Sinker (pemberat) atau lebih senang dipanggil batu ladung sangat penting dalam memancing terutamanya teknik pancingan dasar (bottom fishing). Bercakap pasal batu ladung pasti kita akan terfikir sejenis logam iaitu timah. Timah sememangnya sinonim dalam dunia pemancing dan digunakan sebagai pemberat.
Persoalannya, kenapa timah yang banyak digunakan? Bukannya besi atau batu? Padahal besi dan batu lebih murah harganya.
Tidak Mudah Berkarat
Timah tidak mudah berkarat seperti besi. Atas sebab itulah yang lebih banyak digunakan. Selain itu timah lebih murah sedikit harganya berbanding logam lain seperti aluminium, stainless steel atau tungsten.
Maka dari itu, maka banyak digunakan. Selain itu, timah cukup murah dibandingkan dengan bahan lain seperti stainless steel atau alumunium.
Mudah Dibentuk
Tahap lebur yang lebih rendah secara tidak langsung membuatkan timah lebih mudah dibentuk. Memadai dengan pembakaran biasa saja, timah boleh dicairkan dan dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki.
Tidak Tajam
Jika dimasukkan tali mono atau braided ke dalam batu ladung hidup (pemberat yang ada lubang di tengahnya), timah tidak mudah melukai tali pancing karena sifat timah yang lembut. Tepian timah tidak tajam. Bayangkan jika tepian timah tajam, maka sebesar mana tali pancing pasti akan luka atau terpotong.
Mudah Tenggelam
Tahap ketumpatan timah yang tinggi memudahkan proses lontaran umpan bersamanya. Selain itu ia juga memainkan peranan penting untuk mempercepatkan proses menenggelamkan umpan ke dasar air. Malah tahap ketumpatan lebih padu daripada besi yang membolehkan ia tenggelam lebih cepat.
Ukurannya standard dan pelbagai
Di pasaran kitab oleh melihat pelbagai bentuk dan ukuran batu ladung. Di kedai pancing contohnya, dengan mudah kita dapat mencari timah yang sudah dibentuk sebagai batu ladung tanpa perlu meleburkannya terlebih dahulu. Tersedia dalam pelbagai bentuk dan saiz yang dihasilkan khusus oleh pembekal batu ladung.
Warnanya natural
Walaupun timah adalah logam, terbukti ia dia tidak terlalu mencolok atau striking (tidak memantulkan cahaya secara berlebihan). Ini amat penting karena teknik pancingan dasar memancing adalah memperdaya ikan. Jika terlalu berkilau, maka sedikit sebanyak ia akan mengganggu proses mengumpan ikan.
Sekiranya bertandang ke Batu Pahat dan berkelapangan masa, atau sememangnya berhajat untuk memancing, maka sewajarnya anda meluangkan masa San Sue Fishing Village atau Kolam Pancing San Sue yang terletak di Batu 3, Jalan Tanjung Laboh, Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor.
Menepati dengan nama fishing village, Kolam Pancing San Sue sememangnya adalah sebuah perkampungan memancing! Dalam kawasan kebun berbukit seluas 6 ekar, 3 buah kolam khusus untuk memancing ikan air tawar dibina.
Dua buah kolam memancing menggunakan umpan dan sebuah kolam khas untuk peminat casting menggunakan umpan tiruan atau gewang. Fasiliti dan kemudahan lazim seperti tandas dan kantin disediakan. Malah surau untuk pemancing Muslim mendirikan solat turut disediakan khusus.
Menurut pengusahanya, Mr. Goh atau lebih popular dengan panggilan Aban, Kolam Pancing San Sue mula beroperasi kira-kira 9 tahun yang lalu. Berbekalkan air bukit yang disalirkan ke setiap kolam, telah lebih 40 tan ikan mendiami ketiga-tiga buah kolam.
