Spesies Hemibagrus nemurus atau lebih kita kenali sebagai ikan baung merupakan satu spesies ikan air tawar yang datang dalam keluarga ikan bermisai (catfish).

Bagi kaki pancing di Malaysia, spesies baung bukanlah pilihan ikan target utama jika dinilai dari segi kekuatan tentangan di hujung mata pancing, namun jika dijadikan lauk

dan dihidangkan di antara ikan air tawar yang lain, pasti ikan baung antara target utama lauk yang mahu dicapai.

 

Kenali Ikan Baung!!

 

Biarpun tentangan spesies baung tidak seganas ikan pemangsa lain, namun memancing ikan baung juga mempunyai daya penariknya tersendiri.

Rata-rata pemancing jika menyertai trip trekking ke sungai pergunungan sering kali menyediakan set dan umpan khas untuk melayan baung sepanjang malam.

Jika di tasik besar menaiki boathouse pula seperti Tasik Kenyir atau Tasik Banding, tidak sah jika waktu malam tak dihabiskan dengan melayan si pemakan dasar ini sambil meneguk kopi panas dan bersantai bersama rakan-rakan.

 

Kenali Ikan Baung!!

 

Ternyata, biarpun bukan di kalangan spesies ikan trofi, spesies baung masih tetap merupakan antara spesies ikan kegemaran kaki pancing.

Jadi tidak hairanlah jika dikatakan spesies baung ini antara ikan air tawar yang cukup dikenali dalam arena pancing tempatan.

 

Bagi pola taburan spesies bermisai ini, kebanyakannya boleh ditemui di kebanyakan kawasan sungai.

Kebanyakan spesies ini boleh ditemui di kawasan air tawar di Kepulauan Jawa, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan juga kepulauan Borneo.

IKLAN

Selain itu, spesies ini juga banyak ditemui kebanyakan sungai utama di Asia Tenggara seperti Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya.

 

Kenali Ikan Baung!!

 

Habitat bagi spesies ini pula ialah kawasan sungai atau tasik air tawar. Spesies ini juga mampu hidup dalam keadaan badan air yang kurang berkualiti atau tercemar.

Ini menunjukkan spesies baung mempunyai kadar toleran kepada kualiti air yang rendah.

 

Baung juga mendiami kawasan sungai yang berarus perlahan atau kawasan badan air tetap di mana hampir ketiadaan arus.

Ini termasuk kawasan seperti sungai dan tasik yang mengalami perubahan kedalaman air dengan populasi spesies lain yang akan bermigrasi ketika musim banjir sebelum kembali

kepada sungai utama sekitar bukan November hingga Disember.

 

Kenali Ikan Baung!!

IKLAN

 

Di Malaysia, spesies baung cukup popular terutama di kebanyakan sungai pergunungan, bahagian pertengahan sistem sungai (kecuali berhampiran muara) dan juga kawasan tasik air tawar utama di Malaysia.

Pemancing tempatan juga tahu bahawa keadaan air yang keruh selepas hujan merupakan waktu sesuai untuk memancing spesies ini.

Selain itu, waktu malam juga menjadi waktu yang paling terbaik untuk memancing baung.

 

Spesies daripada genus Hemibagrus ini merupakan ikan bermisai (barbel) yang mempunyai kepanjangan sekitar 8 cm. Spesimen sering ditemui di sepanjang subcontinent perairan

India, Asia Tenggara dan Asia Timur. Spesies ini merupakan ikan yang tidak bersisik dan mempunyai badan yang agak licin.

 

Kenali Ikan Baung!!

 

Bahagian kepalanya agak mendatar ke bawah hingga ke bahagian mulutnya. Bahagian kepalanya juga mempunyai rangka tengkorak yang agak keras untuk melindungi

IKLAN

kepalanya. Badannya mempunyai bentuk agak memanjang. Bahagian badannya mempunyai warna yang agak kekuningan bergantung kepada persekitaran kawasan air.

 

Spesies ini mempunyai barbell atau misai yang digunakan untuk memburu. Mereka mengesan mangsa atau makanan melalui filament barbel ini dan tidak menggunakan mata terutama dalam keadaan air yang keruh.

 

Kenali Ikan Baung!!

 

Spesies ini juga mempunyai kesemua sirip utama pada seekor ikan malah mempunyai sirip adipos iaitu sirip berdaging yang hadir di bahagian atas berhampiran kaudal pedunkel yang agak panjang.

 

 

Bagi diet spesies baung, ikan ini menjadikan ikan kecil, serangga air, udang dan cacing sebagai diet utamanya. Baung juga bersifat kewilayahan dan mempunyai naluri untuk menyerang hendap mangsanya.

 

Kenali Ikan Baung!!

baca juga Udang tapa belacan umpan power baung

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI