Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan ekor Taufan Lekima yang membadai timur negara China.
Ketua Pengarahnya, Jailan Simon, berkata berlaku fenomena garis badai kesan tiupan angin susulan taufan itu di selatan Thailand yang kemudiannya melanda di utara Semenanjung.
“Garis badai adalah garisan ribut petir akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca daripada ribut tropika berlaku di timur China.
“Di selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini bergerak dari barat laut ke arah tenggara dan melanda beberapa kawasan di Kedah termasuk Langkawi.
“Kelajuan angin dicatatkan kira-kira 100 kilometer sejam (kmsj),” katanya pada BH, sebentar tadi.
Ads
Beliau berkata, MetMalaysia yakin tidak berlaku gelombang kedua kerana secara kebiasaan ribut akibat taufan Lekima berlaku sekali sahaja.
Dalam pada itu, tempias daripada ribut itu menimpa kelong memancing yang terletak di utara Selangor.
Ads
Menerusi laman Facebook Kelong Kupang Sabak Bernam memaklumkan kelong 1, 2 & 3 dihentikan operasi kerana berlaku kerosakan teruk dan roboh sama sekali akibat musibah angin kuat.
Kelong 1 rosak teruk
Berikutan kejadian tersebut, kesemua tempahan memancing di kelong tersebut terpaksa dibatalkan kecuali kelong 4. Dipercayai tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku kerana tiada pelanggan yang memancing di kelong-kelong tersebut ketika kejadian.
Persiapan untuk memancing 3 hari di perairan Pulau Tioman siap diatur untuk 3 orang kenalan lama dari luar negara.
Tempahan dan deposit bot memancing, hotel penginapan dan peralatan pancing lengkap untuk kegunaan 4 orang pemancing diuruskan seperti yang dikehendaki mereka.
“Kami datang dengan tangan kosong. Keperluan semua tolong uruskan,” itu pesanan ringkas yang diterima melalui e-mel.
Memandangkan banyak perkara dan keperluan perlu diuruskan, cara terbaik ialah sediakan senarai check list lengkap supaya tiada yang tercicir nanti.
Ini termasuk kepingan jig ringan yang diperuntukkan untuk kegunaan lima orang sepanjang trip. Kos peralatan pancing sudah mencecah ribuan ringgit.
Bagi mereka ini itu soal kecil sahaja kerana tujuan utama adalah memancing sambil melancong di Malaysia sekali sekala.
Setiap tahun mereka bertandang ke mari dan memilih untuk memancing ke destinasi berbeza. Hanya menanti masa yang dijanjikan.
Kali ini agak mencabar sedikit kerana trip ini berlangsung pada bulan Ramadan.
Lebih mencabar lagi ketika di laut hanya saya seorang sahaja yang berpuasa, banyak telan air liur tatkala melihat mereka teguk jus minuman dan buah-buahan di tengah kepanasan.
Hari Pertama
Malah hari pertama memancing angin selatan membuak lebih dari kebiasaan menurut kata tekong.
Ini terbukti kesukaran untuk mencari umpan setiap kali melewati kawasan unjam.
Percaturan awal ialah memancing layaran di hari pertama, kemudian bergerak ke Tioman untuk bermalam di sana.
Hari kedua kami merancang untuk berjigging di sekitar laut Tioman dan hari ketiga berdasarkan kepada keputusan dua hari pertama.
Bergerak dari Kuala Rompin menuju ke lokasi pada hari pertama sudah menampakkan kesukarannya.
Desiran angin dan percikan air sentiasa membasahi pemancing di dalam bot ketika dalam perjalanan.
Begitu pun, tiada tanda-tanda menampakkan kerisauan di kalangan mereka ini, maklumlah semangat dan penantian untuk memancing di laut selama ini baru sahaja bermula 30 minit yang lepas.
Masa sudah melepasi 2 jam pertama, semangat membara ketika tekong berusaha berpindah dari satu unjam ke satu unjam mencari kumpulan anak ikan.
Dua unjam pertama kami keletihan terpaksa melepaskan semula umpan hidup, mana tidak hanya ikan kunyit dan kerapu kecil menjamah apollo.
Unjam berikutnya terasa cerah sedikit harapan apabila dapat juga beberapa ekor selar dan tamban untuk mencari layaran.
