Secara umumnya ikan merah pucat diklasifikasi dalam keluarga besar Lutjanidae (snappers atau ikan lutjan sebagaimana ikan merah lain serta jenahak).
Ikan merah pucat merupakan spesies marin tropika dan lebih menggemari kawasan berterumbu karang dengan perairan berkedalaman dari 5 hingga 100 meter.
Taburan ikan merah pucat meliputi Indo-Pasifik Barat: Teluk Persia dan Teluk Oman ke Fiji, utara ke selatan Jepun dan Pulau Jeju, Korea, selatan ke Wales Selatan Baru, Australia dan New Caledonia.
Ads
Nama saintifik spesies ini telah menimbulkan kekeliaruan dan disebut sebagai Lutjanus malabaricus (non Schneider) atau Lutjanus altifrontalis oleh banyak penulis baru-baru ini. Penemuannya di Laut Merah adalah kesalahan identifikasi.
Spesies L. erythropterus ini dikenali sebagai common snaper, red snapper dan crimpson snapper ini mencapai kematangan apabila mencecah 50cm panjang.
Ia mampu membesar sehingga 81cm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 45cm. Dilaporkan merah pucat ini mampu hidup sehingga 8 tahun.
Ads
Spesies dewasa gemar mendiami dasar lubang dan terumbu karang. Mereka hadir di atas beting, puing-puing, karang, epibenthos besar, substrat lumpur keras atau berpasir dan terumbu lepas pantai.
Ads
Biasanya dalam kelompok. Spesies juvenil dari panjang sekitar 2.5 cm menghuni perairan cetek di atas substrat berlumpur.
Mereka menjadikan diet dari pelbagai jenis mangsa yang didominasi oleh ikan, dan dengan sejumlah kecil krustasea, cephalopods dan invertebrata bentik lainnya. Mereka kebanyakan mencari makan pada malam hari.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Terdapat beberapa jenis ikan duri yang boleh ditemui di negara kita. Asasnya semua keluarga ikan duri memiliki sesungut atau sesetengah pemancing menamakan janggut atau misai, 3 sengat separa bisa (1 atas badan, 2 di kiri kanan sirip utama).
Separa bisa saya maksudkan ialah kesan bisa tidak lama, kalau tercucuk duri sengatnya paling lama 3 jam denyutan sengal, tapi pengalaman saya kurang dari 1 jam bisanya sudah hilang berbanding sembilang, pari dan depu. Kalau yang dah biasa tercucuk duri ikan ini tentu dan lali dengan kesan kebas seketika.
Duri etek dikenali berdasarkan bentuk fizikalnya berbeza sedikit dengan lain-lain ikan duri yang berada di habitat yang sama. Terdapat tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua. Bentuknya lebih memanjang dan paling ketara di bahagian kepala sedikit leper menirus ke bawah.
Badannya kelihatan gempal terutama yang bertelur tetapi diimbangi dengan panjang. Menurut catatan para saintis dan pengkaji ikan marin, duri etek hanya membesar pada saiz maksimun 36cm atau 1.2 kaki. Rekod tangkapan saya sekitar purata 1kg ke bawah.
Yang leceh mengenai ikan duri ini ialah lendir di badan yang melekit dan sukar di tanggalkan apabila melekat pada tangan. Bau hanyir dan lumpur ikan ini juga kuat sekali. Cara mudah gunakan plier muncung panjang untuk memegang atau melepaskan mata kail. Jika tidak mengkehendaki ia, buang kembali ke habitat asal tanpa mencederakannya.
Ikan kerapu atau groupers ialah kumpulan ikan dari beberapa genus yang bernaung di bawah subfamili Epinephelinae, di dalam keluarga besar Serranidae dan dalam order Perciformes.
Namun, tidak semua ikan serranids (Serranidae) dipanggil kerapu, sementara ikan bass laut turut termasuk dalam famili Serranidae.
Nama kerapu biasanya diberikan kepada spesies di dalam salah satu daripada dua genus besar iaitu Epinephelus dan Mycteroperca.
Di samping itu, spesies yang diklasifikasikan dalam genus kecil Anyperidon, Cromileptes, Dermatolepis, Gracila, Saloptia dan Triso juga dipanggil kerapu.
Begitu juga ikan dalam genus Plectropomus yang dirujuk sebagai coral groupers. Semua genera semua diklasifikasikan dalam subfamili Epiphelinae itu.
Ia sedikit memeningkan kepala apabila membicarakan pengkelasan saintifik ikan yang terlalu besar famili seperti kerapu ini.
Walau bagaimanapun, perkataan kerapu (grouper) amat meluas dipercayai berasal dari nama Portugis, grouper.
Asal-usul nama ini dalam bahasa Portugis dipercayai dari bahasa asli Amerika Selatan asli.
Famili Serranidae mengandungi kira-kira 450 spesies dalam 65 genera, termasuk bass laut dan kerapu (subfamili Epinephelinae).
Kerapu adalah ikan teleosts, yang pada lazimnya mempunyai badan gempal dan mulut yang besar. Spesies ini tidak dibina untuk kepantasan atau renangan jarak jauh.
Kerapu boleh membesar dengan saiz luar biasa dan tumbesaran panjang melebihi satu meter.
Berat sehingga 100 kilogram bukan luar biasa walaupun dalam apa-apa kumpulan yang besar dan berbeza spesies.
Kerapu merupakan pemangsa yang menelan mangsa dengan sedutan daripada membaham dengan gigitan. Kerapu tidak mempunyai banyak gigi.
Namun di tepi rahang mempunyai plat gigi penghancur yang menakjubkan.
Kerapu lazimnya menjadikan ikan, sotong gurita, dan krustasea sebagai diet utama.
Sesetengah spesies lebih suka untuk menyerang hendap mangsanya manakala spesies lain merupakan pemangsa yang aktif.
Mulut dan insang spesies ini membentuk satu sistem menghisap kuat yang menghisap mangsanya dalam dari jauh.
Kerapu juga menggunakan mulut mereka untuk menggali ke dalam pasir untuk membentuk tempat perlindungan mereka di bawah batu-batu besar, jet keluar melalui insang mereka.
Kerapu adalah hermafrodit protogynous dengan kebanyakannya monandric iaitu mereka matang hanya sebagai betina dan mempunyai keupayaan untuk menukar jantina selepas kematangan seksual.
Dalam erti kata lainnya, kebanyakan kerapu lahir sebagai jantan dan mampu bertukar menjadi betina apabila mencapai tempoh matang.
Justeru itu kerapu lebih cepat membiak berbanding siakap.
Beberapa spesies kerapu berkembang kira-kira satu kilogram setahun dan secara umumnya juvenil sehingga mencapai tiga kilogram, apabila mereka menjadi betina.
Kerapu jantan terbesar sering mengawal harem mengandungi tiga hingga 15 betina. Walau bagaimanapun, sesetengah kerapu adalah gonochoristic.
Dengan begitu banyak jenis dan spesies kerapu, Atlantic goliath grouper atau kerapu Atlantik goliath atau itajara (Epinephelus itajara), juga dikenali sebagai jewfish adalah ikan air masin paling besar dalam keluarga kerapu.
Ikan gergasi ini boleh mencapai saiz yang sangat besar. Ia mampu membesar panjang sehingga 2.5 meter dan boleh mencapai berat sehingga 360 kilogram.
Bayangkan jika spesies sebesar ini membaham umpan atau jig anda. Sekiranya ia tidak bergerak, pasti keadaannya sama seperti strike tukun atau kapal karam.
Rekod dunia untuk spesimen sukan memancing yang berjaya ditangkap adalah 308.44 kg, ditangkap di Pantai Fernandina, Florida, pada tahun 1961.
Atlantic goliath grouper boleh didapati terutamanya di perairan tropika cetek di gugusan karang dan terumbu buatan pada kedalaman 5 hingga 50 meter.
Rangkaian termasuk Florida Keys di Amerika Syarikat, Bahamas, kebanyakan Caribbean dan kebanyakan pantai Brazil.
Dalam sesetengah keadaan, ia ditangkap di luar pantai negeri Amerika Syarikat New England off Maine dan Massachusetts. Di Lautan Atlantik timur, ia berlaku dari Congo ke Senegal.
Terdapat dua jalur biru muda dan dua jalur kekuningan di sepanjang badannya. Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bahagian bawah badan. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis. Ia mampu membesar sehingga 180sm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg.
Di perairan negara kita kebanyakan yang diperolehi sebesar paha sahaja dan berat yang dilihat hanyalah sekitar 2kg hingga 10 kg sahaja. Ikan rainbow runner kecil pula amat popular untuk dijadikan umpan pemangsa besar seperti mersuji namun ia jarang diamalkan di negara kita.
Habitat Dan Sifat
Boleh ditemui di laut lepas mahupun kawasan persisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10 meter dan berkeupayaan meronda hingga 150 meter dari permukaan.
Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama. Ia boleh mendapat jolokan rainbow runner berikutan memiliki corak berwarna-warni pada badannya dan memiliki kuasa pecutan.
Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang. Cuma rainbow runner tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.
Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak maupun di Sipadan, Sabah. Tidak pernah dilihat ia meronda di persisiranpantai kurang dari 15 batu nautika.
Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schools of fish) Spesies tidak merbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan mempunyai racun Ciguatera. Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksid di badannya.
Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan rainbow runner ini amat popular sebagai gamefish dan hidangan di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia. Manakala di Jepun di hidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya diperolehi di lokasi jauh dari persisiran pantai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...