Spool knot atau ikatan gelendung kekili merupakan ikatan yang paling asas atau ikatan terawal yang perlu dilakukan sebelum ikatan-ikatan lain.
Jangan dianggap ikatan gelendung ini soal remeh kerana dari ikatan asas inilah yang turut menjadi tunjang kejayaan memancing.
Untuk menghasilkan ikatan ini tidaklah sukar dan ikatannya juga menggenggam kemas gelendung bagi memudahkan proses memasukkan tali.
Langkah 1
Masukkan tali melingkari teras gelendung kekili kira-kira sejengkal atau lebih.
Langkah 2
Tindankan hujung tali pada bahagian atas tali utama dan lingkarinya dari bawah.
Ads
Langkah 3
Kemudian lingkar kembali hujung tali ke bawah tali utama yang dikeluarkan gelendung. Bukannya tali utama yang memasuki gelendung.
Langkah 4
Buatkan satu lagi lilitan pada bahagian tali yang sama. Sekiranya menggunakan tali pancing yang berdiameter tinggi, memadai hanya dengan dua kali lilitan sahaja.
Ads
Langkah 5
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terbentuk awal tadi.
Langkah 6
Perlahan-lahan tarik bahagian hujung tali dan simpulan tali sehingga ia menjadi satu jerutan.
Ads
Langkah 7
Tarik bahagian tali utama sehingga simpulan atau jerutan tali merapati teras gelendung.
Langkah 8
Tarik utama seketat yang mungkin sehingga jerutan tali mencengkam kemas pada teras gelendung.
Kemudian barulah potong lebihan hujung tali serapat mungkin pada simpulan. Seterusnya bolehlah memasukkan tali ke dalam gelendung.
(saksikan juga video tutorial ini)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Cara menghasilkan kelihatan agak berbelit-belit tetapi sebenarnya amat cepat untuk memahami dan menghafal teknik simpulan yang dihasilkan. Dalam masa singkat pasti anda mampu menghasilkannya.
Step 1
Masukkan hujung tali kira-kira sejengkal lebih melalui lubang cincin.
Step 2
Lalukan hujung tali di bawah tali utama.
Step 3
Buatkan lingkaran dengan menindan hujung tali ke atas tali utama.
Step 4
Lilitkan hujung tali pada kedua-dua tali.
Step 5
Lilitkan sekurang-kurangnya empat lilitan.
Step 6
Masukkan hujung tali pada lingkaran pertama yang dihasilkan tadi.
Step 7
Tarik hujung tali sehingga satu ikatan terhasil.
Step 8
Tarik pula tali utama dan ketatkan ikatan pada cincin.
Step 9
Potong lebihan hujung tali dan ikatan telah siap dihasilkan.
Ikatan lubang cincin mata kail atau Davy Knots merupakan ikatan simpulan yang cukup asas tetapi sangat berkesan. Tutorial-tutorialnya yang ringkas membolehkan ia dihasilkan sambil memejam mata. Ia bagus kerana boleh dihasilkan tanpa bantuan cahaya sekiranya memancing pada waktu malam.
TUTORIAL 1
Ikatan ini boleh dihasilkan menggunakan tali perambut atau tali utama dengan kili atau mata kail yang memiliki lubang cincin sahaja.
TUTORIAL 2
Masukkan hujung tali utama atau perambut ke dalam lubang cincin mata kail atau kili.
TUTORIAL 3
Buatkan satu lingkaran bulat dengan bahagian hujung tali menindih bahagian atas tali utama.
TUTORIAL 4
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
TUTORIAL 5
Setelah itu lingkarkan hujung tali bagi memasukkanya kembali ke dalam lingkaran.
TUTORIAL 6
Kemudian keluarkan kembali hujung tali berkenaan dari lingkaran. Simpulan dan lingkaran berakhir di sini.
TUTORIAL 7
Perlahan-lahan tarik tali utama sambil memegang simpulan agar tidak bertindan antara satu sama lain.
TUTORIAL 8
Tarik dan ketatkan simpulan sekemas mungkin kemudian potong lebihan tali dan bakar hujungnya sebagai stopper.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...