Kenali Ikan Merah Jalang

Share

 

Ikan merah terdiri dari beberapa spesies yang berkongsi habitat yang sama. Ia adalah dari keluarga Lutjanie atau snapper family di mana menjadi buruan oleh kebanyakan nelayan kerana faktor harga dan permintaan tinggi.

 

Ramai menggelarnya ikan merah sahaja termasuklah di Sabah. Sesetengahnya lebih popular dijadikan ikan masin dan kering kerana ia boleh disimpan lama serta mengelakkan

ia busuk apabila kekurangan ais. Yang basah, segar jika dinikmati hidanganya sukar untuk digambarkan.

baca juga kenali merah suman

 

Bentuknya menyerupai ikan siakap merah cuma giginya tidak sehebat yang dimiliki siakap merah. Warna sisik lebih berkilat cerah serta lebih besar berbanding ikan merah yang lain.

Warna badannya tidak merah keseluruhan, lebih kekuningan di bahagian sirip dorsal, pelvik maupun ekor.

Ekor lebar tegak selari. Kebanyakan mata ikan ini membonjol keluar apabila ia terkeluar dari kedalaman melebihi 150 kaki.

 

Juneil

 

Ia boleh membesar hingga 100cm panjang mencecah berat hingga 20kg namun amat jarang untuk melihat saiz sebegini.

Saiz yang biasa di pancing ialah sekitar 50cm dengan purata anggaran berat 3 kg. Musim terbaik memancingnya ialah selepas waktu bertelur di antara Julai hingga September.

Hayatnya dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun sebelum kuburnya tidak dapat di kesan lagi.

 

Ikan merah jalang adalah sebahagian dari ikan marin dan berkarang. Secara semula jadinya ia mudah ditemui di dasar laut berterumbu karang, tetapi tidak mustahil baginya untuk meronda dan berkeliaran di luar hutan karang di dasar lautan.

 

 

Lazimnya kawasan dataran terpilih adalah jenis dasar berpasir, lumpur keras dan di antara celahan tompokan batu karang.

Selain itu habitat buatan juga mudah dikunjungi oleh kumpulan ikan merah jalang untuk membiak dan memburu sumber makanan.

Habitat tiruan temasuklah kawasan unjam, tukun tayar, konkrit, bot serta tukun kapal karam yang ditinggalkan.

 

Kini ikan ini banyak menghuni pada kedalaman air melebihi 100 kaki. Paling cantik kedalaman dasar sekitar 200 hingga 300 kaki dan pelung untuk mendapatkan saiz yang melebihi 5kg lebih terbuka.

 

 

 

Hampir kebanyakkan ikan tergolong dalam keluarga snapper dan jack gemar hidup berkumpulan dan ia amat peka pada keadaan sekeliling terutama perihal pergerakan ketua ikan.

Sebab itulah jika hasil pertama rabut, kumpulannya pasti turut serta mengekori yang rabut hilang entah ke mana.

 

Seperti hidupan marin lain kumpulannya adalah terdiri dari satu kelompok induk membesar bersama dan tidak gemar berkongsi dengan saiz yang besar.

Ini bertujuan mengelakkan spesies yang kecil dibuli dan sesetengahnya dimakan sesama sendiri atau spesies yang lebih besar. Ia adalah speseis karnibal.

Kebanyakan spesies kecil tinggal di kawasan air cetek termasuk muara sungai sebelum menjajah ke tengah apabila meningkat dewasa. Yang besar pula kurang dan kumpulannya kecil.

baca juga tekong lubuk ikan merah

 

 

Sama ada ia tidak gemar bersama kumpulannya atau untuk mencapai saiz melebih 5 kg sukar. Logiknya jika berjuta telur ditetaskan, ratusan ribu ekor tinggal dalam beberapa

hari, kemudian ratusan ekor apabila mencapai usia kurang setahun dan semakin berkurangan dari hari ke hari.

 

Masa untuk pihak yang ditugaskan meningkatkan populasi ikan negara memainkan peranan agar ia populasinya bertambah.

Kini nak dapat 10 ekor dalam satu tempat untuk saiz bagak terlalu tipis harapan kecuali di lokasi yang jarang dan tidak pernah dikunjungi nelayan mahupun pemancing.

 

 

Profil

 

Nama lain: Merah, merah mata hitam, merah tanda hitam, temenggung

Ciri fizikal: Warna merah cerah terutamanya di bahagian bawah. Siripnya merah kekuningan.

Diet: Kebanyakan sumber makanan adalah hidupan dasar termasuk anak ikan, ketam sotong dan sebagainya.

Habitat: Dari muara berbatu hingga lautan luas khususnya di kawasan karang.

Taburan: Laut Arab hingga Lautan Hindi, Selatan Jepun ke Utara Australia. Di Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan dan Pantai Barat Semenanjung.

 

Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Lutjanidae

Genus: Lutjanus

Species: L. malabaricus

Binomial name: Lutjanus malabaricus (Bloch & Schneider, 1801)

baca juga profil ikan siakap merah

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Published by
Amang