Permukaan laut beralun di hembus angin dari arah selatan menyukarkan kami untuk mengesan ikan layaran. Tanpa kehadiran burung camar lebih merumitkan.
Minggu sudah layaran di kesan berada di sekitar laut Merchong. Lokasi kami pula di laut Tokong Burung.
Walaupun agak jauh dari lokasi layaran berada pada musim itu namun bot sebelah kami berjaya menerima sambaran layaran.
Dalam kekalutan, ikan berjaya meloloskan diri dan kami berharap yang lain sudi dengan umpan yang masih hanyut jauh di belakang bot.
Turut menerima kesan ialah aktiviti jigging kerana minat ikan terhadap umpan tiruan ini jatuh merudum. Tiada sambaran walaupun semua jenis dan warna jig dicuba.
Kena pula di bulan Ramadan, nak lebih-lebih bahang mentari terus menitikkan peluh.
Menyedari peluang mengintai layaran tipis, tekong menyarankan agar berpindah.
Satu persatu unjam kami singgah, jigging sambil melepaskan umpan hidup di belakang bot. Akhirnya sekor tamban yang baru dihulurkan terus sahaja menerima sambaran di pertengahan air.
Apabila melihat haruan tasik yang mengena, semua memandang sahaja sebelum menyarankan tekong lepaskan ia.
Selang pada itu sekor selar yang baru dipikat dengan apollo mengambil tempatnya pada mata kail yang kosong. Kini giliran selar pula berjaya memikat pemangsa.
Rakan saya, Antonio yang dari awal begitu sabar menanti sentapan ikan tanpa melengahkan masa menggenggam joran.
Baru nampak sedikit senyuman apabila sekor tenggiri pula mencuri tumpuan kami.
Usaha untuk mencari mangsa seterusnya berjaya tetapi berlainan spesies pula. Giliran todak pula bertali arus membedal umpan ikan hidup.
Umpan punyalah susah nak dapat, dapat umpan todak pula yang balun. Kami terpaksa beredar awal menuju ke arah Tioman memandangkan laut sedemikian memakan masa yang lama untuk sampai ke pulau.
Lebih merumitkan ialah kami sendiri tidak tahu di mana lokasi resort yang ditempah oleh geng pancing saya.
Akhirnya jumpa juga setelah terpaksa bertanyakan kepada penduduk pulau yang sedang memancing. Resort yang ditempah pun agak eksklusif juga dan jetinya betul-betul tepat dengan arah angin selatan yang melanda.
Sukar untuk merapatkan bot di tepi jeti bagi pemandu bot yang tiada pengalaman.
Setelah berjaya menurunkan kelima-lima geng saya di resort berkenaan, saya dan tekong kemudiannya sekali lagi meredah alun menuju ke marina di Kampung Tekek untuk berbuka puasa dan bermalam di sana.
Selesai hari pertama memancing dalam kesukaran sambil berharap hari berikutnya akan lebih bermakna.
Hari Kedua
Awal pagi kami berdua bergerak ke jeti Japamala Resort untuk mengambil geng pancing saya.
Kali ini tinggal 4 orang sahaja setelah wakil China tewas dengan alun semalam. Wakil Itali, Taiwan dan Indonesia masih bersemangat meneruskan cabaran di hari kedua.
Keadaan laut sepertimana semalam malah lebih power sedikit. Ikut hati nak je memancing di kawasan tepian pulau yang terlindung angin tetapi terpaksa jaga etika bila berkunjung di taman laut lebih-lebih lagi bila kita membawa bersama pelancong atau pemancing luar.
Nak tak nak redah juga laut beralun mencari spot memancing. Mimpi ngeri jadi kenyataan apabila hasil lebih teruk dari semalam.
Puas mencuba dengan segala teknik walaupun umpan hari kedua lebih mudah diperolehi. Macam-macam umpan ada, selar, tamban sisik, tamban bulat, kembung, sotong cumit, lolong dan ikan kerisi.
Semuanya sepi tanpa sambaran yang boleh hangatkan suasana. Terpancar sedikit kerisauan tekong melihat hasil sedemikian. Belum pernah terjadi.
Bagaimanapun ini tidak melemahkan semangat kaki pancing luar yang pertama kali bertandang di Tioman dan akur dengan faktor alam. Mungkin tidak kali ini, pasti akan ada hari mendatang ujar mereka lagi.
