Ikan keli yang diternak di Malaysia yang menjadi tumpuan kumpulan penternak adalah spesies ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) kerana kadar hidup yang tinggi, ketahanan penyakit dan cepat membesar.

 

Jangkasa masa ternakan ikan keli adalah selama 4-6 bulan. Selain itu, ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas.

 

Kenali Ikan Keli!!

 

Telah mula diperkenalkan pada tahun 1984 lagi.  Clarias Gariepinus merupakan ikan keli hibrid hasil kahwin silang antara keli afrika jantan dan keli betina bunga taiwan.

Ikan keli hibrid ini juga telah memasuki Indonesia pada tahun 1986 lagi melalui Taiwan.  Sehingga kini mula merebak ke seluruh nusantara dan telah menjadi hidangan di kebanyakkan restoran-restoran di Malaysia.

 

Oleh kerana permintaan terhadap ikan keli hibrid ini sudah tidak asing lagi, maka wujudlah penternak-penternak seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan.

Salah satu kehebatan ikan keli hibrid ini ialah, pertumbuhannya yang cepat dan tahan kepada kandungan air yang kurang oksigen.

Ads

Isi ikan keli hibrid clarias gariepinus yang memang sedap cenderung kepada rasa ikan keli bunga Taiwan, jadi tidak hairanlah memang ramailah penggemar-penggemarnya.

 

Kenali Ikan Keli!!

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

HABITAT

Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar.  Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam-kolam kecil.

Ads

 

Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen.

Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik.  Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.

 

Kenali Ikan Keli!!

 

TABURAN

Ads

Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan Asia, terdapat diperairan umum yang berair tawar secara liar.  Di beberapa negara, khususnya di Asia, Ikan keli telah diternak, dipelihara di kolam seperti yang dilakukan di Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja, Burma dan India.

 

PERLAKUAN  IKAN KELI

Ikan keli yang hidup di air tawar, bersifat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap.

Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri dan menyorok di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras.  Ikan keli membuat sarang di dalam lubang – lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.

 

Kenali Ikan Keli!!

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Berikut antara keperluan air untuk ternakan ikan keli hibrid ini:

Suhu minima 20 oC, suhu maksima 31 oC, kesesuaian 24 – 28 oC. Kandungan oksigen minima 3 ppm, kandungan karbon dioksida di bawah 15 ppm, NH3 di bawah 0.005, NO2 sekitar 0.25 ppm, dan NO3 sekitar 250 ppm.  PH berkisar antara 6.5 – 8.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI