Kelebihan Shock Leader Fluorocarbon Vs Nylon!!

Share

 

Penggunaan perambut atau shock leader bertujuan untuk memberikan regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam atau braided kerana shock leader bersifat stretch (meregang).

 

Namun tidak bermakna perambut tidak perlu digunakan sekiranya tali utama yang digunakan adalah dari jenis tali tangsi. Ini kerana fungsi perambut bukanlah sekadar untuk memberikan regangan sahaja. Banyak lagi kegunaan leader atau perambut namun ia perlu penjelasan dalam aspek lain pula.

 

 

Bagi penggunaan leader dari jenis fluorocarbon pula, kelebihan tali jenis ini ialah keupayaan invisibilitinya ketika di dalam air lantas mengurangkan kenampakan fizkal tali di dalam air. Ini terjadi kerana material fluorocarbon adalah dari kristal yang bersifat telus pandang. Kelebihannya membolehkan peratusan ikan mengambil umpan adalah lebih tinggi.

 

Dari aspek lain pula sifat fluorocarbon adalah lebih keras berbanding nylon. Oleh yang demikian lebih tahan lasak dan tidak mudah luka atau putus apabila bergesel dengan struktur pepejal yang tajam di dalam air. Malah fluorocarbon juga tidak mudah kerinting atau berpintal sebagaimana tali nylon.

 

 

Walaupun ada juga kelebihan tali nylon berbanding fluorocarbon namun dalam banyak aspek ia nyata mengatasi nylon terutamanya pada harganya. Tali fluorocarbon ini agak mahal berbanding tali mono biasa. Sekiranya tidak mampu, gunakanlah perambut biasa tetapi ia amat penting sewaktu memancing spesies yang lebih sensitif.

 

Published by
Amang