Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu. Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938. Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika (Latimeria chalumnae) dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia (Latimeria menadoensis). Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Ads
Ads
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki. Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba. Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut. Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg. Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun.
Ads
Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan sepat ronggeng (T. trichopterus) merupakan salah satu daripada 4 spesies ikan sepat yang kita jumpai di Malaysia.
Seperti kumpulan ikan ini yang bertubuh lebih besar iaitu sepat Siam (T. pectoralis), ikan sepat ronggeng merupakan ikan yang dimakan dan disukai orang tempatan walau pun umumnya hanya untuk pasaran tempatan sahaja.
Disamping itu terdapat pula perbezaan pada badan ikan dimana corak hiasanya mempunyai beberapa warna menarik. Ikan ini juga adalah jenis ikan yang popular sebagai ikan hiasan didalam akuarium.
Walaupun ikan ini mempunyai banyak nama gelaran tempatan, ia dipanggil sebagai sepat rawa dan dalam bahasa Inggeris ikan ini dikenal dengan nama three spot gourami, blue gourami, cosby gourami, gold gourami, golden gourami serta opaline gourami.
Ikan sepat ronggeng ini lazimnya mempunyai bentuk badan yang pipih dan meruncing sempit di mana ukuran panjang sehingga 120mm. Ia mempunyai warna badan perak pudar atau kilat dengan sedikit warna kebiruan atau kehijauan Lazimnya terdapat beberapa jalur seakan bentuk pita yang senget berwarna gelap.
Ia kadang-kadang jelas berwarna kehitaman dengan hadir pada kedua-dua belah badan sepat ronggeng iaitu pada tengah sisi tubuh dan pada pangkal ekor. Nama three spot gourami yang diberi adalah merujuk pada kedua bintik hitam pada badannya dan ditambah dengan mata sebagai bintik yang ketiga. Sirip ekor berlekuk dangkal yang berbintik-bintik dengan jelas untuk pergerakan pantas dalam air.
Warna tubuh ikan ini amat bervariasi. Bergantung kepada spesies atau kualiti air, warna ikan sepat ini sama ada terang dan gelapnya mahu pun warna bintiknya pada tubuhnya amat berbeza.
Kalau diteliti juga bilangan jejari pada sirip-siripnya juga berbeza coraknya. Purata ikan sepat ronggeng sekitar 2.3-2.5 kali lebih panjang dari lebar badan. Sepat ini agak unik kerana ia mempunyai sepasang sesungut yang ketara panjang dibadan dimana ia berkedudukan di depan pada sirip perut.
Ikan Sepat Rawa terdapat di Malaysia, Indonesia dan kawasan di Indochina, terutama di Lembah Sungai Mekong dalam air tawar.
Ikan sepat Siam (T. pectoralis) atau dalam Bahasa Thai, pla salit adalah satu spesies ikan yang banyak dijadikan makanan atau ikan hiasan. Ikan ini boleh ditemui di rawa-rawa, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang, terutama yang banyak ditumbuhi tumbuhan air.
Juga kerap terbawa oleh banjir dan masuk ke kolam-kolam serta saluran-saluran air hingga ke sawah-sawah.
Sebagian besar makanan sepat siam adalah tumbuh-tumbuhan air dan lumut. Namun ikan ini juga memangsa haiwan-haiwan kecil di air, termasuk ikan-ikan kecil yang muat di mulutnya.
Ikan ini sering ditemui di tempat yang terlindung oleh tumbuhan atau sampah-sarap yang tersangkut di tepi air. Ikan sepat siam menyimpan telur-telurnya dalam sebuah sarang buih yang dijaga oleh si jantan.
Sebagaimana kerabat dekatnya dalam keluarga gurami, sepat Siam tergolong dalam rumpun Anabantoidei. Taburan asli ikan ini adalah di wilayah Asia Tenggara, terutama di lembah Sungai Mekong di Laos, Thailand, Kamboja dan Vietnam; juga dari lembah Sungai Chao Phraya. Ikan ini diperkenalkan ke Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Papua New Guenia, dan Sri Lanka.
