Kelengkapan Asas Teknik Jigging Ringan!

Share

Peralatan yang sesuai seperti di bawah bagi melengkapkan lagi trip light jigging yang dirancang.

 

Rod

Terdapat pelbagai jenis rod untuk setup light jigging. Baik dari harga ekonomi atau mahal, ada di jual di pasaran. Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker 603L ini misalnya, antara rod yang bagus untuk aplikasi light jigging.

 

Reel

Kekili Shimano Twin Power C3000 sememangnya cukup gah untuk light jigging bagi kategori spinning di Malaysia. Kayuhan yang lancar dan ‘soft’ serta drag yang cukup kuat menjadi antara sebab mengapa ia kerap menjadi idaman ligt jigger. Pun begitu, dalam pancingan ini tidak kisah jenama kekili yang ingin gunakan. Asalkan anda selesa dan paling penting tidak membebankan poket anda.

 

Jig

Ima Gun antara jig favourite dan sepatutnya memang ada dalam kotak pancing kaki light jigging. Keberkesanannya juga telah lama terbukti. Terdapat banyak skim warna yang anda pilih. Berat: 12, 20, 30, 40, 50 & 60 gram.

Coltsniper, antara jig ringan Shimano yang boleh anda cuba untuk menjerat spesies ebek, kerapu dan pelbagai spesies lain. Berat: 28, 42 & 60 gram.

Shimano Soare, jig ringan terbaru daripada Shimano. Diperbuat daripada tungsten membolehkan jig padu ini cepat jatuh ke dasar.  Berat: 24 & 32 gram.

 

Kevlar

Banyak jenis kevlar dijual di pasaran. Ada yang ekonomi dan juga mahal. Terpulang pada kemampuan anda.

 

Leader

Sebaiknya, pilihlah tali jenis fluorocarbon yang mampu menyerap tekanan dan tahan lebih lama bila bergesel dengan batu karang.

 

Tali sulam

Tali sulam biasa atau warna? Kedua-duanya boleh digunakan untuk dipadankan ke dalam kekili anda.

 

Mata kail

Terdapat pelbagai jenis mata kail di pasaran. Owner Cultiva, antara jenis mata kail yang sering jadi pilihan.

Published by
Amang