Sebagaimana gewang lain, spoon ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Kita tengok pulak apa kelemahan atau kekurangan gewang sesudu.

 

Oleh kerana sesudu banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan sesudu.

 

Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.

 

IKLAN

Sesudu adalah besi dan lumrah sifat besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat dicalit padanya.

 

Tanpa ada sifat bau yang dapat merangsangkan deria ikan, adalah sukar untuk menjerat pemangsa yang menggunakan deria bau bagi memburu makanan.

 

Disebabkan ia diperbuat daripada logam terutamanya besi, maka ia senang berkarat. Lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat dibaham ikan.

IKLAN

 

Apabila sudah berkarat atau kehilangan warna penariknya, ia seperti tiada daya tarikan lagi pada ikan pemangsa.

 

Oleh kerana ia besi juga sifatnya menjadi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpaiar, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga.

IKLAN

 

Gelung mata kailnya cuma satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamat gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.

 

Sifat sesudu yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kanan) semasa dikarau menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi jika menggunakan kekili spinning.

 

Kelemahan & Kekurangan Gewang Sesudu (Spoon)!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI