Dari segi morfologi, P. jullieni boleh dikenal pasti berdasarkan ciri utama pada badannya iaitu mempunyai tujuh garisan hitam yang melintang pada badan. Ciri utama ini boleh dikatakan antara faktor utama spesies cyprinid ini dikenali sebagai seven-striped barb.

 

Mulut ikan temelian menghadap dan menjulur ke bawah dan bersesuaian dengan sifat pemakanan. Pada mulutnya terdapat sepasang sesungut seperti misai yang dipanggil maksila. Spesies ini merupakan omnivor dan mulutnya membantu ketika mencari makanan di dasar sungai seperti tumbuhan akuatik, serangga dan alga.

 

Bagi temelian juvenil, badan dan sirip utama berwarna putih cerah selain tujuh garisan hitam melintang pada badannya. Ketika membesar, warna putih pada badannya akan menjadi lebih kekuningan. Ikan ini mampu mencapai saiz sehingga 70 kg lantas tidak menghairankan jika spesies temelian ini dikategorikan sebagai ikan trofi pancingan sungai.

 

Kenali Ikan Temelian!!

 

Antara sungai-sungai utama yang menjadi habitat bagi spesies ini ialah sungai di Malaysia, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Di Malaysia, ikan ini terdapat di Sungai Pahang, Sungai Perak, Tasik Chenderoh dan Sungai Petuang di Terengganu. Begitu pun, populasi ikan temelian semakin berkurang dan semakin sukar diperolehi.

 

Dalam Union for the Conservation of Nature and Natural Resource (ICUN), ikan temelian dikelaskan dalam senarai merah (Red List) sebagai spesies terancam (Endangered). Antara faktor utama populasi temelian ini berkurang adalah disebabkan oleh aktiviti kemanusiaan.

Ads

 

Contohnya, pembinaan empangan di sungai utama yang menjadi habitat ikan ini menyebabkan ikan temelian tidak dapat naik ke hulu sungai untuk menghempaskan telurnya ketika musim mengawan.

 

Kenali Ikan Temelian!!

 

Aktiviti pembalakan di hulu sungai serta penggunaan racun perosak juga mendatangkan akibat buruk terhadap populasi ikan ini. Selain itu, penangkapan berlebihan (overfishing) juga mungkin menjadi antara punca yang menyumbang kepada keadaan ini.

 

Bagi fri temelian atau anak temelian, mereka menjadikan zooplankton sebagai diet utama. Semakin membesar (juvenil hingga dewasa) temelian akan lebih bersifat omnivor dalam diet pemakanannya. Antara diet utama termasuk tumbuhan akuatik di dasar, alga, udang, invertebrata dasar sehinggalah yang menjadikan buah-buahan yang jatuh di permukaan air sebagai makanannya.

Ads

 

Ikan temelian menjadikan jangka masa sekitar November hingga Februari sebagai waktu atau musim mengawan. Ketika ini, ikan temelian induk akan berenang naik ke hulu sungai dan biasanya akan mencari kawasan berair cetek yang berpasir dan berbatu bagi menghempaskan telurnya.

 

Di Sungai Tembeling, masyarakat sekitar menamakan musim temelian mengawan sebagai ‘musim temelian berlaga’. Beberapa lokasi utama juga dikenal pasti sebagai tempat temelian menghempaskan telurnya. Menghempas telur membawa maksud ikan temelian betina merembes atau mengeluarkan telurnya.

 

Kenali Ikan Temelian!!

 

Ads

Telur yang dilepaskan akan melekat pada batu atau pasir kerana sifatnya yang melekit sebelum induk temelian jantan akan melepaskan spermanya ke atas telur ini. Mengambil kira faktor persekitaran sekarang, peratusan anak temelian untuk membesar agak rendah dengan pembiakan semula jadi ini langsung menyebabkan populasinya menurun mendadak.

 

Dari sudut sosio ekonomi, potensi ikan temelian dilihat sangat tinggi dalam 3 bidang utama perikanan. Dalam akuakultur, spesies ini mempunyai potensi yang tinggi kerana nilai pasaran yang baik selain proses tumbesarannya juga singkat. Ditambah dengan kejayaan untuk dibiakkan secara aruhan, spesies ini potensi tinggi dalam akuakultur.

 

Dalam industri ikan hiasan, spesies temelian mempunyai nilai tersendiri. Selain daripada andaian ikan yang semakin sukar diperolehi, temelian juga mempunyai corak badan yang dianggap unik dan menjadi nilai tambah untuk dijadikan ikan hiasan.

 

Melihat dari sudut potensi perikanan rekreasi, tanyalah mana-mana pemancing, pasti akan dapat melihat potensi temelian sebagai ikan pancingan sukan. Dengan saiz, kekuatan dan betapa agresifnya ketika bertarung cukup menjadikan ikan ini sebagai salah satu ikan utama dalam lapangan pancing.

 

Kenali Ikan Temelian!!

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI