Ads
Home Hobi & Minat Kenali Ikan Jenahak (kemaskini)!!

Kenali Ikan Jenahak (kemaskini)!!

Ads

 

Saya kira spesies te tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia adalah ikan yang sedia dikenali oleh hampir kesemua pemancing.

Ia bukan bukan saja boleh dipancing di kolam air masin komersial, pancingan muara dan tentu saja pancingan laut dalam.

 

Spesies ikan ini secara global dikenali dengan nama John’s snapper. Nama Golden snapper juga merujuk kepada spesies jenahak namun beberapa spesies snapper lain juga mendapat gelaran (golden snapper) yang sama di sesetengah tempat.

Beberapa kawasan seperti di Australia, mereka menggelar spesies ini dengan nama Fingermark bream, iaitu merujuk kepada tanda tompokan hitam (cap jari) pada badannya.

baca juga jenahak dara pulau pinang

 

Lazimnya John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies Lutjanus johnii (nama saintifik) yang besar atau dewasa, sementara Fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini.

Keadaan ini sama dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenahak dan tetanda merupakan spesies yang atau berlainan.

Jadi, dalam kekeliruan ini dapat disimpulkan jenahak dan tetanda adalah spesies ikan yang sama.

 

 

TABURAN

 

Pola taburan spesies jenahak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper juga boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia.

 

Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas.

Bagi kaki pancing, spot memburu jenahak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka.

Ads

Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka serta batu karang.

 

MORFOLOGI

Dari segi morfologi luaran, sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran.

Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya.

Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa.

 

 

Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14.

Spesies jenahak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm.

Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal.

 

Ads

 

HABITAT & DIET

 

Habitat bagi jenahak dewasa lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga perairan yang berstruktur.

Bagi jenahak juvenil pula lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus.

baca juga pesta jigging jenahak

 

 

Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi.

Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter. Spesies ini yang menghuni di kedalaman lebih 10 meter lazimnya terdedah kepada kerosakan fizikal pada

tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.

Ads

 

 

 

Dalam rantaian makanan di persekitaran ideal, spesies ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam dalam piramid makanan.

Ini bermaksud jenahak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.

 

Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang, sotong dan ketam.

Selain itu, organisma bentik atau zoobenthas seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.

 

 

 

Taksonomi:

 

Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Perciformes
Family:
Lutjanidae
Genus:
Lutjanus
Species:
L. johnii
Binomial name:  Lutjanus johnii (Bloch, 1792)

baca juga setup bottom jenahak

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI