Kelas Fotografi – Memotret Seni Bawah Laut

Share

 

Perubahan cuaca yang tidak menentu banyak mempengaruhi kaki casting dan kaki bottom untuk turut ke spot. Musim hujan dan banjir kebelakangan ini telah membantutkan niat anda semua meneruskan aktiviti ini. Tidak mengapa, mungkin bulan ini bakal memberi tuah pada anda!

 

Kali ini kita pelajari seni mengambil gambar di bawah laut atau the art of underwater fishing photography. Terdapat banyak faktor yang mesti anda ketahui sebelum mengambil gambar. Antaranya ialah fokus, aperture, shutterspeed, flash, dan semestinya memahami gerakan ikan tersebut.

 

Sebenarnya, memahami gerakan atau corak pergerakan ikan adalah penting sebelum anda mengambil gambar. Ini adalah kerana ada pergerakan mereka kadangkala secara berkumpulan dan ada juga bergerak secara sendiri.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

SAIZ SUBJEK DAN LENSA

 

Bagi yang baru pertama kali ingin mengambil gambar bawah air, anda boleh mencuba di sungai-sungai yang mempunyai kedalaman tidak lebih dari 5 kaki. Ini kerana kamera-kamera kompak yang sedia terjual kebiasaannya mempunyai had limit tertentu. Anda juga boleh memasukkan kamera anda di dalam casing kalis air bagi mengelakkan kamera anda rosak.

 

Selain itu, faktor warna subjek dan saiz perlu dititikberatkan. Ini kerana bila dimaksudkan seni foto itu sendiri, ia adalah subjektif. Jadi bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik atau kontras, warna amat penting.

 

Dari sudut lensa, anda sebenarnya digalakkan membawa macro lens & zoom lens. Ini banyak memberi kelebihan ketika mengambil gambar secara detail. Lebih tepat lagi, gambar anda akan lebih fokus di bahagian-bahagian atau subjek-subjek kecil yang anda ingin rakamkan. Paling penting anda kena tahu had limit kamera anda dan lensa tersebut sebelum klik.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

SABAR DAN TOLERANSI

 

Sabar dan toleransi adalah penting. Saat merakam gambar, anda tidak boleh gopoh. Ini kerana kaki pancing semua mesti lebih sabar kerana ia tidak sama seperti ketika kita memancing. Pastikan juga anda tahun spot ikan tersebut dan hidupan lain. Kenali habitat dan dekati mereka mampu memberi impak gambar yang dirakam. Nampak mudah, tapi ia sebenarnya sukar.

 

PERSEDIAAN

 

Kebiasaannya sebelum mengambil gambar, kita perlu bayangkan bagaimana angle yang kita nak ambil, shutter speed, aperture dan segalanya termasuklah persekitaran kawasan tersebut. Gambaran-gambaran seperti ini penting bagi menghasilkan mutu gambar terbaik. Anda juga boleh menggunakan teknik Depth of Field, dengan jarak dua kaki menggunakan lensa 28mm. Bagi juru foto profesional, penggunaan Nikonos SB-104 strobe boleh mengawal suhu dan sesuai untuk lensa wide-angle dari penggunaan lensa makro.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

TIP CEPAT!

 

Buat persediaan rapi secukupnya.

Kaji dahulu kawasan tersebut, apa subjek yang boleh dirakamkan.

Kawal pernafasan sewaktu mengambil gambar.

Setkan aperture & shutterspeed dengan betul.

Jangan gopoh! Jika anda rakam pakai kamera kompak, pastikan ia boleh zoom paling dekat dan fokus.

Penggunaan lensa makro juga penting. Setkan pada gambar ‘bunga’.

 

Published by
Amang