Dipercayai terdapat sekurang-kurangnya dua spesies ikan daun iaitu spotted sicklefish (daun baru bintik) dan banded sicklefish (daun baru belang). Kedua-duanya berbeza sedikit dari corak dan tompok warna dibadan. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai daun baru di sebalik nama lain seperti tudung periuk, baru-baru, agung-agung atau sepihi.

 

Ikan di dalam keluarga Prepanidae dan genus Drepane ini boleh ditemui dari Laut India hingga Laut Merah dan Selatan China hingga Australia. Di negara kita ia boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai Semenanjung.

 

Kenali Dua Spesies Utama Ikan Daun Baru

 

Ciri-ciri fizikal utama ikan ini memiliki badan berbentuk leper dan lebar dengan rata di bahagian bawah dan tirus di bahagian atas. Kedua-dua spesies ini memiliki asas warna yang sama iaitu keperakan dan berjalur atau bintik hitam.

 

Yang biasa dipancing ialah daun baru bintik di mana tompok-tompok kecil hitam membentuk jalur yang menegak setengah dari badannya.

 

Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya. Dietnya pula lebih kepada hidupan kecil yang boleh ditemui di dasar sehingga ke pertengahan air.

 

IKLAN

Kenali Dua Spesies Utama Ikan Daun Baru

 

Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil  sama paras dengan sirip pelvik. Depannya seakan-akan mengunjur hala kebawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam ke bawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.

 

Spesimen yang biasa ditemui sekitar 13 cm hingga 25 cm sahaja namun ia dikatakan mampu mencapai saiz 46cm.

 

Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil  hampir sama paras dengan sirip pelvik. Bahagian depannya seakan-akan mengunjur ke bawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam kebawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.

 

IKLAN

Kenali Dua Spesies Utama Ikan Daun Baru

 

Ikan ini bertelur dalam bulan September di kala bermulanya monsun timur laut. Atas sebab itu ia laporkan banyak ditangkap sebelum musim ia bertelur pada bulan Julai hingga Ogos. Waktu kemuncak selera makannya sebelum berpuasa seketika ketika musim bertelur.

 

Kawasan pilihan daun baru untuk bertelur ialah dasar berpasir yang mampu memberi perlindungan pada bakal generasinya akan datang terselindung dari pemangsa lain.

 

Kenali Dua Spesies Utama Ikan Daun Baru

 

IKLAN

Taksonomi

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Perciformes

Family : Drepaneidae (T.N. Gill, 1872)

Genus : Drepane (G. Cuvier, 1831)

Spesies : D. longiman,  D. Punctata

Binomial name: Drepane longiman, Drepane punctata

 

Kenali Dua Spesies Utama Ikan Daun Baru

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI