Pancingan tenggiri wajib menggunakan perambut kabel jika menggunakan umpan hidup. Jika tidak, kebarangkalian untuk berputih mata amat tinggi.
Berikut cara ikatan mudah ikatan kabel bagi menjerat spesies berharga ini.
Langkah 1
Masukkan mata kail melalui cincin arah belakang kira-kira sekaki pada kabel.
Langkah 2
Lilit kabel pada teras ke arah mata kail dengan bahagian hujung kabel.
Langkah 3
Lakukan kira-kira lima atau lilitan.
Langkah 4
Masukkan hujung kabel ke cincin arah hadapan mata kail dan tarik.
Langkah 5
Jika ingin menggunakan 2 mata kail, ulangi langkah-langkah sama.
Langkah 6
Untuk menyambut tali perambut pada kabel, lipatkan hujung kabel dan masukkan hujung perambut dari arah bawah.
Langkah 7
Lilit kedua-dua kabel kira-kira 5-6 kali.
Langkah 8
Lilit pula ke arah berlawanan 5-6 kali dan masuk hujung perambut ke arah atas simpulan kabel.
Langkah 9
Tarik dengan kuat kabel dan perambut sehingga lilitan kemas perambut pada kabel terhasil.
Langkah 10
Potong hujung perambut dan kabel yang berlebihan dan ia telah siap untuk digunakan.