Nail Loop knot adalah satu contoh ikatan untuk menghubungkan perambut dengan mata kail. Ia adalah satu ikatan yang kuat dan amat sesuai digunakan bagi teknik hanyut menggunakan umpan hidup. Ia dapat memanjangkan usia umpan hidup sekaligus membuatkan umpan tersebut lebih aktif.
Ikatan ini merupakan sejenis ikatan yang banyak diguna pakai oleh pemancing berpengalaman. Kelebihan ikatan ini ia tidak terlalu membebankan simpulan sekaligus membuatkan ia mampu bertahan ketika ditekan hebat oleh ikan. Cara menyiapkannya juga tidak terlalu rumit malah korang boleh menghafalnya hanya sekali buat.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.
Tutorial 3
Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.
Tutorial 4
Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.
Tutorial 5
Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.
Tutorial 6
Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.
Tutorial 7
Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 8
Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 9
Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.
Tutorial 10
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.
Untuk mengikat perambut kabel atau dawai (hardwire) pada mata kail sebenarnya tidaklah sesukar mana jika kita tau teknik yang betul. Malah teknik ikatannya sangat mudah dan setakat ini belum dilaporkan gagal.
Alatan keperluan yang digunakan:
Tutorial 1
Terlebih dahulu anda perlu memotong sepanjang mana kabel yang ingin digunakan. Kemudian masukkan salah satu hujung kabel dalam lubang cincin (dari bahagian atas) kira-kira sama panjang dengan teras mata kail.
Tutorial 2
Ambil bahagian kabel yang panjang kemudian mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail. Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan.
Tutorial 3
Setelah itu masukkan hujung bahagian kabel yang melilit itu ke dalam lubang cincin melalui arah bawah.
Tutorial 4
Tarik hujung kabel agar simpulan pada teras mata kail menjadi kemas. Kemudian bolehlah potong lebihan kabel pada mata kail dan perambut kabel ini boleh disambung dengan perambut mono dengan kaedah ikatan Albright yang telah pun kita pelajari sebelum ini.
Teknik ikatan lelabah atau spider hitch loop knot merupakan satu kaedah simpulan dan ikatan untuk menghasilkan satu loop atau gelung yang sempurna. Gelung yang terhasil ini biasanya digunakan untuk menyambungkan swivel atau boleh juga untuk menyambungkannya dengan tali mono. Cara menghasilkan loop ini juga mudah dan boleh dihafal dalam masa yang amat singkat. Jom sama-sama buat!
Tutorial 1
Lipatkan tali sulam mengikut saiz loop yang anda inginkan. Kalau loop yang besar, panjanglah tali yang perlu dilipat dua.
Tutorial 2
Kepit bahagian tindanan tali di bawah ibu jari dengan jari telunjuk sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Kemudian lilit tali berkembar pada ibu jari menghala ke arah hujung kuku. Pastikan lilitan ini tidak bertindih.
Tutorial 4
Kemudian masukkan bahagian lengkungan tali ke dalam gelung yang dikepit di celah jari.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan hingga lilitan pada ibu jari melurut turun secara satu persatu.
Tutorial 6
Pastikan bahagian tali yang dikepit tidak terlepas.
Tutorial 7
Simpulan yang terhasil sebelum diketatkan. Sebaiknya perhatikan simpulan ini tersusun cantik agar tidak bertindan apabila diketatkan.
Tutorial 8
Tarik bahagian hujung dan pangkal tali dengan kuat sehingga ikatan terjerut kemas.
Tutorial 9
Kemaskan ikatan dengan memotong bahagian lebihan tali yang tidak diperlukan lagi.
Tutorial 10
Ikatan lelabah yang telah siap dan boleh digunakan untuk mengikat swivel atau disambung dengan tali leader.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...