Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran.
Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20cm sahaja.
Ruan todak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya.
Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil.
Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
Ads
Ruan todak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah.
Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren.
Ads
Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang.
Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
Ads
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium.
Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Ikan tapak kasut, ikan pecah periuk, ikan telinga gajah antara nama-nama ikan tempatan yang pelik dan unik.
Lebih pelik lagi bagaimana ia boleh diberi nama sedemikian dan dipakai sehingga kini. Berikut lebih banyak lagi ikan yang unik dan pelik namanya.
➡ Telinga gajah
Nama binomial: Platax orbicularis
Nama umum: Orbicular batfish
Nama lokal: Telinga gajah
Larian ikan ini sering menjadi igauan pemancing. Mungkin disebabkan bentuknya yang leper dan lebar seakan-ikan telinga gajah maka ikan ini memperoleh namanya sebagai telinga gajah. Jika dilihat lama-lama pasti akan terbayang rupa gajah.
➡ Pecah periuk
Nama binomial: Lobetes surinamensis
Nama umum: Atlantic tripetail, tripletail fish
Nama lokal: Pecah periuk, siakap batu, ikan sampah
Tidak dapat dipastikan dari mana ikan ini mendapat nama pecah periuk. Mungkin juga disebabkan ia boleh diperoleh dalam jumlah yang banyak apabila memancingnya hingga tidak muat periuk.
Yang pasti ikan yang sering berada di kawasan apungan hanyut ini bukan saja seronok dipancing malah juga enak dibuat juadah walaupun rupanya kurang menarik.
➡ Tapak kasut
Nama binomial: Echeneis naucrates
Nama umum: Live sharksucker
Nama lokal: Ikan tapak kasut
Jika dibandingkan nama umum ikan ini berdasarkan sifatnya manakala nama panggilan tempatan lebih menjerus kepada rupa atau corak ikan tersebut.
Sesiapa saja yang tidak pernah mengenali ikan ni pasti akan bersetuju dengan namanya berikutan corak di bahagian atas kepalanya seakan-akan corak tapak kasut.
➡ Sumpit
Nama binomial: Toxotes jaculator
Nama umum: Banded archerfish
Nama lokal: Sumpit-sumpit, ikan sumpit
Badan yang nipis seakan ikan kitang dan bahagian kepalanya lebih tirus.
Sifat unik ikan ini ialah ia memburu mangsa seperti serangga kecil yang terbang di permukaan air dengan memancutkan air melalui mulutnya seakan-akan aksi menyumpit.
Jadi tidak hairanlah ia dipanggil ikan sumpit.
➡ Biji durian
Nama binomial: Sphaericthys osphronemoides
Nama umum: Chocolate gouramy
Nama lokal: Ikan biji durian
Sememangnya agak pelik dan seperti tidak masuk akal bagaimana ikan ini memperoleh namanya. Ikan biji durian ini berasal dari keluarga Gouramy seperti mana ikan kaloi.
Hanya satu-satu yang boleh dikaitkan dengan durian adalah warnanya yang kecoklatan seperti warna biji durian.
➡ Patung
Nama binomial: Pristolepis fasciatus
Nama umum: Malaysian leaf fish
Nama lokal: Ikan patung, kepar, kepor
Ikan patung atau ikan kepar merupakan spesies seakan-akan ikan puyu. Ikan patung mungkin diberi nama kerana kebolehan ikan ini statik di dalam seakan-akan patung.
Selain itu, nama Kampung Sungai Kepar di Perak dikatakan mendapat nama sempena ikan kepar ini.
➡ Tebal pipi
Nama binomial: Pomadasys kaakan
Nama umum: Barred javelin
Nama lokal: Tebal pipi
Ikan yang biasanya mendiami kawasan estuari ini juga mungkin mendapat nama kerana sifat luarannya.
Jika dilihat pada bahagian kepalanya, operkulum atau bahagian pipi yang menutupi insangnya jelas lebih menonjol lebih tebal, jadi mungkin dari itu muncul panggilan ikan tebal pipi pada spesies ini.
➡ Tebal sisik
Nama binomial: Puntius binonatus
Nama umum: Spotted barb
Nama lokal: Tebal sisik
Jika dikutkan nama umum atau Inggeris mungkin ikan ini akan dinamakan ikan bintik.
Namun orang kita lebih genius dalam memberi nama dengan mengambil sifat luaran ikan yang mana memiliki sisik yang agak tebal maka ia dinamakan ikan tebal sisik.
Parang
Nama binomial: Chirocentrus dorab
Nama umum: dorab wolf-herring
Nama lokal: Ikan parang, parang-parang
Ikan parang mempunyai bentuk badan yang lebih panjang dan berwarna perak. Bentuk badannya ini seolah-olah sebilah parang yang tajam dan berkilat memungkinkan spesies ini digelar ikan parang.
➡ Karim
Nama binomial: Trichopsis vittata
Nama umum: Croaking gourami
Nama lokal: Ikan karim
Kenapa ia bukan diberi nama ikan Salleh, ikan Ali, ikan Abu atau ikan Ramasamy? Kenapa Karim yang menjadi pilihan?
Tentu saja ia menjadi kekeliruan sehingga hari ini perihal ikan hiasan ini. Mungkin juga ia diberi nama sedemikian berikutan sempena nama orang yang menamakannya.
