Ikan merah suman yang dikenali dengan nama umum Japanese red sempena warna merah badannya (warna merah bendera Jepun?) merupakan ikan bergred tinggi yang
tergolong dalam keluarga Lutjanidae (snapper) sama seperti ikan jenahak dan merah lainnya.
Nama saintifik bagi spesies idaman penggemar pancingan dasar laut dalam ini ialah Pinjalo pinjalo.
Berbanding ikan merah lainnya, merah suman nyata sedikit berbeza dengan bentuk corak kepalanya yang lebih bulat.
Namun Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Dikatakan Ikan ini lebih sedap berbanding ikan merah.
Ads
Taburan spesies Pinjalo pinjalo ini meliputi Indo-Pasifik Barat, Teluk Parsi hingga ke Teluk Papua New Guinea, utara ke Taiwan dan di perairan tropika termasuklah negara kita.
Spesies merah suman dewasa mendiami terumbu dan bahagian bawah batu. Mereka ditemui di kedalaman beberapa meter di terumbu karang terbuka.
Ads
Di kebanyakan kawasan, mereka ditemui di perairan yang dalam dan biasanya 15 meter sehingga kedalaman 100 meter.
Mereka memakan haiwan invertebrata benthic dan planktonik, dan mungkin ikan kecil.
Ads
Merah suman mampu membesar panjang sehingga 80 cm panjang namun saiz biasa yang berjaya dipancing sekitar 30 cm sahaja.
Sebagaimana ikan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Taksonomi:
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Perciformes
Family : Lutjanidae
Genus : Pinjalo
Species : Pinjalo pinjalo
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Spesies ini merupakan seekor ikan air masin yang amat jarang diberi liputan. Mungkin ia jarang dipancing di perairan kita pada masa kini sama ada ia semakin pupus atau kurang berminat dengan umpan kita. Atau ikan ini tidak popular berbanding keluarganya lain seperti gerepoh, cupak, gerong belang atau talang.
Apa yang saya perhatikan ia adalah salah satu gamefish popular di New Zealand atau lebih dikenali dalam bahasa global amberjack atau yellow kingfish, sesuai dengan saiznya boleh menjangkau 1.5meter.
Tentu ia power gila sehingga menjana sumber pendapatan lumayan kepada pemandu pemancing di negara tersebut. Walaupun ia tergolong dalam keluarga Carangidae namun badannya lebih mirip ikan pisang-pisang atau aruan tasik berbanding jenis Jack atau Trevally.
Terdapat 3 subspesies ikan aji-aji di mana jenis aji-aji belang hitam (Seriola nigrofasciata) mudah dijumpai di perairan kita berbanding aji-aji berjalur kuning di kepala amat jarang. Hanya di sebelah perairan kepulauan Spratly dan gugusan beting Lucornia pernah direkodkan tangkapan aji-aji kepala kuning.
Aji-aji belang hitam ini hanya boleh membesar sehingga 5.2kg dengan saiz maksimun ialah 2.2 kaki. Saiz purata aji-aji jenis hitam ini sekitar 1 kaki sahaja.
Catatan rekod maksimun berat aji-aji ialah 80.6kg iaitu jenis aji-aji jalur kuning (Seriola dumerili). Inilah salah satu sebab kenapa ramai kaki pancing berkunjung ke New Zealand semata-mata nak merasai penangan gila dan power terlampau ikan greater amberjack.
Satu jenis aji-aji kepala kuning lagi (Seriola rivoliana) meraih berat 59.9kg dengan panjang yang direkodkan ialah 5.2 kaki. Namun begitu kedua spesies aji-aji berjalur kuning di kepala ini dikatakan mengandungi racun Ciguatera. Manakala aji-aji hitam yang lumrah di negara kita tercinta di sahkan tidak mengandungi racun terbabit dan dikatakan sumber diet yang baik. Ianya selamat dimakan.
Habitat Dan Taburan
Sebelah Laut China Selatan ikan aji-aji lebih tertumpu di persisiran pantai (coastal water or bay) manakala spesimen yang besar lebih tertumpu mendiami kawasan terumbu karang dari kedalaman berbeza di antara ketiga-tiga sub-spesies ini.
Boleh berada sehingga kedalaman 350 meter. Habitat aji-aji lebih tertumpu kawasan yang memiliki objek sama ada di dasar atau di permukaan air. Objek dasar termasuk terumbu karang, batu karang, tukun, tompok bunga karang dan objek permukaan lebih cenderung kepada unjang dan boya.
