelama Kuning adalah salah seekor gelama yang kuat bunyinya walapun bersaiz kecil. Paling kuat adalah ibu gelama yang boleh kita dengari walaupun berada di atas air sedalam 40 kaki. Bunyi juga boleh menentukan saiz, jenis dan besar kumpulan ikan ini dibawah air.
Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin (laut) tapi kebanyakan boleh ditemui di kawasan muara sungai. Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut pada bahagian dasar untuk mencari makanan. Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang.
Ia juga di dapati berkongsi laluan dan habitat bersama ikan tirusan (gelama besar), selampai (spesies gelama besar seperti tirusan tetapi lebih kurus memanjang), gelama papan, pari tanjung, tetuka, kurau dan duri malim. Ini berdasarkan andaian saya pada spesies yang turut sama di naikkan di lubuk yang sama ketika memburu gelama kuning.
Begitu pun kebanyakan pencarian saya untuk gelama kuning tertumpu kepada lubuk 40 kaki ke atas dan asas berpasir di Pelabuhan Kelang.
Warna sisik gelama kuning yang dipancing jelas menunjukkan ia sentiasa berada di lingkungan air jernih. Warnanya kekal kuning keemasan dan keperakan. Sisik gelama kuning sentiasa berkilau amat cantik di pandang. Saya jarang dapat gelama ini di kawasan cetek (lubuk yang boleh di pancing ketika air pasang sahaja).
Gelama kuning secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan sederhana. Ini berdasarkan pengamatan saya. Jarang sesekali ia menyerang umpan secara berterusan. Aktif ketika hujung surut sehingga pertengahan air pasang. Cara ia melawan pancing amat seronok dinikmati bersesuaian dengan kelas peralatan yang digunakan.
Memiliki badan berbentuk silinder memanjang yang mampu mencabar pemancing untuk menewaskannya.
Gemar mendiami perairan jernih dan boleh ditemui serata perairan tropika dan hampir di seluruh dunia.
Apabila dilihat dari atas, kelihatan tona warna bahagian atas badannya seakan warna air persekitaran.
Memiliki profil ekor bercabang sempurna untuk pecutan padu dan kencang.
Sejenis ikan pelagik, keupayaannya melawan dari atas kolum air hingga bawah tanpa sebarang masalah.
Hanya pemancing yang pernah merasa keperitan untuk menewaskan pepisang monster tahu kehebatannya.
Boleh dipancing dengan menggunakan perambut tangsi kerana ia spesies tidak bergigi tajam (halus sahaja).
Biasanya bergerak dalam kumpulan sendiri dan merupakan spesies tidak merbahaya pada manusia. Digemari kerana daya juangnya.
Ciri-Ciri Fizikal
Ikan pepisang / pisang-pisang (rainbow runner) memiliki dua jalur biru muda dan dua jalur kekuningan di sepanjang badannya. Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bahagian bawah badan. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis. Ia mampu membesar sehingga 180sm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg.
Di perairan negara kita kebanyakan yang diperolehi sebesar paha sahaja dan berat yang dilihat hanyalah sekitar 2kg hingga 10 kg sahaja. Ikan pepisang kecil pula amat popular untuk dijadikan umpan pemangsa besar seperti mersuji namun ia jarang diamalkan di negara kita.
Habitat Dan Sifat
Boleh ditemui di laut lepas mahupun kawasan persisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10meter dan berkeupayaan meronda hingga 150meter dari permukaan.
Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama. Ia boleh mendapat jolokan pepisang berikutan memiliki corak berwarna-warni pada badannya dan memiliki kuasa pecutan.
Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang. Cuma pepisang tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.
Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak maupun di Sipadan, Sabah. Tidak pernah dilihat ia meronda di persisiranpantai kurang dari 15 batu nautika.
Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schools of fish) Spesies tidak merbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan mempunyai racun Ciguatera. Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksid di badannya.
Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan pepisang ini amat popular sebagai gamefish dan hidangan di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia. Manakala di Jepun di hidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya diperolehi di lokasi jauh dari persisiran pantai.
Binomial name: Caranx melampygus (G. Cuvier, 1833)
Bluefin trevally atau bluefin kingfish merupakan satu spesies yang amat jarang diperoleh lewat masa kini. Malah, menyebut nama tempatannya iaitu gerepoh sirip biru kedengaran janggal lantaran lebih dikenali dengan nama globalnya, bluefin trevally. Sebaliknya ramai yang lebih lembut lidah untuk memanggilnya gerepoh atau GT sirip biru.
Bentuk badannya agak berbeza dengan gerepoh biasa terutama warnanya. Ia memiliki asas warna biru berkilau pada semua sirip dorsal, badannya kebiruan dipenuhi bintik-bintik hitam kecil serata badan terutama pada bahagian atas.
Warna kebiruan akan pudar sedikit demi sedikit apabila mati mengikut tempoh ia mula mati. Bahagian ekor seperti keluarga trevally lain, keras dan tajam seperti pisau. Muncung ikan ini lebih memanjang berbanding gerepoh mulut ke bawah. Badannya lebih slim memanjang dari gerepoh tapi lebih dempak dari ikan cupak.
Gerepoh sirip biru ini gemar kepada kawasan yang berkarang, berterumbu dan lagun yang cetek. Lokasi utama ialah terumbu karang dan kepulauan cincin yang kaya dengan flora dan fauna di dasar laut. Kini lokasi ini terletak jauh dari penempatan manusia kerana itulah ancaman utama spesies ini jika berkongsi habitat di kawasan yang hampir dengan manusia.
Di Malaysia, boleh dikatakan ia masih banyak di sebelah Sabah terutama terumbu karang dari Lucornia hingga Pulau Layang-Layang. Pulau Mabul lokasi berdekatan dengan Sipadan kini teruk menerima ancaman tangkapan berlebihan kerana ia berkeliaran di lokasi terlalu hampir dengan manusia.
Di semenanjung hanya Pulau Jarak dan Pulau Batu Putih masih di huni spesies ini. Tapi jumlah yang ditangkap oleh pemancing moden di kedua lokasi ini hanya boleh dihitung dengan jari. Kawasan yang disebutkan adalah lingkungan utama ia memburu mangsa yang terdiri dari pelbagai jenis ikan sama ada sisik dan tidak bersisik, anak ikan dan krustesia.
Seperti mana ikan gerepoh aka GT ia akan menerkam mangsa dari kawasan dalam ke permukaan cetek. Waktu lapang ia hanya berlegar di pertengahan air bermain sesama sendiri sebelum memburu mangsa secara berkelompok.
Bluefin trevally ini biasa ditemui secara berkumpulan gerepoh ini menyerang mangsa dari kawasan air dalam dan mampu mengharungi air secetek 2 kaki semata-mata menghambat anak ikan. Tanpa segan silu kumpulan predator ini berpesta seperti yang lazimnya dilakukan semasa ketiadaan manusia berhampiran.
Bergerak dalam kelompok cukup banyak sehingga air sekitar seperti gelap, menampakan susuk badan jelas di air jernih sehingga terpukau memandangnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...