Sejuk hati melihat mereka redha dengan musibat hari itu dan akur dengan masalah deruan angin yang bertambah kencang menjelang tengah hari.
Sebulat suara bersetuju menamatkan sesi memancing hari kedua lebih awal dan membatalkan misi untuk hari ketiga berpandukan ramalan angin tidak mungkin berhenti dalam sehari dua.
Tiada siapa yang mereka salahkan dan mungkin kunjungan kali ini pada waktu yang kurang tepat.
Misi kami sebelum ini boleh dikatakan berjaya memperoleh ikan yang disasarkan. Mereka memilih untuk berehat di Tioman menghabiskan dua hari berikutnya.
Sempat juga geng ini mencari spot untuk memancing ikan air tawar pula selepas puasa nanti. Pastinya mereka akan berkunjung sekali lagi dalam waktu terdekat ini.
Kami kemudiannya sekali pagi terpaksa menempuh perjalanan sukar menuju ke Kuala Rompin. Inilah hakikat memancing kadang kala kita terasa kegagalan tetapi tidak bagi mereka yang memahami dan mendalami erti kata kumpau yang sebenarnya.
Kepuasan memancing bukan setakat ikat yang dipancing tetapi bila dapat naik bot, hulur pancing sambil bersembang seloka semasa menunggu sambaran sudah mampu mengukir senyuman buat pemancing sejati.
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, tenggara Samui, Condore, Layang-Layang, Reef North, utara Palawan, utara Sulu dan barat laut Bunguran sehingga Rabu, 3 Januari 2018
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tengah Samui, selatan Tioman, Bunguran, Reef South, selatan Reef North, Labuan, selatan Palawan, selatan Sulu, sehingga Rabu, 3 Januari 2018.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Ribut petir di perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-layang dan Sulu dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 02 Januari 2018.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Rabu, 3 Januari 2018.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka sehingga Rabu, 3 Januari 2018.
(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) dan WP Labuan sehingga Rabu, 3 Januari 2018.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Ribut petir di perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) & WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 02 Januari 2018.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
(sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, kemaskini jam 12.45 pm)
Sempena pertandingan memancing bulanan, kolam pancing Seri Bayu Tekala, Semenyih mengadakan Cabaran Memancing Bulan November di kolam tersebut, Ahad ini dengan menawarkan wang tunai sebanyak RM102,200.
Sebanyak RM52,000 menanti juara Cabaran Bulan November, RM12,000 bagi pemenang di tangga kedua dan RM6,000 bagi pemenang podium ketiga. Sementara RM 1,000 menanti pemenang di tempat keempat. Pertandingan yang berkonsepkan sapu bersih sehingga ranking 150 ini turut menyaksikan pemenang di tangga ke-101 hingga ke-150 memperoleh RM150.
Sebagaimana pertandingan sebelumnya pihak pengurusan kolam masih lagi menetapkan spesies ikan patin Chao Phraya tidak dipertandingkan sebaliknya dikategorikan sebagai hadiah khas bersama spesies tongsan sisik halus. Bagi pemenang kedua-dua kategori ini memperoleh RM5500 bagi tempat pertama, RM300 untuk tempat kedua dan RM200 untuk tempat ketiga.
Selain ganjaran tunai, pihak kolam turut menawarkan dua unit televisyen LED berjenama dan 10 unit kekili berjenama Shimano bagi cabutan bertuah atau cabutan bonanza. Yuran pendaftaran penyertaan sebanyak RM100 bagi satu joran boleh dibuat di kaunter pendaftaran yang mula dibuka pada jam 1.00 petang, Sabtu bersamaan 18 September nanti. Sebanyak 1,000 helai baju T lengan panjang disediakan bagi pendaftaran awal.
Menurut Eddie Rani selaku pengurus pertandingan, bagi sesi memasang pancang yang akan bermula pada 5.00 petang hari Sabtu nanti, pihak kolam telah sediakan pancang di kesemua enam buah kolam yang akan digunakan untuk pertandingan. Dalam erti kata lain, bagi melancarkan perjalanan sesi merebut spot dan atas faktor keselamatan, para peserta tidak dibenarkan membawa pancang sendiri.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...