Ikatan yang banyak diguna pakai oleh otai-otai yang memancing ikan kelah merah. Kalau otai-otai yang pakai maknanya ikatan ni cukup kuat la. Jom kita buat sama-sama.
Langkah 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.
Langkah 3
Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.
Langkah 4
Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.
Langkah 5
Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.
Langkah 6
Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.
Langkah 7
Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.
Langkah 8
Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.
Langkah 9
Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.
Langkah 10
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.