Anak ikan aji-aji banyak dikesan bermain di permukaan air dan apabila ia membesar aji-aji boleh berada di dasar dan permukaan air pada satu-satu masa. Macam haruan tasik juga.
Aji-aji bergerak dalam kumpulan kecil atau ‘non-schooling’. Boleh ditemui di serata dunia di kawasan perairan subtropika dan tropika. Dari kepulauan Pasifik seperti Hawaii, Micronesia, Bikini Island, New Celedonia hingga Bermuda, Costa Rica, Teluk Mexico, Brazil Laut Merah di semenanjung Arab hingga Morocco di Mediterranean, Timur dan Selatan benua Afrika dan di Asia ia ditemui di antara Laut Jepun hingga New Zealand.
Profil Ringkas
Famili: Carangidae
Ciri Fizikal: Bentuk seakan pisang-pisang tetapi lebih pendek sedikit. Kulit seperti kertas pasir halus. Warna gelap lebih tertera pada atas badan dan kehadiran jenis boleh dikesan melalui corak dan warna jalur berdekatan kepala.
Taburan: Laut China Selatan, Atlantik dan Lautan Pacifik tertumpu kepada kemuncak tropika. Hampir keseluruhan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Taburan di pantai timur lebih ketara di Laut China Selatan.
Habitat: Pertengahan dan dasar berkarang lembut serta lautan lepas jurang dalam.
Diet: Hidupan dasar seperti cacing laut, moluska, krutesea dan ikan pelagic.
Rainbow lobster atau multicolor lobster (Panulirus versicolor) hidup pada kedalaman 5 – 30 meter (Subani, 1977 in Hasrun, 1996). Banyak spesies yang hidup pada substrat yang berbatu-batu, lumpur atau pasir dan membuat lubang.
Kebanyakan lobster memilih tempat-tempat yang berbatu karang, di balik batu karang yang hidup maupun batu karang yang mati, pada pasir berbatu karang, di sepanjang pantai dan teluk-teluk. Karena itulah organisma ini dikenali dengan nama udang karang atau lobster.
Mereka kurang menyukai tempat-tempat yang sifatnya terbuka dan terlebih arus yang kuat. Tempat-tempat yang disukai adalah perairan yang terlindung. Berdasarkan pengalaman nelayan, udang karang banyak terdapat di tempat-tempat yang memiliki kedalaman perairan 10–15 meter.
Kebiasaan hidupnya merangkak di dasar laut berkarang, di antara karang-karang, di gua-gua karang, dan di antara bunga karang. Berdasarkan kebiasaannya merangkak, maka lobster dikatakan tidak pandai berenang, walaupun memiliki kaki renang.
Lobster termasuk haiwan nokturnal yang aktif pada malam hari, keluar meninggalkan sarangnya untuk mencari makan dan pasif di siang hari. Haiwan nokturnal memiliki memiliki aktiviti yang tinggi pada permulaan menjelang malam dan berhenti beraktiviti dengan tiba-tiba ketika matahari terbit.
Mereka menjadikan moluska dan echinodermata sebagai makanan yang paling digemarinya, selain ikan dan protein haiwan lainnya, terutama yang mengandung lemak, serta jenis algae. Udang kara dapat digolongkan sebagai haiwan yang mengasuh dan memelihara keturunannya walaupun sifatnya hanya sementara.
Lobster betina yang sedang bertelur melindungi telurnya dengan cara meletakkan atau menempelkan butir-butir telurnya pada bahagian bawah abdomen hingga telur tersebut menetas menjadi larva udang.
Menjelang akhir period pengeluaran telur dan setelah disenyawakan, lobster akan bergerak menjauhi pantai dan menuju ke perairan karang yang lebih dalam untuk penetasan. Jumlah telur yang dihasilkan setiap ekor betina lobster dapat mencapai lebih dari 400,000 biji.
Larva lobster memiliki bentuk yang sangat berbeda dari yang dewasa. Larva pada stadium filosoma misalnya, mempunyai bentuk yang pipih seperti daun sehingga mudah terbawa arus.
Semenjak telur menetas menjadi larva hingga mencapai tingkat dewasa dan akhirnya mati, maka selama pertumbuhannya, lobster selalu mengalami pergantian kulit (moulting). Pergantian kulit tersebut lebih sering terjadi pada peringkat larva. Secara umum dikenali ada tiga tahap peringkat larva, iaitu naupliosoma, filosoma, dan puerulus.
