Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu.
Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938.
Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika (Latimeria chalumnae) dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia (Latimeria menadoensis).
Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Ads
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki.
Ads
Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba.
Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut.
Ads
Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg. Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun.
Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan pisang-pisang atau lebih lebih popular dengan nama global, rainbow runner adalah spesies ikan yang mudah dikenali.
Terdapat 2 jalur biru muda dan 2 jalur kekuningan di sepanjang badannya. Berbentuk selinder bulat memanjang.
Kesempurnaan ciptaan ikan ini pula dilengkapi berekor tirus bercabang untuk pecutan maksimum.
Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bahagian bawah badan. Ikan yang diambil sempena nama buah ini adalah spesies yang memiliki sirip lembut dan tidak mempunyai gigi. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis.
Ia mampu membesar sehingga 180cm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg! Di perairan negara kita kebanyakan spesimen yang diperoleh sekitar 2kg hingga 10kg sahaja.
Ikan pisang-pisang kecil pula amat popular untuk mengumpan pemangsa besar seperti marlin namun ia jarang diamalkan di negara kita. Tidak dapat dipastikan berat maksimum yang pernah dipancing di Malaysia kerana tiada maklumat terperinci.
Habitat dan tabiat
Ikan pisang-pisang boleh ditemui laut luas mahupun kawasan pesisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10meter dan berkeupayaan meronda hingga 150meter dari permukaan.
Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama.
Ia boleh dikatakan terkenal di seantero dunia dengan panggil rainbow runner yang membawa maksud sejenis ikan laju berwarna warni pada badannya.
Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang.
Cuma pisang-pisang tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.
Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak mahupun di Sipadan, Sabah.
Tidak pernah dilihat ia meronda di pinggir pantai kurang dari 15 batu nautika. Paling hampir dilihat ialah di Pulau Tenggol, Terengganu, semasa memancing di bangkai kapal karam.
Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schooling). Disifatkan spesies tidak merbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan ia mempunyai racun Ciguatera.
Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksid.
Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan pisang-pisang ini amat popular sebagai game fish mahupun food fish di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia.
Manakala di Jepun dihidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya di peroleh di lokasi jauh dari pesisiran pantai.
Pengenalan: Terdapat 2 jalur biru muda dan 2 jalur kekuningan di sepanjang badannya. Bentuk memanjang dan berekor tirus bercabang
Diet: Anak ikan kecil dan Invertebrates
Habitat: Ikan pelagik dan marin pada kedalaman 10 hingga 150 meter
Taburan: Seluruh kawasan perairan sub-tropika serata dunia. Hampir keseluruhan Semananjung, Sabah dan Sarawak kecuali di Selat Melaka berdekatan Melaka dan barat Johor.
Di Malaysia, ikan ini lebih dikenali sebagai ruby snapper sahaja tanpa nama gelaran tempatan yang kukuh sehingga digunapakai secara meluas.
Ada juga di beberapa tempat menggelarnya dengan panggilan tertentu namun ia hanya diguna pakai di lokasi tersebut sahaja.
Sebaliknya nama umum Inggerisnya begitu banyak seperti deepwater red snapper, deepwater snapper, jobfish, queen snapper, red snapper, ruby-colored snapper fish, snapper atau squirrelfish snapper.
Sementara nama saintifiknya pula ialah Etelis carbunculus.
Ikan ruby snapper adalah salah satu ikan hidangan paling berharga di negara ini! Tekstur daging putih lembap dan lembut menjadikan ikan ruby bukan hanya salah satu ikan yang paling lazat di lautan kita tetapi juga salah satu yang paling berharga.
Ikan ruby snapper pada awalnya dikenali melalui hasil penangkapan ikan komersil menjadikannya banyak tersedia untuk umum.
Ketika itu kebanyakan pemancing rekreasi tidak biasa dengan spesies ini kerana habitat airnya yang dalam.
Walau bagaimana pun ia tidak kekal sedemikian berikut bantuan moden kekili elektrik!
Spesies marin benthopelagic ini hanya boleh ditemui pada kedalaman 90 – 400 m atau pada kebiasaannya 200 – 350 meter.
Taburannya meliputi Indo-Pasifik, Afrika Timur ke Kepulauan Hawaii, utara ke selatan Jepun, selatan ke Australia. Dirakam di Three Kings Island, New Zealand.
Spesies Etelis carbunculus dikatakan mencapai usia matang apabila mencecah 61 cm. Ia mampu mencapai panjang maksimum sehingga 127 cm dan tempoh usia sehingga 32 tahun.
Ikan yang memiliki warna merah ruby ini tentu saja boleh dikenali melalui warna merah tersebut. Manakala bahagian di bawah perut adalah putih.
Ikan ruby dewasa mendiami dasar berbatu. Diet utamanya terdiri daripada ikan, invertebrata yang lebih besar seperti krustasea, sotong dan ketam.
Ia juga mengambil organisma planktonik, termasuk urochordates pelagic.
Lazimnya wahoo berwarna biru kehitaman dan semasa hidup, ia mempamerkan jalur menegak yang berombak seperti corak harimau. Paling menggerunkan ialah barisan gigi setajam pisau belit di dalam muncungnya yang tirus itu.
Kebanyakan wahoo yang ditangkap pemancing ialah antara 7 hingg 25kg. Hairannya, spesimen kurang 6kg jarang ditemui.
Wahoo gergasi melebihi 40kg sering ditangkap di perairan Australia dan ia lebih banyak berkeliaran di sekitar kepulauan Fiji, di mana spesimen sehebat 65kg pernah direkodkan.
Wahoo boleh ditemui di kawasan lautan tropika, subtropika dan bersuhu sederhana di seluruh dunia. Di Malaysia, spesies ini bersepah di kepulauan Spratly di luar pantai Sabah dan Sarawak.
Wahoo merupakan ikan pelagik lautan terbuka yang menyukai air lautan yang bersih dan biru dengan suhu 21 darjah ke 30 darjah Celcius.
Ia jarang dijumpai berdekatan persisiran. Wahoo gemarkan lokasi bertentang jurang karang yang dalam, gunung lautan dan puncak terumbu. Spesimen besar pula lebih suka terasing jauh sehingga melepasi penghujung pelantar benua.
Spesies ini disifatkan ganas perangai. Ia berstrategi dengan hanyut perlahan di bawah bayangan dan biasan cahaya gelombang lautan yang hampir di permukaan air.
Apabila sampai di jarak yang bersesuaian, ia akan membesit sepantas kilat untuk menangkis mangsanya, dan mengerat ke beberapa bahagian dalam sekelip mata saja.
Mangsanya terdiri dari ikan tongkol, anak belitung, todak dan sotong. Walaupun kerap bersendirian, wahoo juga akan memburu dalam pasukan sejumlah dua hingga berbelas ekor, terutama di kawasan tropika.
Biasanya wahoo diperangkap dengan gewang berenang laju seperti skirt dan replika ikan selaman dalam, perambut dawai adalah perlu jika wahoo yang dicari.
Namun ramai pemancing agak bernasib baik biarpun berperambut tangsi, kerana taktik ikan ini yang suka membantai mangsanya dari ekor.
Wahoo jarang disasarkan pemancing, sebaliknya ia terkena semasa memburu ikan tuna, mersuji, layaran, tenggiri, aji-aji dan sebagainya. Sebab itulah ia acapkali digelar ikan pengacau.
Tetapi wahoo tetap juga dialu-alukan kerana rupa bentuknya begitu menarik, tambahan pula kederasan larian dan keenakan isinya. Parasit besar berbentuk seperti cacing sering dijumpai dalam perut wahoo, tetapi ini tidak mempengaruhi isinya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...