Kelengkapan Perlu Ada Untuk Jigging Ringan

Share

 

Jigging ringan atau light Jigging kini sudah menjadi trend yang popular di kalangan pemancing di Malaysia kerana ia senang untuk dimainkan. Kebanyakan perairan di Malaysia adalah sesuai untuk mempraktikkan kaedah ini dan setup yang diperlukan hanyalah set yang ringan. Jigging sepanjang hari tangan pun tak letih. Light Jigging kategori yang sesuai adalah jig 20 gram hingga 60 gram.

 

 

Rod

 

Terdapat banyak rod atau joran dan jenama yang mengeluarkan joran untuk Light Jigging di pasaran ketika ini. terpulang pada cita rasa dan bajet masing-masing. Setiap kaki pancing pasti ada jenama joran ataupun kekili yang digemari.

 

Antara Jenama yang paling saya gemari ialah Major Craft model Solpara, Crostage dan Giant Killing untuk air masin. Jorannya terdiri daripada spec PE0.6-1.2, PE0.6-1.5, PE0.8-2.0, PE1-3, PE1.5-3, PE1.5-4, PE2-4. Light Jigging kami memilih joran PE0.6-1.5 daripada model Crostage dan Giant Killing.

 

Reel

 

Untuk teknik light jigging, kekili spinning amatlah sesuai digunakan. Model 2000-3000 jenama Shimano antara yang mudah untuk dipilih. Namun masih terdapat banyak model dengan harga yang berbeza dan ini mengikut kehendak masing-masing dan bajet sendiri. Untuk trip ini kami menggunakan kekili spinning Shimano Twinpower C3000, Daiwa Certate 2500, Daiwa Exceler 1500 dan Shimano Sienna 2500.

 

 

Mainline

 

Bagaimana memilih tali. Teknik light jigging sebenarnya tidak memerlukan tali braided yang kasar seperti 30lb atau 40lb. Penggunaan tali yang lebih kecil diameter lebih sesuai kerana ia lebih sensitif dan tidak dibawa oleh arus. Contohnya, jika di perairan yang memerlukan penggunaan jig berat (50 g dan ke atas), boleh menggunakan tali braided 30lb.

 

Manakala di lokasi yang memerlukan kita menggunakan jig ringan 9sekitar 20g dan ke bawah, cukuplah hanya menggunakan tali 15lb lebih sesuai jika kita menggunakan jig 50g ke atas. Manakala untuk penggunaan jig 20g dan ke bawah, cukuplah dengan menggunakan tali braided 15lb.

 

Majoriti untuk penggunaan tali untuk light jigging adalah dari 10lb hingga 20lb sahaja. Bahkan, ada juga kaki pancing yang berani menggunakan tali di bawah 10lb.

 

 

Kebanyakan pemancing baru mungkin tersilap apabila memilih tali braided 30lb-40lb dengan alasan tidak senang putus apabila tali bergeser dengan karang atau batu semasa kita bertarung dengan ikan, kalau pakai 50-60lb tali pun putus juga.

 

Jika kita menggunakan tali braided lebih kasar, sebenarnya tali akan lebih senang dibawa arus dan ini memaksa kita untuk menggunakan jig yang lebih berat, walhal di lokasi tersebut, jig yang efektif adalah bersaiz kecil.

 

Leader

 

Bagaimana memilih leader atau tali perambut. Semestinya perambut flourocarbon adalah yang terbaik untuk jigging kerana ia lebih berkesan. Penggunaan perambut fluorocarbon tidak memerlukan yang kasar. 15lb-25lb sudah mencukupi untuk light jigging.

 

 

Jig

 

Jig adalah komponen utama dalam permainan jigging. Terdapat pelbagai jenama, warna, berat, bentuk dan rupa jig di pasaran sekarang ini. Sama juga dengan pemilihan rod atau jig bergantung kepada kuasa beli anda. Terdapat jig mahal, sederhana dan juga ekonomi. Namun bagi saya, lebih gemar memilih menggunakan jig dari jenama Ima.

 

Jigging adalah satu kaedah yang memang digemari oleh ramai pemancing. Sebagai seorang jigger, kita patut lebih sensitif dan selalu mencuba teknik jigging yang berlainan jika ikan enggan menyamar jig kita dan juga perlu menukar jig lebih berat atau ringan mengikut lubuk dan arus.

 

Bagi mereka yang inginkan kelainan, cubalah praktik kaedah light jigging. Pasti akan akan merasai ‘karan’ dan teruja apabila berjaya memperoleh ikan menggunakan kaedah ini. Selamat mencuba!

 

Published by
Amang