Kolam besar yang merupakan kolam utama berukuran lebih 1 ekar menempatkan lebih 25 tan ikan. Purata kedalamannya sekitar 8 kaki. Kolam kecil atau kolam pancing bayar balik kedua pula berukuran setengah ekar dengan kedalaman antara 3 hingga 12 kaki.
Perbezaan lain kedua kolam ini, kolam kecil menempatkan ikan-ikan keli yang menjadi tarikan utama pancingan di Johor manakala kolam besar khusus bagi pemancing yang memburu spesies lain kerana tiada keli dimasukkan ke kolam tersebut.
Saiz-saiz ikan di kedua-dua kolam juga berstatus monster. Patin terbesar yang ada sehingga berat 20 kg, tongsan sisik halus sebesar 35 kg, pacu sehingga 12 kg, rohu sehingga 12 kg, keli sehingga 10 kg, belida sekitar 5 kg dan toman di kolam casting pula sehingga mencecah 13 kg.
Beroperasi setiap hari dari jam 2 petang hingga 2 pagi (dilanjutkan sehingga 4 pagi apabila keesokan harinya hujung minggu dan cuti am), Kolam Pancing San Sue mengenakan yuran memancing sebanyak RM 30 bagi tempoh 3 jam pertama.
Bagi tambahan masa berikutnya adalah sebanyak RM 8 per jam. Sama ada di kolam besar atau kecil, syarat dan peraturan memancing adalah sama.
Teknik memancing adalah bebas dengan penggunaan 1 mata kail. Umpan juga bebas kecuali organ haiwan. Dan oleh kerana pihak kolam banyak memelihara anjing demi menjaga keselamatan kolam, peraturan tambahan dibuat iaitu larangan memancing anjing dan akan dikenakan denda sebanyak RM 250 jika berbuat demikian.
Sementara bagi peminat casting, ratusan ekor toman dan pacu sedia menanti gewang-gewang untuk dihancurkan. Dengan konsep tangkap dan lepas dan tiada bayaran balik bagi setiap tangkapan, dan dengan yuran masuk sebanyak RM20, maka bolehlah casting sehingga lebam. Sekiranya berhasrat untuk casting sebelum waktu operasi kolam atau pada awal pagi, pakej casting turut disediakan dengan kuota minima 10 orang pemancing.
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?
WAN: Memancing sejak dari zaman remaja lagi dan mula berjinak-jinak menjadi tekong pada usia 30tahun.
Maknanya sudah 6 tahun saya jadikan tekong sebagai kerjaya sampingan atas dasar minat yang mendalam dalam bidang ini.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?
WAN: Perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Perlu juga berani… laut bukanlah untuk orang-orang yang lemah.
Dan perlu juga bersabar dengan kerenah pelanggan serta sentiasa cuba yang terbaik untuk memuaskan hati pemancing.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
WAN: Dalam berurusan dengan laut, sudah tentu faktor cuaca yang sentiasa dibimbangi.
Saya sentiasa berharap agar tidak berhadapan dengan cuaca buruk yang bukan saja boleh menjejaskan sesi memancing tetapi juga mengancam nyawa para pelanggan.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
WAN: Saat paling manis adalah ketika dapat memuaskan hati para pemancing. Tiada apa yang lebih manis dari melihat senyuman puas para pemancing yang menggunakan khidmat servis Tekek Boat Charter.
Sementara kenangan pahit pula apabila nyaris kehilangan nyawa apabila mengharungi ombak ganas ketika musim angin utara dan juga angin barat.
Dan juga sewaktu terjun ke laut saat memancing untuk mencapai peralatan memancing yang tercampak ke laut hampir maut disebabkan kederasan arus di dasar.
UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?
WAN: Sentiasa mendengar pandangan tekong. Apa yang tekong suarakan bukanlah untuk menunjuk pandai tetapi hanya usaha untuk para pemancing beroleh hasil.
Dalam pada masa yang sama pemancing perlulah rajin berusaha dan bersabar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...