Perubahan dari tahap ke tahap berikutnya selalu terjadi pergantian kulit yang diikuti perubahan-perubahan bentuk (metamorphose) yang terlihat dengan adanya modifikasi-modifikasi terutama pada alat geraknya.
Pada peringkat filosoma iaitu bahagian pergantian kulit yang terakhir, terjadi peringkat baru yang bentuknya sudah mirip lobster dewasa walaupun kulitnya belum mengeras.
Pertumbuhan berikutnya setelah mengalami pergantian kulit lagi, terbentuklah lobster muda yang kulitnya sudah mengeras karena diperkuat dengan zat kapur. Bentuk dan sifatnya sudah mirip lobster dewasa (induknya) atau disebut sebagai juvenil.
Ikan pacu memiliki banyak nama. Beberapa di antaranya jelas: red-bellied pacu (Piaractus brachypomus) memiliki sisik merah di bahagian bawahnya, dan black-ear pacu atau black-band pacu (Myloplus schomburgkii) memiliki dua garis hitam di tubuhnya.
Nama-nama lain memiliki lebih banyak cerita di belakang mereka. Misalnya, red-bellied pacu juga digelar ‘ball-cutter pacu’ kerana rumor yang dilebih-lebihkan bahawa itu akan pergi menyerang `telur’ seorang lelaki di dalam air.
Selain itu, ada spesies ikan pacu yang telah menarik nama berbeza di negara asal mereka. Small-scale pacu (Piaractus mesopotamicus) juga dikenal sebagai pez chato atau ‘flat fish’ kerana kemiripannya dengan flattened pancake.
Black pacu (Colossoma macropomum) juga disebut tambaqui.
Bagaimana Nak Membezakan Piranha Dan Pacu?
Dengan tubuh lebar rata dan berwarna terang, pacu dan piranha sering keliru satu sama lain pada pandangan pertama. Namun, ketika anda melihat sedikit lebih dekat, anda akan dapat menemukan perbezaan:
Piranha memiliki gigi tajam dan bergerigi yang dimaksudkan untuk memotong. Ikan pacu memiliki gigi yang pipih dan tumpul yang digunakan untuk mengisar.
Panjang Piranha biasanya 1 – 2 kaki. Sebaliknya, spesies ikan pacu terbesar dapat membesar hingga 3.5 kaki.
Red-bellied pacu tampak sangat mirip piranha berperut merah, dan ini bukan kebetulan. Ini adalah bentuk mimikri alami yang melindungi pacu muda dari pemangsa.
Namun, warna merah memudar pada usia dewasa kerana mereka membesar begitu besar sehingga mereka tidak perlu menakuti predator lagi. Jika anda melihat seekor ikan dengan sisik merah pudar, itu adalah pacu dan bukan piranha.
Boleh Tak Kita Makan Ikan Pacu?
Boleh sangat. Bahkan, ikan pacu dikenali lazat! Mereka umumnya dijual di restoran Amerika Selatan dengan lauk nasi, selada, bawang, dan pisang raja.
Menggoreng adalah metode persiapan yang paling umum, tetapi mereka juga dibakar, dipanggang, dikukus, dan direbus.
Adakah ikan pacu agresif?
Tidak pada kebiasaannya. Terlepas dari kenyataan bahawa mereka dapat membesar seukuran anak kecil, ikan pacu tidak dikenali sebagai spesies yang agresif.
Mereka makan terutama pada kekacang dan tumbuhan, sehingga mereka bukan predator besar, dan mereka tidak memiliki naluri dominan atau teritorial.
Ini bukan untuk mengatakan bahawa ikan pacu tidak boleh menjadi agresif. Mereka akan memakan ikan yang lebih kecil ketika ada kesempatan, dan mereka sebenarnya dianggap spesies invasif di serata dunia kerana cara cepat dan efisien yang dapat mereka ambil alih ekosistem. Ikan pacu bukan piranha, tetapi mereka juga bukan ikan kap.
Adakah ikan pacu memiliki gigi?
Ikan pacu memiliki dua baris gigi seperti manusia yang tumpul. Mereka mampu menggigit dan mengisar tetapi tidak mengunyah.
Tanpa gigi mereka yang unik, ikan pacu tidak akan boleh mengkonsumsi kekacang, biji-bijian, dan buah-buahan yang sangat mereka sukai.
Kacang akan sangat sulit untuk dinikmati. Pacu tidak hanya akan berjuang untuk membukanya, tetapi mereka juga tidak memiliki kemampuan untuk mengisar mereka menjadi sesuatu yang lunak dan enak untuk ditelan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...