Spesies billfish (ikan berparuh) sebenar dibahagi kepada dua keluarga dan lima genus. Keluarga Xiphiidae hanya ada satu spesies iaitu Xiphias gladius atau ikan pedang (swordfish), dan keluarga lainnya, Istiophoridae, mengandungi 11 spesies dalam empat genus termasuk marlin, spearfish, dan sailfish.
Ada kontroversi tentang berkait marlin biru Indo-Pasifik, Makaira mazara, adalah spesies yang sama dengan marlin biru Atlantik, M. nigricans. Menurut Fishbase (Nakamura, 1985) dalam mengenali M. mazara sebagai spesies yang berbeza yang merujuk kepada pola sistem garis lateral.
Ciri Fizikal: Badan bujur memanjang, mulut kecil ke bawah, kepala berbentuk konikal, bergigi halus, warna jernih atau keperakan warna kadang kala hampir menyerupai dasar air.
Diet: Cacing laut, perumpun, anak udang, anak ikan dan larva
Habitat: Di kawasan kuala sungai dan di persisiran pantai berbeting dan berpasir.
Taburan: Malaysia, India, Australia, Laut Merah dan kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
Ada 4 jenis Bebolos yang boleh ditemui di negara kita dan amat sukar untuk membezakan di antara satu sama lain kerana bentuk badan yang hampir sama kecuali jika diperhatikan saiz serta corak halus pada badannya.
Anda tentu biasa melihat spesies yang berbadan bersih dan jernih ini yang boleh ditemui di kawasan pantai berpasir di serata tanahair. Sekali pandang dari atas, sukar untuk melihatnya disebabkan keupayaan corak warna badan yang boleh menyamai warna pasir serta air.
Badan yang halus memanjang, berekor runcing, bersisik halus dan jernih perlu diamati lebih teliti jika ingin melihatnya berenang di dasar. Bebolos biasanya menjarakkan diri di antara satu sama lain walaupun ia berada dalam kelompok yang sama.
Setengah spesies juvenil akan berenang rapat di antara satu sama lain untuk membentuk satu reformasi yang lebih besar untuk menakutkan pemangsa. Namun saya tidak pasti kenapa Bebolos agak menjarakkan diri sesama mereka atau mungkin memberi ruang mencari makanan yang lebih terbuka sesama mereka.
Bebolos berkeupayaan menyembunyikan diri di dalam pasir dan sukar untuk dikesan jika ia mengetahui kehadiran pemangsa atau manusia. Menyembunyikan diri juga memberi peluang spesies ini untuk memburu mangsanya yang terdiri dari cacing laut, perumpun, larva, anak ketam, udang dan sebagainya.
Ia akan menyerang apabila mangsa lalu dihadapannya tanpa segan silu lagi. Menurut laporan dari pengkaji hidupan laut, Bebolos di kawasan pantai Timur seperti di Terengganu bertelur pada bulan Ogos hingga Februari dan waktu kemuncak adalah dari Oktober hingga Januari.
Spesies Bebolos dikatakan galak mencari makanan dari bulan Mac hingga Mei dan dietnya semakin kurang menjelang bulan Jun hingga Ogos. Bebolos banyak menghabiskan masa untuk menghasilkan telur pada waktu tertentu. Dietnya menjadi normal selepas proses bertelur dari bulan September hingga Februari.
Spesies ini gemar bertelur di kawasan air cetek dan juga kuala sungai yang berpasir. Ia memilih kawasan air yang mempunyai suhu sekitar 20 darjah Celcius di mana suhu yang panas membantu proses penetasan telurnya. Faktor suhu juga mempengaruhi sifat biologinya dan ia dikatakan cepat matang pada suhu yang sesuai.
Ikan ini matang apabila mencapai saiz ukuran kira-kira 13 cm keatas. Bebolos bertelur sekali dalam masa setahun dan telur yang dihasilkan mengandungi kira-kira 14 000 biji telur didalamnya. Saiz telus hanya sebesar 0.65 mm terlalu kecil untuk dilihat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...