Kelas Asas Memancing – Ikatan Dumhoff Knot ©

Share

 

Dumhoff Knot adalah salah satu teknik ikatan mata kail yang ringkas tetapi cukup kuat untuk menahan asakan pemangsa apabila tersangkut pada mata kail.

 

Langkah 1

 

Lingkarkan tali perambut dengan hujungnya kira-kira sejengkal.

 

Langkah 2

 

Pastikan hujung (bentuk U) lingkaran tersebut berada pada bahagian mata kail

 

Langkah 3

 

Kepitkan lingkaran tersebut dengan tangan kiri dan mulakan lilitan menggunakan bahagian hujung perambut.

 

Langkah 4

 

Lilit sekurang-kurangnya 5 kali pada teras mata kail menghala ke arah mata.

 

Langkah 5

 

Masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.

 

Langkah 6

 

Tarik kedua-dua tali tersebut dan pastikan lilitan tidak terlepas dari teras mata kail.

 

Langkah 7

 

Potong lebihan tali pada bahagian hujung tali.

 

Langkah 8

Sangkutkan mata kail pada sesuatu dan tarik tali perambut seketatnya.

 

Sangkutkan mata kail pada sesuatu dan tarik tali perambut seketatnya.

Published by
amirulazhar