Jika diperhatikan sekali pandang, ikan dengan nama saintifik Thynnichthys thynnoides ini tidak kelihatan seperti air tawar, tetapi lebih kepada ikan air masin dengan mulutnya yang kecil, sisik sangat halus keperakan dan ekor berbentuk V.
Ikan tongsan loma merupakan ikan yang hidup secara berkumpulan dalam kumpulan yang besar. Jika bernasib baik, kadangkala ia boleh dilihat seperti hujan lebat di permukaan air ketika kumpulannya lalu di sungai, lombong mahupun tasik.
Ads
Diet utama ikan yang hampir juga menyamai ikan tongsan sisik halus pada bahagian kepala ialah alga, tumbuhan air dan plankton. Ikan ini boleh ditemui di Sungai Perak dan tasik-tasik serta lombong-lombong yang bersambung dengan sistem sungainya.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, ikan ini tidak memakan umpan pancingan. Ia hanya boleh ditangkap dengan kaedah lain selain memancing seperti jaring, jala ataupun ditangguk.
Ads
Ikan ini bolehlah dianggap bernilai rendah. Harganya murah kerana isinya tawar, kurang enak serta bertulang banyak dan halus. Namun harganya boleh menjadi berlipat kali ganda apabila ia bertukar menjadi pekasam.
Ads
Dalam arena pancingan rekreasi, ikan loma bukanlah satu spesies ikan yang popular malah berkemungkinan besar ramai pemancing yang tidak mengenalinya. Namun, ikan yang tidak boleh ditangkap dengan kaedah memancing ini cukup popular setelah ia bergelar ikan pekasam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya gemar mengikuti perkembangan pertandingan memancing di tepi pantai tetapi belum pernah menyertainya.
Jadi, saya ingin meminta sedikit tip untuk menaikkan ikan terberat dan umpan paling sesuai untuk sajian ikan di tepi pantai.
JAWAPAN:
Sememangnya pancingan pantai tidak semudah membaling umpan ke tengah laut semata-mata.
Malah, teknik membuat balingan dengan betul dan tepat itu turut dipelajari sebelum menyertai mana-mana pertandingan memancing pantai.
Memancing di pantai perlu mengambil kira banyak aspek seperti kawasan paloh atau parit, kawasan terdapat batu atau reba, di kawasan untuk memancing.
Kalau saya memancing di pantai saya selalu akan ke tempat itu semasa air surut untuk mencari tempat yang ikan mungkin berada semasa pasang nanti.
Umpan pula bergantung pada ikan yang diburu, untuk umpan universal atau antara bangsa kita boleh pakai umpun, udang, hirisan isi ikan dan sotong.
Tapi sekiranya kita nak pancing ikan duri atau ikan bersesungut (bermisai) cuba pakai isi kerang atau umpan yang sedikit berbau.
Kalau berhajat nak tarik ikan pari boleh cuba guna isi ikan belacak.
Satu lagi yang penting apabila memancing di pantai adalah penggunaan batu ladung yang dibuat khusus untuk pancing pantai atau berbentuk empat segi atau 3 segi supaya batu ladung tersebut tidak bergolek dipukul ombak.
UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan/gewang?
UIK: Secara rasminya pada tahun 2014.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?
UIK: Perniagaan Mimi mulanya lebih kepada perniagaan pakaian sejak 2007. Tahun 2013, arena kolam pancing di Sabah mula menawarkan hadiah lumayan seperti di Semenanjung.
Tertarik mengikut pertandingan memancing menggunakan umpan hidup seperti cacing, udang, ulat burung, cengkerik dan sebagainya, namun sering membangau.
Semangat untuk mendapat ranking sentiasa berkobar-kobar apatah lagi melihat kawan-kawan memancing sering memonopoli pertandingan memancing menggunakan umpan
moden seperti dedak, dan umpan cecair keluaran daripada Semenanjung atau Thailand yang dijual di kedai pancing.
Tertarik dengan produk yang diiklankan melalui FB tentang umpan-umpan yang dijual sehingga mengeluarkan modal sebanyak RM3000 semata-mata untuk kegunaan sendiri dan menjadi agen umpan daripada Semenanjung.
Ketaksuban mengejar kejayaan dalam setiap pertandingan memancing sehingga sanggup bawa lebih 5 jenis umpan pelbagai perasa dan pewarna yang disimpan dalam balang.
Namun masih gagal. Semua produk umpan yang diorder kemudian dijual lelong. Namun tidak menyalahkan pengeluar umpan kerana kolam dan ikan di sabah berlainan.
