Kelas Asas Memancing – Ikatan Nail Loop

Share

 

Ikatan nail loop knot atau ikatan simpulan jarum merupakan satu ikatan menyambungkan perambut atau tali utama pada swiwel atau mata kail yang memiliki lubang cincin. Ia ikatan yang bagus jika menggunakan umpan hidup seperti anak ikan. Namun ikatan ini agak sukar dipraktikkan sekiranya menggunakan perambut yang keras seperti flourocarbon.

 

LANGKAH 1

Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal atau lebih.

 

LANGKAH 2

Letakkan straw minuman air kotak yang tetapi keras (anggaran 3-4 inci) atau di tengah-tengah tali perambut tersebut.

 

LANGKAH 3

Dengan menggunakan bahagian hujung tali perambut sejengkal itu buatkan lilitan pada tali utama dan straw tersebut.

 

LANGKAH 4

Pastikan lilitan yang dilakukan itu bergerak ke arah lubang cincin mata kail bukannya ke arah mata kail.

 

LANGKAH 5

Buatkan lilitan tersebut sekurang-kurangnya 5 lilitan. Semakin banyak lilitan maka semakin kuatlah ikatan yang dihasilkan.

 

LANGKAH 6

Masukkan hujung tali ke dalam straw minuman hingga keluar di hujungnya pula.

 

LANGKAH 7

Tarik keluar straw tersebut dan ketepikannya. Peranan straw sudah tidak diperlukan lagi dalam ikatan ini.

 

LANGKAH 8

Tarik hujung tali perlahan-lahan sambil menjaga atau menyusun simpulan agak tidak bertindan atau berpintal.

 

LANGKAH 9

Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya. Jika perlu basahkan simpulan terlebih dahulu.

 

LANGKAH 10

Potong lebihan tali setelah berpuas hati dengan kekemasan ikatan.

Published by
Amang