Ketambak adalah yang paling mudah dikenali di kalangan keluarga ikan yang bergelar maharaja atau emperor fish ini berpandukan pada warna merah yang terdapat pada pipi. Bibirnya tebal dibarisi permukaan kasar di hadapan bahagian mulut.

 

Warna kulitnya bercampur-campur, di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama. Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah/oren dan bahagian mulutnya agak keras.

 

Landok (longface emperor), seroncheng (starry pigface emperor), assoh (thumbprint Emperor atau Lethrinus harak) adalah ikan yang sekeluarga dengan ketambak.

 

Ads

Terdapat 5 jenis ketambak yang ditemui di perairan tempatan. Tapi saya hanya menemui 4 jenis sahaja sehingga artikel ini ditulis. Keempat-empat jenis ikan ini adalah ikan karang yang biasanya aktif pada waktu malam. Boleh ditemui di dalam kawasan yang sama (bercampur) dan memiliki diet dan tabiat yang hampir sama.

 

Ikan Ketambak seperti mana ratusan ikan karang yang lain mudah ditemui di perairan yang mempunyai karang di dasar pada kedalaman 20 kaki hingga 140 kaki. Tidak kira gugusan karang tersebut besar (terumbu karang) malah ikan karang ini didapati meronda di kawasan pantai atau perairan yang mempunyai tompok-tompok karang kecil (spot reef).

 

Kenali Ikan Ketambak!!

Ads

 

Waktu siang banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celah karang dan mundar-mandir di kawasan sekitar tidak keluar dari gugusan karang. Rondaan pada sebelah malam pula agak luas di mana kawasan perairan cetek (pantai) juga dijajahi ketika memburu makanan.

 

Namun ia jarang dijumpai mendiami kawasan tukun kapal maupun tukun tayar. Lokasi yang paling digemari ialah jenis karang bercampur antara tanah keras, karang lembut (soft coral) dan jenis karang keras.

Ads

 

Taburan tempatan untuk ikan pipi merah ini lebih ketara di sebelah Pantai Timur dan Malaysia Timur, terutama Sabah. Di Semenanjung pula lubuk terbaik memburu ikan ini ialah di sebelah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Tinggi. Karang Emas di Johor, Pulau Tioman, Karang Luas, Karang Tinggi di Pahang dan gugusan Pulau Redang, Pulau Bidung, Pulau Karah dan Pulau Yu di Terengganu.

 

Sepanjang pengalaman saya memancing di perairan semenanjung, kawasan taburan batu karang di sepanjang pantai timur lebih produktif untuk memperolehi ikan ini berbanding di sebelah pantai barat. Kadang kala tangkapan hasil didominasi ikan ketambak berbanding ikan lain. Sebaliknya di sebelah pantai barat yang lebih tertumpu kepada keluarga Lutjanis atau jenahak dan siakap merah.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI