Ikan terbol, terbul dan ada juga yang memanggilnya terboi, merupakan ikan natif atau ikan asal perairan air tawar negara kita.

Nama umum bagi ikan ini ialah bonylip barp dan tergolong dalam keluarga kap atau Cyprinidae.

Dalam pecahan keluarga yang lebih kecil atau genus, terdapat dua spesies ikan terbol di dalam genus Osteochilus iaitu O. vitatus dan O. haseltii.

 

Dipercayai spesies O. vitatus ini merujuk kepada ikan terbol yang memiliki titik atau tanda hitam pada kaudal pedunkal atau pangkal ekornya.

Manakala O. haseltii pula merujuk kepada ikan terbol yang tidak memiliki tanda hitam. Hanya kehadiran titik hitam ini sahaja yang membezakan kedua-dua spesies terbol ini.

Kedua-dua spesies ini terdapat di negara kita hanya spesies terbol bertanda hitam lebih mudah ditemui.

 

 

 

Ikan terbol merupakan spesies ikan air tawar yang semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini.

Ikan terbol hanya terdapat disekitar sungai air tawar di Asia Tenggara, Sungai Mekong dan sekitar sungai-sungai Chao Phraya.

Ads

Ikan ini hanya mendiami kawasan sungai berarus, tasik, kolam, paya berarus dan sebagainya.

 

Dari aspek morfologi, Ikan Terbol mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan leper tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai, meskipun berkongsi habitat yang sama.

Ia mendiami kawasan sungai dengan air yang jernih dan mempunyai arus serta dasar berpasir.

Ia lebih mudah ditemui di banyak sungai beberapa negeri yang belum tercemar seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.

 

Ikan terbol merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai.

Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terbol berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air.

Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terbol akan berwarna gelap sedikit.

Ads

 

Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkumpulan atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi.

Selain itu Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik untuk mengenal pasti apa yang berada di atas permukaan air dan diatas tanah daratan.

Ikan terbol mampu membesar panjang sehingga 35 cm namun spesimen yang biasa ditemui kurang daripada 20 cm.

 

 

Taksonomi:

Kingdom : Animalia

Ads

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Cypriniformes

Family : Cyprinidae

Genus : Osteochilus

Species : O. vittatus, O. haseltii

 

 

baca juga Resepi Pemancing : Terbol masak lemak Belimbing Buluh

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI