Sebaiknya gunakan baju berlengan panjang dan dan seluar panjang untuk menghindari daripada gigitan nyamuk dan agas. Apatah lagi jika anda memiliki kulit jenis sensitif. Sesetengah serangga seperti agas, gigitannya boleh menyebabkan kudis. Tetapi paling bahaya adalah nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi.
Ads
Gunakan penyembur nyamuk untuk menghindari gigitan nyamuk atau sebarang produk kesihatan lain. Selain untuk selesa dan paling penting mengelakkan anda dari terkena demam denggi atau malaria.
Ads
Gunakan lampu suluh kecil untuk kegunaan kecemasan seperti membuka mata kail pada mulut ikan. ini kerana tidak semua port memancing seperti kolam pancing menyediakan pondok yang ada lampu. Jika memancing di port liar, lampu suluh adalah kelengkapan wajib!
Ads
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Nak beli mesin pancing ke tu? Jangan terburu-buru. Ada baiknya buat homework sikit sebelum beli supaya tak menyesal selepas beli.
Pendapat Rakan Pemancing
Setelah anda mengenal pasti kekili yang bakal anda beli, sebaiknya tanyalah prestasi kekili berkenaan kepada rakan-rakan yang pernah menggunakannya. Atau boleh juga mencari testimoni pengguna di media sosial dalam komuniti pemancing. Biarpun ia bukanlah kayu pengukur sebenar, setidak-tidaknya anda boleh buat rumusan sendiri berkenaannya.
Rekemen Dari Pekedai
Ringankan mulut untuk bertanya operator atau pengusaha kedai pancing tentang jenis kekili yang anda ingin beli. Kebanyakan dari mereka adalah pemancing yang berpengalaman atau setidak-tidaknya tahu menilai sesuatu kekili. Jika mereka mengatakan tiada masalah pada kekili yang anda hajati barulah membelinya.
Ujian Sistem Kekili
Ketika meneliti putaran pengayuh atau handle, sila tumpu perhatian terhadap sebarang kelonggaran cengkaman antara setiap gear. Pastikan pengayuhnya padu, mengarau dengan lancar, tidak bergoyang atau berlaku yang tidak lancar seperti tersangkut-sangkut atau agak ketat.
Pengayuh pada sesetengah kekili mempunyai shaf gelincir dan skru kunci bertentangan, tetapi shaf sepatutnya cukup muat tanpa sebarang kelonggaran. Pegang rotor gelendung atau spool dari berpusing, kemudian gerakkan pengayuh ke depan dan ke belakang untuk menyukat kelonggaran antara.
Peranan Alas Bebola
Sekarang ini kita boleh dapati kebanyakan kekili dimuatkan dengan begitu banyak alas bebola sehingga berbelas-belas jumlahnya. Sebenarnya bilangan alas bebola dalam kekili bukanlah petunjuk kualiti atau ketahanannya.
Biasanya alas bebola yang ditempatkan dalam reka bentuk kekili yang kurang baik adalah dari bahan berkualiti rendah dan cenderung terhakis atau terdedah kepada kemasukan butiran pasir, garam dan air. Jika banyak alas bebola sebegini, lagi banyaklah masalah yang akan timbul.
Kekemasan Spool
Cuba pegang spool atau gelendung kekili dengan sebelah tangan dan tarik ia ke atas dan tekan ke bawah dengan tekanan sederhana kuat. Ia bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya sebarang pergerakan yang longgar dalam shaf utama.
Ia sepatutnya tiada sebarang kerana kecuali shaf tersebut tidak diketatkan dengan sempurna. Ia perlu diperiksa bagi mengelakkan skru yang tidak diketatkan itu tertanggal dan hilang ketika digunakan nanti.
Sepadankan Dengan Joran
Walaupun peratusan kejadian ini amat kurang tetapi ada baiknya juga anda bawa joran yang ingin dipadankan dengan kekili yang ingin dibeli di bawa bersama. Ini merupakan cara terbaik untuk dipadankan.
