Boleh dikatakan hampir semua ikan di laut memiliki duri sirip yang tajam. Namun tidak semua duri sirip yang tajam itu mengandungi bisa. Berikut disenaraikan ikan-ikan yang memiliki duri berbisa atau duri yang tajam mudah melukakan.

 

Baji

Bartail flathead, pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu diawasi pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala. Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau. Gunakan pelayar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Pari

Stingray atau ikan pari merupakan ikan yang berbentuk leper dan sering berada pada dasar badan air. Ketika mengendalikan ikan pari, perhatian harus diberikan kepada bahagian ekornya. Duri sengatan ikan pari yang terletak di sebalik ekornya sangat berbisa dan mampu memberikan kecederaan teruk. Sesetengah kes sengatan pari mampu membawa kepada kematian.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Ketuka

Scaly whipray atau ikan ketuka mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan ikan pari. Namun saiz ikan ketuka lebih kecil tetapi lebih berbisa sengatnya. Ikan ketuka juga mempunyai sengatnya di sebalik ekornya seperti pari. Sengat ikan ini mampu mendatangkan kecederaan yang teruk jika tidak dirawat.

Ads

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Debam jalur

Lined Surgeonfish atau debam jalur merupakan ikan yang bersifat kewilayahan dan menghuni kawasan berbatu karang. Spesies ini biasanya berada dalam kumpulan yang banyak. Debam jalur juga merupakan spesies yang sentiasa berenang dan sering dijadikan sebagai ikan hiasan. Pada bahagian kaudal atau ekornya, terdapat duri yang agak berbisa dan mampu mendatangkan kecederaan jika terkena pada anggota badan.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Talang pandan

Ads

Needlescaled queenfish atau Ikan talang lampai dewasa biasanya berlegar di permukaan air dalam kawanan kecil. Ikan ini akan memburu ikan kecil sebagai makanannya. Terdapat duri pada sirip dorsal dan sirip analnya yang sesetengahnya mempunyai toksin yang berbisa.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Sebekah karang

Three-spot squirrelfish atau ikan sebekah karang, juga disebut lolong bara hidup di kawasan yang kaya dengan terumbu karang sehingga kepada kedalaman sedalam 40 meter. Selalunya spesies ini bersembunyi di kawasan berbatu dan terlindung. Spesies ini biasanya menjadikan waktu malam sebagai masa memburu makanannya seperti udang dan ketam bentik. Pada bahagian operkulumnya, terdapat duri yang berbisa dan mampu mencederakan jika terkena sengatannya.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Ads

Sembilang

Gray eel-catfish atau ikan sembilang terkenal bagi kebanyakan kaki pancing yang gemar memancing pesisir pantai. Bentuknya badannya tidak bersisik dan licin. Selain itu, ikan sembilang juga mempunyai rasa yang agak sedap. Ketika mengendalikan spesies ini, kita perlu berhati-hati dengan sengat atau duri pada bahagian dorsal dan juga sepasang duri pektoralnya. Sengatan sembilang agak berbisa dan mampu mendatangkan rasa berdenyut dan sakit berterusan jika tidak dirawat segera.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Usat-Usat

Striped eel catfish atau Usat, sembilang karang juga mendiami kawasan yang mempunyai karang. Warna badannya berbeza berbanding sembilang biasa. Ikan sembilang karang mempunyai warna yang lebih cerah dan mempunyai jalur pada badannya. Seperti ikan sembilang, ikan sembilang karang juga mempunyai duri yang berbisa dan mendatangkan kesan buruk jika disengat.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

 

Duri

Dengan nama umumnya sea catfish atau ikan duri ialah spesies daripada genus Arius ini merupakan antara spesies yang sering dinaikkan. Ikan duri mempunyai tiga duri yang tajam dan keras. Duri yang digunakan untuk mempertahankan dirinya ini terletak pada sepasang sirip pektoralnya serta sebatang duri yang mampu menegak pada bahagian sirip dorsal di atas badannya.

 

Kenali 9 Spesies Ikan Laut Yang Memiliki Senjata Menyengat & Menyakitkan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI