Hampir kesemua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan. Ia lebih popular di jadikan ikan hiasan berbanding jualan di pasar ikan. Nama saintifiknya ialah Siganus guttatus atau orange-spotted Spinefoot.
Ikan dengkis ini gemar mendiami kawasan muara dan pesisiran pantai. Struktur jeti, tiang jambatan, dermaga, celahan akar pokok bakau, dan kawasan karang adalah menjadi habitat utama ikan bersifat pemalu ini.
Ekornya melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus dan mulut kecil adalah ciri-ciri utama ikan ini.
Bergerak dalam kumpulan kecil dari sepasang hingga sedozen. Semua dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa.
Walaupun ia tidak membawa maut namun bisanya boleh mengganggu keriangan kita masa memancing. Kata orang bisanya lebih sengal sedikit dari duri kitang atau ikan duri tapi tidak seteruk sengat ikan depu ataupun sembilang.
Saya dah ‘rasa’ sengat ikan duri dan kitang tetapi untuk ikan ini sama sekali tidak ingin mencubanya lagi.
S. guttatus mampu membesar sehingga 40cm. Saiz ini memang dianggap besar gila bagi ikan dengkis. Saya sendiri tidak pernah melihat spesimen melebihi skala 30cm.
Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis ialah saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300gram seekor kecuali yang melebihi 20cm.
Profil ringkas
Nama Lain | Debam, Belais, Belaris , Kitang |
Ciri Fizikal | Terdapat tanda kuning di pangkal ekor. Badan nipis melebar. Ekor separa bulat. Terdapat duri kecil di atas setiap sirip dorsal dan berbisa jika terkena sengatan |
Diet
| Hidupan dasar seperti cacing laut, moluska, krustasea dan anak ikan (kecil). |
Habitat | Persisiran pantai, teluk, dermaga dan kawasan akar bakau persisiran muara. |
Taburan | Sri Lanka, Filipina, New Guinea, Utara Australia dan New Caledonea |
Tempatan
| Hampir keseluruhan semenanjung, Sabah dan Sarawak. Taburan di pantai timur lebih ketara berbanding di pantai barat Semenanjung |
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan