Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 – 75 kg. Ikan ini akan timbul dipermukaan air untuk mengambil udara di mana ketika itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon.
Spesies ini didapati semakin pupus di dalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan.
Ikan arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2-25meter dengan seberat mencecah 100kg seekor.
Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga melebihi 200 kg.
Pada masa ini ikan arapaima yang besar jarang ditemui kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau dijaring untuk diekspot sebagai ikan eksotik pameran.
Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5-10 minit.
Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustacea malahan haiwan kecil lain yang terdapat di sepanjang sungai seperti burung.
Ia merupakan predator paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan.
Sekilas pandang apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan kelisa.
Arapaima sememangnya satu famili dengan ikan kelisa iaitu dalam order Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan kelisa berbentuk tubuhnya pipih.
baca juga spesies sasaran pancing layang
Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang diminati ramai.
Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. Taburan ikan ini terhad jika adanya jeram besar atau air terjun yang tidak boleh dilalui.
Ikan ini memang jenis ikan yang bernafas di permukaan air dengan mengambil udara terus dari atmosfera.
Ikan arapaima juvenil pula sering muncul di permukaan air dengan kekerapan setiap 5 minit sekali manakala ikan dewasa muncul setiap 15-20 minit sekali.
Meskipun arapaima menyelam di bawah air selama beberapa minit, lazimnya dilaporkan ikan ini cenderung untuk berada pada permukaan air.
Ini menyebabkan nelayan sungai sering menunggu untuk berburu ikan arapaima yang sering menghirup udara yang menimbulkan suara khas seperti suara batuk.
Musim banjir di Amazon telah menjadi sebahagian dari putaran kehidupan ikan ini membiak.
Arapaima akan bertelur pada bulan-bulan di mana ketinggian air surut atau mulai naik. Arapaima membuat sarang kira-kira 50cm lebarnya sedalam 15cm di dasar air yang biasanya di kawasan yang berlumpur.
Apabila paras permukaan air naik maka telur-telur ikan tersebut menetas dan anaknya akan mengikut air banjir untuk membesar walaupun hanya sebahagian yang hidup. Lazimya ia berlaku pada bulan Mei-Ogos setiap tahun dalam kitaran semulajadi.
Ikan dewasa akan melindungi anaknya didalam mulutnya sehingga ia cukup umur untuk dilepas berenang sendiri.
Arapaima betina juga akan membantu melindungi arapaima jantan dan anak-anaknya dengan mengelilingi dan menghalang pemangsa lain memakan anak ikan tersebut.
Arapaima selalunya boleh sampai 20 tahun lamanya. Ikan ini semakin berkurang didapati dalam keadaan semulajadi kerana ia sedang diancam punah kerana ikan ini bukan termasuk spesies haiwan yang dilindungi.
Kecenderungan arapaima untuk timbul pada permukaan air membuatkan ia mudah diburu oleh manusia yang dengan mudah dapat membunuhnya dengan tombak.
Beberapa masyarakat tempatan di negara tersebut makan daging dan lidah arapaima serta mengumpulkan sisiknya yang dibentuk menjadi perhiasan unik dan barang-barang lainnya.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan