Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Osteoglossiformes

Family: Notopteridae

Genus: Notopterus (Lacépède, 1800)

Species: N. notopterus

Binomial name: Notopterus notopterus (Pallas, 1769)

Ads

 

Kenali Ikan Potok – Spesies Belida Paling Kontot

 

Terdapat pelbagai nama tempatan bagi spesies ini iaitu selat, belida selat, potok mahupun tongkos. Walau bagaimana pun ia lebih popular sebagai ikan selat dengan nama Inggerisnya Asiatic knifefish atau common knifefish. Namun tidak banyak yang diperkatakan tentang ikan ini dalam media cetak mahupun media elektronik.

 

Secara fisiologi, ikan selat tidak banyak beza dengan saudara rapatnya dalam keluarga Notopteridae. Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies iaitu belida sungai, belida bintik dan selat hanya boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini.

Ads

 

Kenali Ikan Potok – Spesies Belida Paling Kontot

 

Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Ada yang mengatakan ikan selat tidak memiliki badan yang bongkok seperti belida.

 

Namun ia agak sukar untuk dibuat perbandingan ini pada pandangan mata kasar kecuali dapat meletakkan dua spesies yang sama saiz bersebelahan. Ikan selat dengan belida waktu tampak serupa. Nak beza senang saja… tengok pada bahagian bibir mulutnya. Kalau mulut panjang melepasi mata itu belida, bukan selat.

Ads

 

Kenali Ikan Potok – Spesies Belida Paling Kontot

 

Satu perbezaan seterusnya, kedua-dua selat dan belida ketika juvenil memiliki belang. Beza pada kedudukan mata lain sedikit dan anak selat biasanya berwarna putih kemerahan sedikit.

 

Spesies belida terkecil dalam famil Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.

 

Kenali Ikan Potok – Spesies Belida Paling Kontot

 

Tentu saja ikan selat tidak menjadi spesies sasaran dalam memancing berikutan saiz yang kecil. Ia biasanya terpancing dengan tidak sengaja, lazimnya ketika memancing ikan-ikan kecil lainnya seperti sepat atau puyu.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI