Kelas Asas Memancing – Perfection Loop!!

Share

 

Perfection loop merupakan satu kaedah kaedah untuk menghasil gelung (loop) dalam masa singkat tetapi amat kukuh hasilnya.

Jerutan simpulan yang dihasilkan amat kemas bagi menghalang ikatan terurai.

 

Langkah 1

 

Buatkan satu lingkaran tali.

 

Langkah 2

 

Buatkan satu lagi lingkaran tali ke atas tali utama.

 

Langkah 3

 

Lipatkan pula hujung tali ke atas tali utama.

 

Langkah 4

 

Selitkan hujung di antara dua gelung lingkaran dan masukkan gelung kedua ke dalam lingkaran gelung pertama.

 

Langkah 5

 

Tarik hujung yang dimasukkan ke dalam gelung pertama tadi.

 

Langkah 6

 

Ketatkan simpulan dan potong hujung tali.

Published by
Amang