Ikatan improved / doubled uni knot pada asasnya ialah ikatan yang sama (uni knot) namun ia diperkuatkan dengan menggandakan tali yang digunakan ke atas simpulan. Dengan penggandaan tali ini memungkinkan ikatan yang terhasil lebih menjerut simpulan sekaligus menyukarkan ia untuk terlerai atau lucut dengan mudah.

 

LANGKAH 1

Sama dengan cara menghasilkan unit unit namun terlebih dulu lingkarkan dan kembarkan bahagian hujung tali kira-kira sejengkal sebelum memasukkan bahagian pusingan tali ke dalam lubang cincin mata kail atau swivel.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Improved Uni Knot

 

Ads

LANGKAH 2

Buatkan satu pusingan sehingga terbentuk satu lingkaran bulat.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Improved Uni Knot

 

LANGKAH 3

Ads

Lilitkan bahagian hujung pusingan tali ke dalam lingkaran yang terbentuk sekurang-kurangnya 5 kali.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Improved Uni Knot

 

LANGKAH 4

Ads

Tarik bahagian hujung pusingan tali perlahan-lahan sehingga terbentuk simpulan hasil dari lilitan tadi. Ketatkan simpulan kemudian tarik bahagian tali utama sehingga simpulan merapat kejap pada bahagian cincin.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Improved Uni Knot

 

LANGKAH 5

Potong lebihan bahagian hujung tali dan ikatan improved uni knot sudah pun siap dalam masa yang begitu singkat.

Kelas Asas Memancing – Ikatan Improved Uni Knot

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI