Kemusnahan Padang Pancing – Angkara Siapa??

Share

 

Mari kita cuba lihat sejenak dan fikirkan, aktiviti memancing secara logik tidak akan mengundang bala kepada sumber perikanan. Yang ketara dan penyumbang utama ialah aktiviti penangkapan ikan yang tidak beretika seperti yang mengebom, penggunaan racun atau tuba dan penggunaan elektrik.

Maka golongan ini wajib dibendung dengan apa cara sekalipun. Itu belum campur dengan pembalakan haram yang memusnahkan terus lubuk-lubuk pembiakan ikan.

 

 

Jujurnya, sukar untuk mengharapkan pihak berwajib sahaja. Jadi di sinilah peranan kita sebagai pemancing beretika, berilmu dan sayangkan sumber perikanan kita. Lantas menjadi tugas kita, menghalang aktiviti tak beretika iniasekurang-kurangnya dalam kalangana rakan-rakan kita sendiri.

 

Jika tidak mampu menghalang secara fizikal, sekurang-kurangnya kita menasihati mereka dan menyedarkan mereka tentang kepentingan sumber ini dan apa akibat buruk daripada perbuatan mereka. Selain itu, dalam melihat kesilapan orang lain, kita sendiri kadangkala lupa untuk melihat diri sendiri.

 

Kadangkala kita masuk ke hutan untuk trekking, camping dan memancing. Apabila mahu pulang banyak sampah seperti plastik atau tin yang ditinggalkan di campsite oleh grup kita.

 

 

Secara tidak langsung, kita turut menyumbang kepada berlakunya kerosakan sumber ini. Inilah perkara yang perlu kita elakkan, nampak remeh namun kesannya cukup dalam. Sebagai pemancing, pastilah isu ini terasa dekat dengan kita. Pemancing dan sumber ikan seperti sungai ibarat simbiosis dan saling memerlukan.

 

Jadi, tanpa menuding jari kepada sesiapa, sama-samalah kita mengambil langkah sewajarnya dalam meneruskan kelestarian alam sekitar seterusnya dapat memberikan kepuasan dalam hobi kesayangan kita ini.

 

Published by
Amang