Kelas Asas Memancing : Nail Loop Knot ©*

Share

 

Nail Loop knot adalah satu contoh ikatan untuk menghubungkan tali perambut dengan mata kail.

Ia adalah satu ikatan yang kuat dan amat sesuai digunakan bagi teknik hanyut menggunakan umpan hidup.

Ia dapat memanjangkan usia umpan hidup sekaligus membuatkan umpan tersebut lebih aktif.

 

LANGKAH 1

 

Masukkan hujung tali ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal.

 

LANGKAH 2

Letakkan straw di tengah-tengah tali tersebut.

LANGKAH 3

Buatkan lilitan dengan hujung tali pada tali utama dan straw.

LANGKAH 4

Lakukan lilitan ke arah lubang cincin.

LANGKAH 5

Buatkan lilitan kira-kira 5-7 kali.

LANGKAH 6

Masukkan hujung tali ke dalam straw hingga keluar di hujungnya.

LANGKAH 7

Ketepikan straw.

LANGKAH 8

Tarik simpulan perlahan-lahan sambil menyusunnya agak tidak berpintal.

LANGKAH 9

Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya.

LANGKAH 10

Potong lebihan tali setelah ikatan kemas.

Published by
Amang