Terdapat enam jenis ikan jebong atau nama Inggeris triggerfish yang ditemui di sekitar perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Yang paling banyak ialah jenis Abalistes stellatus yang biasa dijumpai di pasaran tempatan.
Manakala 5 jenis jebong lain memiliki kombinasi warna dan corak badan yang lebih cantik. Ia disifatkan sebagai ayam laut kerana isi pejal seperti haiwan darat berkenaan. Malah isinya diambil setelah dikupas keras di bahagian luar. Ikan ini amat diminati di Pantai Timur berbanding Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Ciri utama jebong ialah kulit keras hingga serata bahagian badannya. Berbeza dengan ahli keluarga rapatnya ikan barat-barat yang kulit luarnya lebih lembut di seluruh bahagian badan. Biasanya ia dibarisi gigi kapal terjojol di hadapan serta gigi-gigi kecil atas bawah serta mulutnya amat kecil berbanding saiz badan. Bentuk badan leper tetapi agak tebal isinya dan bahagian kepala amat keras.
Setiap jenis jebong memiliki corak warna tersendiri berwarna-warni kecuali dari jenis jebong putih ini. Jenis yan menjadi kegemaran masyarakat pantai timur ini mempunyai bahagian atas berwarna kelabu disusuli tompokan keperakan di tengah. Corak kelabu putih ini lebih ketara di atas garis lintang hidup sehingga bahagian ekor.
Bahagian ekor berbentuk bulan di tengah tetapi menirus kedua-dua hujung. Sirip dorsal pertama memiliki tulang agak keras dan saiznya pendek berbanding sirip dorsal kedua. Saiz biasa ialah hampir 30 cm panjang dan paling besar dilaporkan 44.5cm.
Tahap tumbesaran setiap jenis jebong tidak sekata. Di kalangan keenam-enam jenis jebong yang dicatatkan, jebong kuning ekor berduri (Pseudobalistes flavimarginatus) dan jebong perang ekor bercabang (Odonus niger) mampu membesar sehingga 60cm.
Lazimnya jebong mudah ditemui di kawasan yang kaya dengan terumbu karang. Jebong amat jarang keluar dari kelompok terumbu karang. Kawasan wilayah buruan atau lingkungan mencari sumber makanan juga tertumpu di kawasan berkenaan.
Ia banyak berlegar di atas karang bawah dan pertengahan air. Gemar mendiami kedalam sederhana di mana kadar ketelusan cahaya lebih menyerlah iaitu sekitar 6 meter hingga 60meter. Ikan jebong bersifat kewilayahan dan bergerak dalam kumpulan tersendiri.
Ikan jebong tidak begitu kuat meronta apabila dinaikkan tetapi suka mengeluarkan bunyi seakan-akan ikan gelama. Gigi yang kuat digunakan untuk memecahkan karang kecil, cengkerang dan menggeledah kawasan karang mencari makanan yang terdiri dari krutesia, organisme Benthic serta cebisan ikan, sotong dan sebagainya.
Gelama mudah dikenali walaupun terdapat 15 jenis yang terdapat di perairan negara kita berpandukan kepada sisik yang terdapat pada badannya yang halus. Jenis yang dibezakan untuk spesies ini berpandukan kepada bentuk pada bahagian mulut, gigi serta badan.
Yang pasti sisik untuk setiap jenis gelama yang wujud hampir sama dan isinya lebih sedap dari spesies biasa seperti gelama papan, gelama dada kuning dan gelama bongkok.
Gelama berbadan gempal di bahagian kepala dan tirus memanjang hingga ke ekor seperti gelama tirus dan gelama panjang.
Gelama yang lebih gempal dan badan yang pendek seperti gelama cherua, gelama batu, gelama keling, gelama hitam dan gelama janggut.
Ada juga yang agak slim dari badan hingga ekor seperti gelama jarang gigi, san gaa atau lebih dikenali tiga gigi (dua atas dan satu bawah).
Satu lagi spesies yang dikatakan dari keluarga gelama yang biasa diternak melalui sangkar ialah senangin Taiwan (red drum).
Namun spesies ini dikatakan diimpot dari luar sebelum ada yang terlepas dari sangkar dan membiak di kawasan perairan negara kita terutama sekitar Selangor dan Singapura.
Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin tapi kebanyakan boleh ditemui di kawasan muara sungai. Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut di bahagian dasar untuk mencari makanan.
Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang. Gelama juga mudah diperoleh di sekitar tiang-tiang jeti, jambatan dan kelong.
Kemampuan sesetengah gelama menyesuaikan diri di air payau dan boleh memburu mangsa di air yang agak keruh.
Ini menunjukkan gelama tidak begitu memilih keadaan air kerana keadaan muara di negara kita yang sentiasa berubah kejernihan air. Gelama boleh dijumpai samada di air dalam mahupun cetek.
Gelama yang paling besar dalam keluarganya dikenali sebagai ibu gelama yang boleh mencecah hingga 120cm.
Ibu gelama banyak terdapat di Laut China Selatan terutama di Serawak dan gemar kepada kawasan dasar berlumpur / pasir yang mempunyai kedalaman air sekitar 60 meter. Ikan ini biasanya dikeringkan di kebanyakan tempat di Sabah untuk pasaran.
Gelama secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan yang banyak terutama spesies yang kecil saiznya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...