Spool knot atau ikatan pada gelendung kekili merupakan ikatan asas pertama yang biasanya akan kita pelajari apabila menjadi seorang pemancing. Banyak cara ikatan spool knot yang boleh dilakukan dan perkongsian ini merupakan contoh ikatan yang paling asas dan amat mudah untuk dipraktikkan.
(* admin pun masih guna ikatan ini)
LANGKAH 1
Lilitkan tali utama sama ada tali sulam atau tali tangsi pada spool sekurang-kurangnya dua lililtan. Jika diameter tali utama agak kasar, memadai dua kali sahaja.
LANGKAH 2
Setelah itu lingkarkan pula bahagian hujung tali pada Lingkarkan hujung tali pada tali utama.
LANGKAH 3
Pintal atau lilit hujung tali pada bahagian tali dari arah spool sekurang-kurangnya 5 kali.
LANGKAH 4
Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran pertama yang terhasil pada tali utama tadi.
LANGKAH 5
Tarik dan ketatkan simpulan yang dihasilkan.
LANGKAH 6
Kemudian jerutkan pada spool sehingga ketat dan potong lebihan hujung tali.