Masukkan hujung perambut ke dalam cincin mata kail kira-kira sejengkal (pastikan mata kail yang digunakan memiliki lubang cincin yang luas).
Kemudian buat simpulan mati pada hujung perambut. Pastikan simpulan ini diketatkan dengan sekuat mungkin. Gunakan player untuk menariknya dengan kuat.
Langkah 2
Buat simpulan mati kedua dengan membelitkan hujung perambut dengan bahagian perambut utama (bahagian perambut sebelum memasuki lubang cincin mata kail).
Langkah 3
Jerut simpulan yang dihasilkan dengan teliti dan pastikan simpulan mati pertama yang dihasilkan tadi berada di luar jerutan kedua.
Langkah 4
Tarik bahagian perambut utama sehingga jerutan kedua yang dihasilkan itu merapati bahagian cincin mata kail. Jerut dengan sekuat yang mampu sehingga jerutan pertama
tertekan pada jerutan kedua. Jerutan pertama ini sebenarnya adalah stopper kepada ikatan ini.
Langkah 5
Tarik ikatan dengan menggunakan playar bagi memegang mata kail. Selepas itu potonglah lebihan tali pada bahagian hujung tali.
Ikatan yang dihasilkan tidak akan berlerai walaupun kelihatan tidak mampat. Namun inilah kunci kekuatan ini sebenarnya. Dalam tempoh kurang dari seminit ia sudah disiapkan!
Simpulan pada batang mata kail kadang-kadang boleh mengganggu untuk mencangkuk umpan menerusi mata. Bagi membolehkan umpan seperti hirisan kelapa sawit dapat dicangkuk rapat menutup mata kail atau hingga ke tali perambut, anda bolehlah melakukan ikatan jenis grinner ini.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke lubang cincin mata atau swivel.
Tutorial 2
Buat satu lingkaran ke arah mata kail dari bawah tali utama.
Tutorial 3
Tindakan lingkaran yang dihasilkan pada tali utama dan lakukan lilitan pada tindanan tali tersebut.
Tutorial 4
Buat lima atau enam lilitan mengelilingi tali utama melalui lingkaran yang dihasilkan.
Tutorial 5
Basahkan sedikit simpulan yang dihasilkan dan tarik hujung tali perlahan-lahan.
Tutorial 6
Pegang mata kail dan kemudian tarik tali utama sehingga simpulan merapati cincin mata kail.
Turtle knot ini merupakan salah satu ikatan yang mudah tetapi agak kukuh juga. Namun ia lebih sesuai digunakan untuk mengikat mata kail dengan menggunakan tali sulam atau kevlar berbanding perambut mono apatah lagi fluorocarbon.
Ikatan berkonsepkan cengkaman atau jerutan ini sangat mudah untuk dibuat dan ia juga sesuai untuk mengikat peralatan memancing yang lain. Ia turut banyak digunakan dalam ikatan barangan perkhemahan.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut melalui cincin mata kail dari arah hadapan. Masukkan tali dengan kepanjangan yang selesa untuk dibuat ikatan.
Tutorial 2
Buatkan satu lingkaran biasa di atas tali perambut.
Tutorial 3
Kemudian masukkan hujung tali perambut ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi dari bahagian bawah.
Tutorial 4
Buatkan satu lagi lingkaran dan kemudian masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran pertama tadi.
Tutorial 5
Tarik hujung perambut perlahan-lahan sehingga satu simpulan terbentuk pada bahagian tali yang bersilang. Ketatkan simpulan tersebut.
Tutorial 6
Masukkan lingkaran atau bulatan tali yang terhasil tersebut kepada mata kail melalui bahagian matanya.
Tutorial 7
Tarik tali perambut utama sehingga ikatan kemas pada mata kail. Potong lebihan hujung tali perambut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...