2014, ada seorang hamba Allah yang duduk bersama ketika memancing terbuka hati memberikan resepi dan petua umpan. Umpannya sangat mengagumkan.
5 minit sudah mendaratkan lebih 6 ekor. Saya yang duduk bersebelahannya, masih kumpau. Saya mula mempraktikan resepinya dan meminta saya untuk merahsiakan resepi ini.
Alhamdulillah… bermula mencapai hajat menduduki ranking hingga ke juara. Umpan yang dibawa menjadi perhatian para pemancing lain.
Pemancing lain selalu meminta umpan dan ada yang sanggup membeli segenggam umpan dengan harga RM10! Terdetik hati ingin menjual umpan yang sudah disiapkan.
Sebelumnya meminta izin daripada pemilik resepi… dan dia bersetuju asalkan resepi umpan tak dikongsi. Kemudian barulah menukarkan produk umpan siap guna kepada bentuk cecair dalam botol. Sehingga kini lebih 5000 botol terjual.
UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
UIK: Sentiasa tenang, lemah-lembut dan sabar dengan karenah perniagaan menjadi kunci keteguhan produk umpan ikan keli.
Cabaran sebagai pengusaha umpan ini bermula bila kita mendapat respon daripada tauke kedai pancing dan pengguna umpan ini seperti penutup botol mudah pecah, kepekatan isi kandungan umpan, warna yang berubah dan sebagainya.
Kita banyak belajar daripada pengeluar umpan tentang cara mengatasi masalah demikian namun selain daripada penutup botol mudah pecah, ini tidak memberi kesan besar kepada kualiti dan mutu serta kemujaraban umpan yang dikeluarkan.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
UIK: Keunikan tersendiri dengan garapan formula berasaskan apa yang ikan keli makan sejak dilahirkan dalam sangkar pemeliharaan ikan keli. Sangat tinggi protein.
Mudah disediakan kerana tidak perlu mencampurkannya dengan bahan perasa lain. Semuanya sudah terkandung dalam umpan ini. Harga berpatutan walaupun berlaku kenaikan bahan-bahan umpan masih kekalkan harga RM20 sejak 2014.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan yang pernah diperolehi?
UIK: Menjuarai beberapa pertandingan memancing yang dianjurkan di negeri Sabah. Mendapat tiket percuma penerbangan kapal terbang ke Semenanjung apabila berjaya menjuarai siri pertandingan memancing di kolam pancing.
Memenangi kategori Juara Ikan Terbanyak. Para pengguna yang menggunakan umpan ini juga menghantar kiriman gambar kejayaan.
Saya harap dapat buat satu penjelasan penuh perihal spesifikasi line capacity yang biasanya tercetak pada spool reel. Saya rasa ramai pemancing baru tidak faham maksud sebenar line capacity ni.
JAWAPAN:
Line capacity – Istilah ini merujuk kepada panjang tali pancing (mono atau braided) yang boleh dimuatkan dalam gelendung kekili (spool). Kebanyakan reel terdahulu hanya menyatakan kekuatan (lbs) dan panjang (yard/meter) yang boleh dimuatkan dalam spool berpandukan tali tangsi (mono).
Kini, semakin banyak pula menyatakan berapa panjang tali yang boleh dimuatkan berdasarkan ukur lilit atau diameter tali tersebut, yang merujuk kepada penggunaan tali sulam atau braided. Semakin halus diameter, maka semakin banyaklah muatan tali yang boleh disimpan di dalam gelendung.
Terdapat beberapa jenis informasi yang biasa dicatatkan pada kekili atau kotak kekili iaitu lb/yd, lb/m atau dia/m. Untuk ib/yd (pound/yard) ia membawa makna kekuatan tangsi dalam pound dan panjang yang boleh diisi dalam yard atau ela.
Tali yang dimaksudkan di sini ialah tali mono, bukannya tali sulam kerana lazimnya tali mono mempunyai diameter yang sama. Sebagai contoh, 10/110 membawa maksud tali mono 10lb dapat dimuatkan sebanyak 110 yard/ela di dalam spool.
Begitu juga dengan kiraan lb/m. Sebagai contoh 10/100, tali mono 10lb boleh dimuatkan sebanyak 100meter di dalam spool. Manakala dia/m pula merujuk kepada ukurlilit tali (mono atau braided, lazimnya lebih merujuk kepada tali braided) yang boleh dimuatkan dalam meter. Umpamanya 0.5/200 bermaksud saiz tali berdimater 0.5mm boleh diisi sepanjang 200meter di dalam spool kekili.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...