Ini kerana kadangkala tapak kekili itu terlalu besar, lebar, runcing atau kecil untuk dimuatkan dengan kemas pada joran. Perkara ini pernah berlaku kepada penulis apabila ingin memadankan kekili buatan Eropah dengan joran buatan China di mana ia tidak dapat dipadankan dengan kemas.
Ikan sembilang merupakan ikan yang popular di kalangan pemancing yang gemar menunggu di tepi pantai dan muara. Sememangnya ikan ini mempunyai taburan yang meluas dari laut, muara hinggalah ke sungai-sungai berair payau. Kadangkala ia turut ditemui di kawasan berair tawar yang bersambung dengan laut.
Tetapi jika kita perhatikan, terdapat dua perbezaan yang ketara. Pertama, ikan sembilang mempunyai tiga sengat atau spina. Pada kedua-dua sirip pektoralnya terdapat satu sengat dan satu lagi pada sirip dorsal. Sebaliknya ikan keli hanya memiliki sepasang spina iaitu pada kedua-dua sirip pektoralnya. Pada sirip dorsalnya spina ini tidak hadir.
Kedua, ikan keli memiliki sirip kaudal yang terpisah dari sirip anal dan sirip dorsalnya. Sedangkan sirip kaudal pada ikan sembilang adalah bersambungan dengan sirip anal dan sirip dorsal keduanya. Merujuk kepada sirip kaudalnya yang bersambungan seperti mana sifat pada ikan belut, sembilang digolongkan dalam keluarga belut bermisai atau catfish eel atau dengan nama keluarga Plotosidae.
Walaupun ia hanya terdiri dari dua spesies, ia dikatakan sebagai ikan bermisai atau catfish yang paling luas taburannya berbanding taburan spesies catfish dari famili lain. Manakala ikan keli pula tergolong dalam keluarga Clarias.
Bagi pemancing tempatan, pancingan kayak masih baru di kalangan kita. Di luar negara pemancing yang mahukan lebih cabaran menjadikan pancingan kayak sebagai platform yang lebih ekstrem dan kadangkala menjadikannya lebih berisiko. Dengan lambungan ombak dan bertarung sambil ditarik oleh pemangsa besar seperti layaran atau jerung cukup menjadikannya antara cara ekstrem untuk memancing.
Apabila memancing, pemancing biasanya memancing dari dalam bot atau dari daratan, asalkan memancing dari lokasi yang lebih selamat. Namun apabila diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem, pemancing mula memancing dari atas papan luncur. Hanya dengan beralaskan sekeping papan luncur di permukaan air dan set pancing, pemancing akan bertarung cuba menaikkan mangsanya. Spesies yang lebih ganas berisiko mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada pemancing.
Memancing dari pantai berbatu kelihatan seolah-olah teknik pancingan biasa. Namun tidak bagi sesetengah kaki pancing di Australia dan New Zealand. Lebih dikenali dengan nama rock fishing, teknik ini memerlukan pemancing memancing dari tebing pantai berbatu. Risiko bahaya dan ekstrem teknik ini datangnya daripada ombak yang menghempas kuat daratan berbatu. Cara memancing ini dikatakan meragut nyawa pemancing setiap tahun di Australia.
Menembak ikan merupakan antara salah satu teknik dalam memancing. Biasanya kita didedahkan dengan menyelam dan menembak ikan air tawar. Bagi cara memancing yang lebih ekstrem, pernahkah anda terfikir menembak ikan yang lebih besar dan ganas seperti barracuda, tuna malah jerung? Lebih dikenali dengan terma spearfishing, terdapat segelintir yang menjadikan teknik ini antara cara memancing yang ekstrem dengan memburu mangsa di air masin. Memang antara cara ekstrim dan berisiko tinggi.
Memanah ikan atau aerial bowfishing menjadi antara cara ekstrem memancing ikan di Eropah. Ketidakupayaan mengawal spesies ikan kap yang memenuhi sungai-sungai mengancam spesies asal di sana. Saban tahun mereka menjadikan acara menangkap atau memancing ikan kap sebagai antara cara mengawal spesies ini. Memburu kap menjadi lebih ekstrem dengan pengenalan teknik memanah ikan kap yang sering melompat ke permukaan apabila bunyi enjin bot melalui sungai di sana.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...