Knotless Knot merupakan mata kail paling asas tetapi sangat kukuh bagi mengikat mata kail yang bercincin mahupun mata kail tanpa lubang cincin (eyeless hook).
Ikatan ini juga sesuai menggunakan tali tangsi atau tali sulam. Bagi perkongsian ini kami gunakan mata kail bercincin.
Langkah 1
Masukkan tali ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal panjang atau lebih bergantung kepada keselesaan korang.
Langkah 2
Buatkan lingkaran kecil dan kepitkan lingkaran dengan teras mata kali itu dengan jari telunjuk dan ibu jari.
Langkah 3
Dengan memegang hujung tali dan mulakan lilitan tali dan teras mata kail ke arah lubang cincin mata kail.
Langkah 4
Lilitan pertama yang dihasilkan (jangan lepas ibu jari dan jari telunjuk yang mengepit tali dan mata kail).
Langkah 5
Teruskan melilit sekurang-kurangnya lima lilitan. Lagi banyak lilitan maka lagi kuat ikatan yang dihasilknya.
Langkah 6
Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi (tarik perlahan-lahan sebelum lepaskan ibu jari dan telunjuk).
Langkah 7
Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat.
Langkah 8
Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.