Otak manusia juga memerlukan kalium yang berfungsi agar otak mendapatkan cukup oksigen, dan juga nutrisi ke otak agar menjaga kesihatan dan fungsi otak , dan juga mampu mencegah terjadinya sirkulasi darah di otak.
Kandungan kalium di dalam daging ikan kakap merah sangat bagus untuk kesihatan terutamanya gigi kerana 3 gram daging kakap mengandungi 9.7% peratus yang diperlukan oleh badan. Tengok sajalah macam mana rupa gigi kakap merah.
Ads
Selain mencegah gigi dari berlubang, kalium di dalam ikan kakap merah turut membantu mencegah tulang daripada cepat reput.
Vitamin A juga dapat mencegah pertumbuhan sel barah yang muncul pada tubuh dan mencegah DNA yang muncul dalam tubuh dan menyerang beberapa organ seperti usus, paru-paru, payu dara, serviks, prostat dan juga hati!
Ads
Omega 3 yang terdapat dalam kakap merah dipercayai dapat menurunkan risiko kehilangan penglihatan. Omega 3 juga dipercayai dapat mencegah kolestrol, dan juga penyakit jantung!
Ads
Selain itu Omega 3 juga berperanan untuk menghilangkan depresi sekiranya anda menghadapi tekanan ini.
Hipertensi terjadi akibat tekanan darah tinggi. Namun bagi yang menghidap penyakit hipertensi tidak perlu risau kerana anda boleh mencuba ikan kakap merah sebagai diet yang berkhasiat dan merawat penyakit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Vertical jigging digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar dengan cara melepaskan jig secara menegak atau ke depan sehingga ia tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air.
Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang bermain di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Caranya, Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang.
Joran jigging mestilah halus, ringan dan tahan lasak. Kebiasaan panjang rod jigging antara 4.5 hingga 6 kaki. Bagi menjimatkan kos jigging, anda boleh membuat sendiri ikatan mata kail jig.
Saiz kekili yang berbeza juga perlu dipadankan dengan berat jig yang anda gunakan. Misalnya, kekili saiz 4000-6000 sesuai untuk jig seberat 40 gram – 100 gram, saiz 8000-10000 untuk jig seberat 100 gram – 400 gram dan untuk jig seberat 400 gram ke atas, kekili bersaiz 10000 ke atas sesuai digunakan.
Saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenal pasti kawasan ikan bermain sekali gus mengelakkan tersasar akibat dibawa arus.
Warna jig juga memainkan peranan besar. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis luminous adalah pilihan utama. Spesies seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan.
Tali sulam atau braided line menjadi pilihan utama untuk teknik jigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali di sisi dalam gelendong kekili anda.
Penggunaan shock leader atau juga amat penting untuk teknik jigging. Ini kerana dengan leader ini ia mampu menampung main line apabila mendapat asakan secara tiba-tiba. Tali jenis fluorocarbon adalah lebih disarankan kerana ia lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air.
Suatu ketika dulu, kebanyakan jig besi (metal jig) yang terdapat di pasaran sudah tersedia dipasang mata tiga atau treble hook.
Namun terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kebanyakan kaki jigging menukarnya kepada assist hook (mata tunggal).
Sebab utama adalah kerana mata tiga sering mengakibatkan jig dibuang dengan mudah oleh ikan semasa mereka meronta, lalu mangsa selamat melepaskan diri.
Jadi, bagi menghindarkan risiko ini, timbullah idea untuk memasang jig dengan assist hook. Ia terbukti berkesan berbanding mata tiga. Antaranya…
Walaupun peluang untuk strike lebih rendah namun tahap penembusan pada mulut ikat yang lebih baik berbanding mata tiga.
Kuasa pengendalian yang lebih bagus. Tahap rabut selepas tercangkuk adalah lebih tinggi berbanding mata tiga (tidak mudah buang).
Ia berperanan juga melindungi bahagian bebola mata jig kerana kajian menunjukkan ikan suka menyerang pada sudut mata jig tersebut.
Risiko sangkut pada struktur atau karang 200% lebih rendah berbanding mata tiga.
Kini, mata tunggal khas untuk jigging (assist hook) sudah banyak dijual di kedai-kedai pancing dalam bentuk paket.
Assist hook tersebut lazimnya sangat kuat, tajam dan tidak akan lurus bila diasak tekanan tinggi.
Ia tersedia diikat pada kevlar yang pendek tetapi kuat, biasanya mempunyai sebilah mata kail dengan panjang kevlar yang berlainan mengikut saiz jiga.
Cara pemasangannya cukup mudah. Kevlar yang mengikat mata tunggal itu hanya perlu disimpulkan pada lubang cincin jig.
Setelah dipasang, mata tunggal kelihatan bebas bergerak dan berayun. Jadi, ikan yang menyambar sipi pun sukar terlepas.
Assist hook boleh dipasang di kedua-dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah jig supaya ikan mudah tercangkuk walaupun menyambar dari arah kepala jig.
Cuma satu sahaja kelemahan assist hook ini, kevlar assist hook ini boleh putus jika disebat ikan bergigi tajam seperti alu-alu tenggiri.
Penyelesaiannya, jika memancing di kawasan yang banyak dihadiri ikan pemutus kevlar ini, bolehlah gunakan assist hook yang menggunakan dawai sebagai pengikatnya.
Ikan di kelong ni memang sukar diramal. Harus ambil kira banyak faktor jika ingin mendapat hasil yang terbaik. Setelah banyak kelong dan rumah rakit yang penulis terokai, boleh penulis katakan pancingan di kelong ini begitu subjektif.
Setiap kelong yang ingin diterokai biasanya mempunyai teknik yang berbeza untuk menjerat ikan.
Namun, setelah mencedok banyak ilmu daripada otai-otai kelong, akhirnya penulis bermurah hati untuk berkongsi beberapa panduan dan tip untuk kaki pancing menduga kelong-kelong yang ada di Malaysia.
Perkara paling penting untuk kaki pancing sebelum turun memancing di kelong adalah dengan membuat sedikit kajian tentang kelong yang anda ingin pergi. Ini dapat membantu anda untuk mengetahui struktur, kedalaman, dan pelbagai aspek penting yang lain tentang kelong tersebut.
Anda juga boleh mengkaji tentang spesies ikan yang ada di situ. Bila tahu spesies apa yang ada, anda boleh mempersiapkan kelengkapan yang bersesuaian untuk memburu ikan target. Ingat, lain ikan, lain tekniknya.
Membaca air ini mungkin agak subjektif kalau hendak kita ceritakan untuk memancing di kelong. Ada kelong yang sesuai untuk kita pergi ketika air besar dan ada juga yang lebih sesuai sewaktu air bani.
Tapi mengikut pengalaman penulis sendiri, antara waktu yang terbaik untuk menduga kelong ialah ketika perjalanan air bani hendak ke besar ataupun ketika air besar hendak ke bani.
Waktu sebegini lebih selamat kerana arusnya tidaklah begitu laju dan juga tidak begitu perlahan.
Untuk memancing di kelong mudah sahaja. Tak perlulah anda menggunakan set mahal atau high end. Cukuplah set ekonomi yang tahan lasak dan diyakini mampu untuk menaikkan spesies-spesies yang ada di kelong.
Apa pun, untuk joran, yang paling minima untuk diguna pakai di kelong ialah 8 kaki. Sebaik-baiknya guna joran bersaiz 10 – 13 kaki untuk memancing di kelong.
Ini kerana, boleh dikatakan kebanyakan kelong, spot ikan bermain agak jauh dari kelong. Jadi kita memerlukan rod panjang untuk membuat balingan jauh bagi membolehkan umpan kita sampai ke spot ikan.
Namun, semuanya bergantung kepada keluasan kelong juga. Jika kelong itu ruangnya agak terhad, cukuplah sekadar menggunakan joran 8 – 10 kaki sahaja.
Lebih elok lagi bawalah variasi joran iaitu set panjang (untuk balingan jauh), set berat (untuk pancingan bawah kelong), dan set ringan (apollo).
Untuk kekili, saiz yang biasa digunakan ialah 4000 dan ke atas. Ia kemudian dipadankan dengan mainline sama ada mono atau braided minima 20lb.
Seelok-eloknya digalakkan menggunakan tali braided kerana ia lebih tahan lasak jika anda bertarung dengan ikan bersaiz besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...